Get Mystery Box with random crypto!

Simpan duit dan buat tabung kecemasan memang bagus. Tapi tabia | Harith Faisal

Simpan duit dan buat tabung kecemasan memang bagus. Tapi tabiat tu takkan jadikan kita kaya pun. Sebab simpanan kita tu hanya akan bertambah saja tapi takkan berkembang.

Dengan inflasi, pakej sekali kenaikan kos sara hidup dan kuasa membeli kita yang makin berkurang, kita kena buat sesuatu. Melaburlah. Dengan melabur, simpanan akan berkembang.

Tak payah fikir jauh-jauh. Kalau nak pelaburan yang risikonya rendah, tapi pulangan okay. Boleh park simpanan kat Tabung Haji atau ASB. Up sikit, boleh belajar buat ASB financing.

Kalau rasa nak pelaburan yang high risk, bolehlah cuba melabur saham pula. Kena ada skill dialah. High skill, high return. Saya pun tak pernah lagi melabur dalam saham macam tu. Tak cukup ilmu.

Dah cukup modal, bolehlah melabur dalam hartanah juga. Subsale, lelong atau rumah baru. Pilihlah mana-mana yang sesuai dengan jiwa. Paling penting, kena sesuailah dengan poket kau.

Melaburlah dengan bijak di tempat yang betul. Jangan melabur kat belanja makwe saja. Melabur kat makwe bertahun-tahun, sejak zaman PMR, SPM, universiti, tapi belum tentu kau merasa hasilnya.

Entah-entah kau tengah jaga jodoh orang lain.

Kbai! Haha! - HF

#harithfaisal