Get Mystery Box with random crypto!

Fadhlina Sidek

Logo saluran telegram fadhlinasidek — Fadhlina Sidek F
Logo saluran telegram fadhlinasidek — Fadhlina Sidek
Alamat saluran: @fadhlinasidek
Kategori: Pendidikan
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 29.92K
Deskripsi dari saluran

Telegram Rasmi YB Fadhlina Sidek

Ratings & Reviews

3.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 2

2024-01-20 07:25:21 Reformasi pendidikan negara memiliki matlamat untuk memberikan keadilan kepada semua lapisan masyarakat sekali gus memastikan setiap anak-anak menerima dan mendapat akses pendidikan berkualiti.

Sempena Amanat Tahun Baharu Menteri Pendidikan bagi tahun 2024, beberapa inisiatif serta hala tuju telah diumumkan sebagai fokus utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sudah pasti harapan tinggi saya agar usaha ini dapat sambut baik oleh kesemua pihak.

Justeru, kita perlu memastikan bahawa perubahan yang dilakukan membawa inovasi untuk penambahbaikan yang bijaksana dalam memastikan masa depan generasi akan menjadi lebih cerah melalui pendidikan yang berkualiti.

Masa untuk bekerja!

#KPM
#MalaysiaMADANI

https://www.facebook.com/share/v/zeMeVg1G2Zosbog5/?mibextid=K8Wfd2
18.8K views04:25
Buka / Bagaimana
2023-12-02 19:02:42
12.6K views16:02
Buka / Bagaimana
2023-12-02 19:02:43
Saya hadir menyaksikan Perlawanan Akhir Liga Piala Remaja KPM-FAM B-17 Tahun 2023 yang mempertemukan SMK Taman Desa Skudai (Akademi JDT B-17) dengan SMK Syed Hassan (SSN Perlis) di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, malam tadi.

Tahniah saya ucapkan kepada Akademi JDT B-17, Juara Liga Piala Remaja KPM-FAM B-17 bagi tahun 2023.

Apa yang pasti, saya optimis Liga Piala Remaja KPM-FAM B-17 ini akan sentiasa menjadi platform terbaik untuk mencungkil bakat baharu pemain muda tempatan selain menjadi satu ekosistem yang positif kepada pembangunan akar umbi bola sepak domestik selaras dengan kemenjadian murid KPM di dalam bidang sukan.

#MalaysiaMADANI
12.6K views16:02
Buka / Bagaimana
2023-11-25 16:05:42
Sekitar acara Kongres Nasional Wanita Keadilan ke-17 hari ini.

Alhamdulillah, acara pada hari ini berjalan dengan sangat lancar. Permulaan baik yang sarat dengan manifestasi ilmu dan gagasan idea yang bernas serta mampu memarakkan lentera reformasi dalam menjulang semangat Madani. Syabas Wanita Keadilan!

#WanitaKeadilan
#MemaknaiReformasiMenjulangMadani
12.9K views13:05
Buka / Bagaimana
2023-11-21 07:28:06
Alhamdulillah, pagi tadi saya berpeluang bersama-sama anak-anak dan para guru serta Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meraikan sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah di SK Putrajaya Presint 11 (1).

Tahniah saya ucapkan kepada SK Putrajaya Presint 11 (1) atas pelaksanaan program yang sangat bermakna ini. Sekali lagi saya tegaskan, anak-anak adalah anugerah Allah, maka hargai dan sayangi mereka dengan memastikan mereka lengkap dengan didikan dan asuhan yang berkualiti dan terbaik.

#HariKanakkanakSedunia
#MalaysiaMadani
16.1K views04:28
Buka / Bagaimana
2023-11-20 12:38:10
Selamat Hari Kanak-kanak Sedunia! Sebagaimana yang sering saya ulang penegasannya, "It takes a village to raise a child". Ia membawa maksud bahawa ekosistem pembelaan, perlindungan dan perjuangan hak kanak-kanak memerlukan paduan sinergi semua pihak.

Tema "Hak kami, Masa Depan Kami" menterjemahkan komitmen komuniti untuk terus mempertahankan hak kanak-kanak kerana hak mereka ialah hak asasi kemanusiaan. Demi masa hadapan mereka yang lebih baik, hak mereka yang paling asas khususnya pendidikan dan kesihatan mesti terus menjadi agenda utama serta titik tumpu daya juang kita semua.

"Hak Kami, Masa Depan Kami" ialah sisi pendidikan manusiawi yang harus terus diperjuangkan dalam mengangkat agenda Malaysia Madani.

#HariKanakKanakSedunia
#KPM
#PendidikanManusiawi
14.0K views09:38
Buka / Bagaimana
2023-11-19 18:30:55 KPM sentiasa mengambil berat tentang isu kebajikan semua guru, termasuk di kawasan pedalaman. Hal ini termasuk berkaitan kuarters pendidikan.

Dalam kes di SK Ulu Ansuan dengan bilangan 9 orang guru memang selama ini tiada kuarters pendidikan tetapi para guru, PIBG dan masyarakat mengambil inisiatif bersama-sama membina 5 unit rumah panjang di mana keadaannya daif dan memerlukan intervensi kerajaan segera.

Pada Jun 2023, kerajaan menggunakan peruntukan segera untuk memulakan usaha penyelenggaraan dan Insya-Allah, akan siap sepenuhnya dalam akhir bulan November ini dengan jumlah 7 unit kesemuanya.

Selain itu, projek pembinaan blok akademik, pentadbiran termasuk kediaman guru berserta perabot di SK Ulu Ansuan juga telah diluluskan dalam belanjawan 2024 lalu. Maka, 4 unit kuarters lagi akan dibangunkan pada 2024 dengan belanja keseluruhan RM12.5 juta.

KPM amat prihatin terhadap kebajikan guru, sesuai hasrat untuk mengangkat martabat guru di seluruh negara.

KPM mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang menyumbang bakti kepada anak-anak nusa dan bangsa dengan penuh keikhlasan, dan pengorbanan guru-guru amat dihargai.


#PendidikanUntukSemua
#MalaysiaMadani
13.4K views15:30
Buka / Bagaimana
2023-11-19 18:30:49
12.7K views15:30
Buka / Bagaimana
2023-09-06 17:20:01
Seramai 42,036 orang telah pun menjawab soal selidik Tinjuan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.

Itulah perkembangan terkini yang telah dijalankan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada inteligensia yang terlibat dan menjadi salah satu komponen penting dalam Tinjuan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.

Dalam pembinaan kurikulum persekolahan yang optimum, saya berharap akan lebih ramai tampil untuk menjawab soal selidik Tinjuan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 yang bakal menutup tirainya pada 15 September 2023 demi kemaslahatan bersama.

Layari pautan https://bit.ly/KurikulumKita2027 untuk menjawab soalan berkaitan.

‘Melestari Daya Cipta, Membina Generasi Madani’

#7TerasKPM
#KaramahInsaniah
#MalaysiaMADANI
12.9K views14:20
Buka / Bagaimana
2023-08-30 17:48:24 Anak-anak merdeka mesti mendapatkan hak pendidikan berkualiti untuk mengembangkan potensi, bakat dan intelek yang ada dalam diri.

Mereka perlu membangun menjadi warga yang berupaya memberikan khidmat dalam memastikan negara ini terus makmur, maju dan sejahtera.

Kempen semarak kemerdekaan mesti dihayati dalam diri setiap anak untuk mereka sedar hak dan tanggungjawab utama mereka sebagai warganegara.

Memperingati tarikh bersejarah 31 Ogos 1957, bukan sahaja kisah melaungkan ungkapan merdeka. Ia juga peringatan untuk kita bekerja keras, bersatu-padu dan saling membantu dalam memastikan kemerdekaan bukan sekadar laungan tapi nyalarasa di dalam jiwa untuk kekal menjaga dan mencintai negara ini sehingga hujung nyawa.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-66

'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan'
13.4K views14:48
Buka / Bagaimana