Get Mystery Box with random crypto!

Selamat Hari Kanak-kanak Sedunia! Sebagaimana yang sering saya | Fadhlina Sidek

Selamat Hari Kanak-kanak Sedunia! Sebagaimana yang sering saya ulang penegasannya, "It takes a village to raise a child". Ia membawa maksud bahawa ekosistem pembelaan, perlindungan dan perjuangan hak kanak-kanak memerlukan paduan sinergi semua pihak.

Tema "Hak kami, Masa Depan Kami" menterjemahkan komitmen komuniti untuk terus mempertahankan hak kanak-kanak kerana hak mereka ialah hak asasi kemanusiaan. Demi masa hadapan mereka yang lebih baik, hak mereka yang paling asas khususnya pendidikan dan kesihatan mesti terus menjadi agenda utama serta titik tumpu daya juang kita semua.

"Hak Kami, Masa Depan Kami" ialah sisi pendidikan manusiawi yang harus terus diperjuangkan dalam mengangkat agenda Malaysia Madani.

#HariKanakKanakSedunia
#KPM
#PendidikanManusiawi