Get Mystery Box with random crypto!

Fadhlina Sidek

Logo saluran telegram fadhlinasidek — Fadhlina Sidek F
Logo saluran telegram fadhlinasidek — Fadhlina Sidek
Alamat saluran: @fadhlinasidek
Kategori: Pendidikan
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 30.24K
Deskripsi dari saluran

Telegram Rasmi YB Fadhlina Sidek

Ratings & Reviews

3.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru

2024-03-10 14:36:11 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!

"Apa khabar anak-anak?
Bagaimana cuti persekolahan anak-anak?"

"... jangan lupa untuk sama-sama memeriahkan dan memakmurkan minggu pertama persekolahan yang akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan"

"Saya mendoakan urusan hari pertama persekolahan ini akan dipermudahkan"

"...dan kepada ibu bapa, pastikan anak-anak kita ke sekolah dengan penuh kegembiraan dan keseronokan dan sama-sama kita doakan anak-anak kita diberikan kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan mereka".

Selamat kembali ke sekolah!

Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera!

#KPM
#PendidikanManusiawi
#KembaliKeSekolah
#MuridCeria
#GuruBahagia
#SekolahBitara
#NegaraSejahtera

TIKTOK:
https://vt.tiktok.com/ZSFfm9EC1/
18.5K views11:36
Buka / Bagaimana
2024-03-06 04:50:46
Kami kini di Whatsapp Channel. Jom ikuti kami sekarang untuk mendapat informasi terkini dan tepat mengenai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

https://whatsapp.com/channel/0029VaRXqzJ2ER6mY1gFGT15

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
12.6K views01:50
Buka / Bagaimana
2024-02-24 16:26:51 https://www.facebook.com/share/ZiVKNLbQK3tDCatw/?

Salam Nisfu Syaaban kepada semua muslimin. Nisfu Syaaban merupakan satu peringatan penting kepada Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan bulan Syaaban dengan ibadah dan kebajikan menuju Ramadan Al-Mubarak!

#MalaysiaMADANI

FB: https://www.facebook.com/share/p/p8aKdPYYa5ZnXhZT/?mibextid=WC7FNe

X: https://x.com/FadhlinaSiddiq/status/1761380500164296939?s=20
13.7K views13:26
Buka / Bagaimana
2024-02-21 07:58:31 https://www.facebook.com/share/QBPtk8TLNxzrbNZr/?

Saya turut berdukacita atas pemergian mantan Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud awal pagi tadi.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan rakyat Sarawak khususnya.

Jasa serta khidmat kebaktian Allahyarham kepada negara dan negeri Sarawak akan sentiasa dikenang buat selamanya

FB: https://www.facebook.com/share/o7f7oY3x6SndJrLy/?mibextid=WC7FNe

X: https://x.com/FadhlinaSiddiq/status/1760157349426381045?s=20
13.2K views04:58
Buka / Bagaimana
2024-02-20 17:51:13 https://www.facebook.com/100063561852009/posts/pfbid02PGAvRBGzKKrgkzjWsPegCpxfnmpbRBymJTDAvXwvCoBLVSYrpEnDqABd4BKLffxBl/?mibextid=WC7FNe

Tahniah Tuan Haji Azman bin Haji Adnan, atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu. Saya yakin kepimpinan, komitmen serta kewibawaan Tuan Haji akan memberikan dampak positif kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Selamat menjalankan tugas!

#KPM
#PendidikanManusiawi
#MalaysiaMADANI

FB: https://www.facebook.com/share/jAi6FGWFohj7TGZK/?mibextid=WC7FNe

X: https://x.com/FadhlinaSiddiq/status/1759949380553949611?s=20
14.2K views14:51
Buka / Bagaimana
2024-02-17 16:22:44
16.7K views13:22
Buka / Bagaimana
2024-02-17 16:22:38 https://www.facebook.com/share/82dcLhFJn33N52rh/?mibextid=WC7FNe

Saya berkesempatan hadir untuk merasmikan program Keusahawanan Digital Wanita anjuran Malaysia Berdaya dengan kerjasama Redtone Digital Berhad di Kuala Lumpur petang tadi. Turut sama hadir ke program ini ialah barisan aktivis Wanita KEADILAN.

Dalam kita mendepani cabaran ekonomi yang kian kompleks, bidang keusahawanan sering dijadikan pilihan alternatif untuk membantu menjana ekonomi keluarga khususnya bagi wanita. Keusahawanan merupakan satu cabang penjanaan ekonomi yang perlu dipelopori dengan strategi yang tepat.

Saya sarankan para wanita untuk sentiasa mengikuti program perkongsian ilmu seperti ini bagi melonjakkan ilmu keusahawanan kita khususnya untuk mendepani cabaran dunia masa kini.

#MalaysiaMADANI

FB: https://www.facebook.com/share/RNFGkLy45cdVUkG1/?mibextid=WC7FNe

X: https://x.com/FadhlinaSiddiq/status/1758832727745241111?s=20
16.2K views13:22
Buka / Bagaimana
2024-02-04 14:09:14 Innalillahiwainnaillahirajiun

Menerima perkhabaran duka daripada KEADILAN Petaling Jaya. Salam takziah buat keluarga Ermeemarianna Saadon yang merupakan Ketua Wanita Cabang Petaling Jaya dan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang telah meninggal dunia hari ini.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah dan memberikan kesejahteraan buat keluarganya.

Al-Fatihah.
14.0K views11:09
Buka / Bagaimana
2024-02-04 14:08:31
14.5K views11:08
Buka / Bagaimana
2024-01-29 06:05:45 *NOTIS PROMOSI BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN OLEH KERAJAAN MADANI*

Bantuan Awal Persekolahan 2024 telahpun mula diagihkan sejak *11 Januari hingga 10 mac 2024* mengikut sidang kemasukan tahun 1. Bantuan ini melibatkan sejumlah peruntukan lebih *RM 700 Juta* berbanding 450 juta tahun lalu. Ini merupakan peruntukan *TERBESAR* yang memanfaatkan setiap murid dan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah.

Inisiatif ini memberikan manfaat kepada *4.68 juta murid* di hampir *11,860 sekolah* di seluruh negara. Komuniti Pendidik Madani dengan ini menggesa ibu bapa, guru, sekolah dan masyarakat awam yang menerima manfaat BAP 2024 untuk terus mendukung aspirasi dan inisiatif murni dari Kerajaan Madani.

Gunakan #*BAP2024 #KerajaanMadaniBantuRakyat #TerimaKasihPM* sambil mempromosikan sekolah-sekolah yang telah, sedang dan akan membuat agihan BAP. Pihak Komuniti Pendidik Madani juga akan mengkompilasikan sekolah-sekolah yang telah membuat catatan apresiasi kepada YAB Perdana Menteri dan akan diserahkan kepada pejabat menteri bagi tujuan dokumentasi.

Tahniah pasukan Kerajaan Madani yang terus giat bekerja untuk kebaikan dan masa depan pendidikan negara yang lebih baik.

*_Komuniti Pendidik Madani*_

https://www.facebook.com/share/onrGSMLaFLT5YuSa/?mibextid=WC7FNe
20.1K views03:05
Buka / Bagaimana