Get Mystery Box with random crypto!

Fadhlina Sidek

Logo saluran telegram fadhlinasidek — Fadhlina Sidek F
Logo saluran telegram fadhlinasidek — Fadhlina Sidek
Alamat saluran: @fadhlinasidek
Kategori: Pendidikan
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 29.92K
Deskripsi dari saluran

Telegram Rasmi YB Fadhlina Sidek

Ratings & Reviews

3.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 3

2023-08-26 14:50:33
Selesai lawatan kerja Program Tindak Susul Parlimen bagi menyemak kerja-kerja naik taraf projek sekolah-sekolah daif di Sabah.

Saya telah melawat lima buah sekolah iaitu SK Perdana, SMK Wakuba, SK Pangi, SK Bangau-bangau dan SMK Panglima Abdullah di Tawau, Kunak dan Semporna.

Melalui lawatan ini, kita telah melihat infrastruktur dan fasiliti sekolah-sekolah daif ini sangat memerlukan perhatian segera bagi proses baik pulih dan naik taraf bangunan yang sudah usang dan reput.

Setinggi penghargaan kepada semua guru-guru yang memberikan khidmat terbaik mendidik anak bangsa di kawasan luar bandar walau berdepan pelbagai limitasi.

Terima kasih seluhurnya buat anak-anak yang tidak luntur semangat untuk menuntut ilmu dan membangun potensi diri menjadi anak-anak yang baik lagi cerdik.

Senyuman yang diukir serta jiwa-jiwa yang teguh ini memberikan kekuatan untuk saya terus berusaha dalam memastikan misi pendidikan berkualiti untuk semua dapat dijayakan.

#MalaysiaMADANI
12.8K views11:50
Buka / Bagaimana
2023-08-24 14:22:49 Berita berkaitan Kurikulum Persekolahan

https://bridgeurl.com/kurikulum-persekolahan
14.7K views11:22
Buka / Bagaimana
2023-08-24 14:20:26
Saya menghargai keprihatinan semua pihak berhubung kurikulum persekolahan yang sedang dilaksanakan di semua sekolah KPM termasuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

KPM telah melaksanakan program Modul Bimbingan (MOBIM) untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk membantu guru dalam memahami kurikulum dan melaksanakan PdP dengan lebih berkesan. MOBIM boleh diakses melalui pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/mobim/home

Orang ramai juga boleh mengisi Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 secara dalam talian mulai 25 Ogos sehingga 15 September 2023 melalui pautan https://bit.ly/KurikulumKita2027

#PendidikanUntukSemua
#MADANIBekerja
14.3K views11:20
Buka / Bagaimana
2023-08-21 07:20:48 Karnival Outreach Inklusif Dan Kebolehpasaran Madani Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Negeri Johor Tahun 2023 yang berlangsung semalam di AEON Mall, Bandar Dato' Onn, Johor Bahru adalah komitmen pendidikan untuk semua bahawa setiap anak-anak mesti diberi peluang yang sama dalam mengembangkan bakat dan intelek mereka.

Saya berharap kita dapat memastikan anak-anak ini diberi ruang dan peluang bukan saja dalam pendidikan tapi juga peluang pekerjaan dan perniagaan kerana mereka memiliki potensi yang sangat besar untuk menyumbang kepada ekonomi dan pembangunan negara.

Penghargaan untuk semua pihak yang cakna dan prihatin kepada keperluan anak-anak ini dan memperkukuh ekosistem pendidikan negara melalui sokongan dan dokongan kepada semua golongan murid.

#7TerasKPM
#KaramahInsaniah
#MalaysiaMADANI
13.2K views04:20
Buka / Bagaimana