Get Mystery Box with random crypto!

Saya menghargai keprihatinan semua pihak berhubung kurikulum p | Fadhlina Sidek

Saya menghargai keprihatinan semua pihak berhubung kurikulum persekolahan yang sedang dilaksanakan di semua sekolah KPM termasuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

KPM telah melaksanakan program Modul Bimbingan (MOBIM) untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk membantu guru dalam memahami kurikulum dan melaksanakan PdP dengan lebih berkesan. MOBIM boleh diakses melalui pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/mobim/home

Orang ramai juga boleh mengisi Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 secara dalam talian mulai 25 Ogos sehingga 15 September 2023 melalui pautan https://bit.ly/KurikulumKita2027

#PendidikanUntukSemua
#MADANIBekerja