Get Mystery Box with random crypto!

Anak-anak merdeka mesti mendapatkan hak pendidikan berkualiti | Fadhlina Sidek

Anak-anak merdeka mesti mendapatkan hak pendidikan berkualiti untuk mengembangkan potensi, bakat dan intelek yang ada dalam diri.

Mereka perlu membangun menjadi warga yang berupaya memberikan khidmat dalam memastikan negara ini terus makmur, maju dan sejahtera.

Kempen semarak kemerdekaan mesti dihayati dalam diri setiap anak untuk mereka sedar hak dan tanggungjawab utama mereka sebagai warganegara.

Memperingati tarikh bersejarah 31 Ogos 1957, bukan sahaja kisah melaungkan ungkapan merdeka. Ia juga peringatan untuk kita bekerja keras, bersatu-padu dan saling membantu dalam memastikan kemerdekaan bukan sekadar laungan tapi nyalarasa di dalam jiwa untuk kekal menjaga dan mencintai negara ini sehingga hujung nyawa.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-66

'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan'