Get Mystery Box with random crypto!

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Logo saluran telegram drahmadsanusiazmi — Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Alamat saluran: @drahmadsanusiazmi
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 45.60K
Deskripsi dari saluran

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Ratings & Reviews

2.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

2


Pesan-pesan terbaru 3

2024-01-01 03:08:31
Kebakaran yang berlaku di Tel Aviv disebabkan roket Hamas.
12.7K views00:08
Buka / Bagaimana
2023-12-20 02:23:08 Hadis Pengkhianat Adalah Teman Paling Keji
=====
1.  Pada 18 Disember yang lalu, pihak SPRM telah menerima kunjungan dari  Federal Bureau of Investigation (FBI). Ini bagi tujuan menentang rasuah termasuk dalam aspek pencegahan pengubahan wang haram di peringkat antarabangsa.

2. Sebahagian warga maya melihat kunjungan ini mungkin turut melibatkan isu saluran sumbangan wang kepada saudara kita yang dizalimi di Pal.es.teen. Ini kerana Pengarah FBI, Christopher A. Wray, yang hadir ke SPRM tersebut juga telah mengisytiharkan pejuang H sebagai tero.ris dalam ucapan pembukaan beliau pada the House Committee on Homeland Security.

3. Janganlah pula berlaku pengkhianatan atau pembocoran maklumat yang menjejaskan sumbangan kita kepada saudara kita yang dizalimi. Dalam sebuah hadis Rasulullah berdoa agar dijauhkan daripada sifat khianat daripada teman-temannya sendiri. Sabda Rasulullah:

وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخِيَانَةِ، فَإِنَّهَا بِئْسَتِ الْبِطَانَةُ

“Dan aku berlindung dari pengkhianatan, kerana ia adalah seburuk-buruk teman.”

4. Perhatikan bagaimana Rasulullah menyifatkan perbuatan khianat ini sebagai teman yang paling buruk. Bahkan mereka disifatkan seperti munafiq yang kerap mengengkari janji.

5. Dalam Islam, perlakuan khianat adalah perbuatan yang sangat tercela. Rasulullah menyenaraikan sifat khianat ini sebagai salah satu daripada sifat-sifat orang munafiq. Malah al-Imam al-Zahabi meletakkan sifat khianat ini sebagai salah satu daripada dosa besar.

6. Sifat khianat inilah yang meruntuh sesebuah kedaulatan negara. Ingatkan kita bagaimana Ibn al-Alqami yang mengkhianat Kerajaan Bani Abbasiyyah sehingga kedaulatan mereka runtuh diserang Tatar. Pengkhianatan dari dalam lebih mudah untuk meruntuhkan keutuhan negara.

7. Begitu juga dengan kejatuhan Kerajaan Islam di Andalaus. Menurut Dr. Abdul Halim Uwais, salah satu daripada 40 sebab daripada kejatuhan kerajaan Islam ini adalah disebabkan kerana pengkhianatan dalaman. Sebahagian pemerintah kabilah telah memihak kepada musuh termasuklah Ibn al-Ahmar, pemerintah di Granada.

8. Pengkhianatan dalam lebih merbahaya dari permusuhan yang zahir. Ia mampu membinasakan sebuah negara malah menzalimi kaum Muslimin itu sendiri.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
14.7K views23:23
Buka / Bagaimana
2023-12-14 06:34:57 Dunia Mula Membenci Kamu
=====
1. Selasa lalu, Presiden Amerika menegaskan bahawa Israel telah mula kehilangan sokongan akibat dari siri operasi pengeboman tanpa henti. Keganasan demi keganasan yang dilakukan oleh mereka telah mengundang kebencian dunia. Malah operasi demi operasi semakin jelas menunjukkan kegagalan mereka.

2. Dakwaan mereka yang menyatakan hospital merupakan pusat operasi kumpulan “H” juga menujukkan kegagalan perisikan mereka mengesan lokasi sebenar pergerakan para pejuang. Mereka menjemput pihak BBC untuk bersama mereka menyaksikan pusat operasi H itu. Malangnya wartawan BBC mempertikaikan semula tuduhan tentera musuh kerana senjata yang ada dalam hospital tersebut seakan-akan baru diletakkan.

3. Sehingga kini tiada sebarang maklumat mengenai kejayaan tentera musuh memasuki terowong H. Cubaan mereka untuk menenggelamkan terowong menggunakan air laut juga menemui kegagalan. Malah operasi mengesan terowong telah mengorbankan lebih ramai tentera menjajah melalui perangkap yang diletakkan.

4. Dalam interview bersama Piers Morgan, jurucakap tentera penjajah juga gagal menjawab soalan beliau apabila ditanya: “berapa ramaikan pejuang H yang telah dibunuh?” Mereka tidak mempunyai sebarang statistic mengenai perkara itu.

5. Lebih malang lagi, sekalipun kenyataan rasmi tentera penjajah hanya mengisytiharkan seramai 400++ tentera mereka terbunuh, penganalisis perang menjangkakan seramai 3000 askar musuh telah dibunuh termasuk 5000 yang dikategorikan sebagai cacat akibat pertempuran yang dahsyat ini.

6. Ini termasuk 546 jumlah kenderaan perang musuh yang telah dimusnahkan samada kemusnahan total atau separa musnah. Kerugian yang dialami oleh tentera penjajah mencecah billion dollar. Warga antarabangsa mula membenci mereka, malah rakyat sendiri telah mula hilang kepercayaan terhadap pimpinan mereka.

7. Bayangkan seluruh penduduk dunia telah mula membenci warga Ish.rael, bagaimana mereka ingin keluar menghadapi dunia? Tindakan kejam mereka menguncang kebencian manusia terhadap bangsa mereka. Sebab itu Biden dalam ucapannya menyatakan: “The safety of the Jewish people [is] literally at stake.”

8. Teruskan memberi sokongan kepada saudara kita yang dizalimi. Jangan berhenti berdoa, menyumbang malah memboikot produk yang menyokong mereka.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
13.5K views03:34
Buka / Bagaimana
2023-12-09 05:53:14
Kenapa ye Israel senaraikan Aman Palestin sebagai badan yang mmberikan sumbangan kepada teroris ye?
20.1K views02:53
Buka / Bagaimana
2023-11-24 03:24:29
di luar negara, entiti atau individu yang dilihat menyokong kumpulan Hamas akan disekat, dibekukan dan dikaitkan dengan pembiayaan keganasan. Mereka putuskan segala sumber saluran kewangan. Allahu Musta'an.
19.8K viewsedited  00:24
Buka / Bagaimana
2023-11-23 02:40:59
Sasaran jarak dekat kepada tentera musuh
15.5K views23:40
Buka / Bagaimana
2023-11-23 02:40:37
Serangan jarak sifir, meletakkan peledak pada pintu kereta perisai.
15.7K views23:40
Buka / Bagaimana
2023-11-22 03:54:41
PM Akan Berbincang Dengan Mufti
=====
1. PM akan berbincang dengan Mufti mengenai konsert Coldplay kerana kumpulan ini dikatakan menyokong Palestin. Terdahulu, pejabat Mufti mencadangkan agar konsert tersebut tidak diteruskan.

2. Sekalipun kumpulan ini menyokong perjuangan Palestin, Coldplay juga dikatakan turut menyokong elemen LGBT. Kemudaratan yang datang menyerap masuk membawa kerosakan pemikiran dan akhlak lebih wajar dibimbangi terhadap rakyat negara ini.

3. Kebejatan sosial serta penularan perlakuan songsang yang semakin membimbang dalam negara ini perlu dibanteras sekerasnya.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
20.2K views00:54
Buka / Bagaimana
2023-11-17 06:21:03
Pihak al-Jazirah News memuatnaik rakaman terkini dari pihak pejuang yang memasang perangkap untuk mengumpan tentera musuh masuk ke terowong mereka. Operasi ini telah mengorbankan 5 tentera musuh! Video di channel telegram.
12.7K views03:21
Buka / Bagaimana
2023-11-14 02:47:18
Disney rugi hampir 2 billion. Benarkah boikot tidak berkesan?
20.6K views23:47
Buka / Bagaimana