Get Mystery Box with random crypto!

Pemuda Kahfi Memerdekakan Aqidah ============= 1. Rasulullah b | Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Pemuda Kahfi Memerdekakan Aqidah
=============
1. Rasulullah berpesan kepada kita supaya membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat. Sabda Rasulullah:

من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة أضاء له من النور ما بينه وبين البيت العتيق

“Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat, Allah akan memberikannya cahaya yang meneranginya sehingga ke Baitil Atiq (dilangit). (HR al-Nasa’i.) (Sebahagian hadith tentang perkara ini dinilai sebagai daif, namun terdapat riwayat yang sahih menceritakan amalan Ibn Umar yang konsisten membacanya setiap hari jumaat).

2. Surah al-Kahfi ini mengingatkan kita tentang perjuangan sekumpulan pemuda yang menyelamatkan iman mereka dari pemerintah yang zalim. Mereka yang berusaha untuk memerdekakan aqidah mereka akan dipelihara oleh Allah. Lihatlah bagaimana Allah mengekalkan jasad mereka dalam tempoh ratusan tahun, satu kemuliaan yang Allah kurniakan buat mereka.

3. Menurut al-Imam al-Sa’di, Allah turut mempermudahkan urusan doa mereka. Allah memperkenankan doa pemuda kahfi ini. Firman Allah:

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً

“Dan ketika mana kumpulan pemuda itu memasuki gua itu, mereka berdoa, wahai Tuhan kami, berikanlah kami rahmat.”

4. Lihat bagaimana Allah mengurniakan Rahmah buat mereka yang sentiasa memelihara perihal akidah mereka. Ini bererti Rahmah akan diperolehi melalui kesungguhan menjaga akidah, bukan menggadaikan akidah kepada fahaman liberal dan plural.

5. Malah Allah menegaskan dalam ayat yang ke 13 bahawa dengan sebab keimanan merekalah, Allah menambah bimbingan buat mereka. Justeru, memelihara akidah dari pemahaman yang songsang seperti pemikiran liberal dan plural adalah satu kemestian.

6. Sempena hari jumaat yang mulia ini, marilah bersama menghidupkan sunnah bacaan Surah al-Kahfi. Hayati perjuangan kumpulan pemuda ini yang mempertahankan akidah mereka. Rahmah akan diperolehi buat mereka yang mempertahankan akidah Islam dan bukan mereka yang menggadaikan akidah umat.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi