Get Mystery Box with random crypto!

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Logo saluran telegram drahmadsanusiazmi — Dr. Ahmad Sanusi Azmi D
Logo saluran telegram drahmadsanusiazmi — Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Alamat saluran: @drahmadsanusiazmi
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 45.63K
Deskripsi dari saluran

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Ratings & Reviews

2.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

2


Pesan-pesan terbaru

2024-04-12 02:04:50 Jangan Tinggal Selawat Pada Nabi
========
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menjelaskan bahawa selawat yang kita bacakan buat Baginda Nabi akan disampaikan kepada Nabi sendiri. Dalam erti kata yang lain, Baginda tahu kita berselawat. Sabda Rasulullah:

وَصَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّ صَلَاتكُمْ تبلغني حَيْثُ كُنْتُم

“Dan berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana jua kamu berada.” (Sunan Abu Daud - dinilai sanad yang Sahih oleh Ibn Hajar)

2. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Mula Ali al-Qari menukilkan padandangan al-Imam al-Tiibi yang seakan menjelaskan bahawa para malaikat menyampaikan kepada Baginda tentang selawat yang dibacakan buat dirinya. (Fayd al-Qadir)

3. Begitulah hebatnya kedudukan selawat ke atas Nabi. Dalam al-Quran sendiri menjelaskan bagaimana Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi.

4. Malah mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi akan mendapat kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah di akhirat kelak. Sabda Rasulullah:

أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً

“Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan)

5. Dengan itu, perbanyakkanlah selawat ke atas Rasulullah. Amalkanlah sunnah Baginda Nabi sebagai tanda kasih kepada Rasulullah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
13.1K views23:04
Buka / Bagaimana
2024-03-06 04:31:34
Iman yang benar perlu kepada ilmu yang benar sebagaimana
firman Allah dalam Surah al-Anbiya', Ayat 7:

"Maka bertanyalah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu
tidak mengetahui."

Wajib bagi setiap mukmin itu melakukan ibadah berlandaskan ilmu yang betul, bukan sekadar ikutan. Justeru, marilah kita sama-sama mempersiapkan diri menuju Ramadan dengan ilmu dan iman.

Jom muat turun e-buku RAMADAN GUIDELINES sekarang!
https://ezy.la/EBukuYM

Bagi yang ingin menyumbang, boleh salurkan sumbangan di
sedekahym.my

#RaikanRamadan
#YayasanMaghfirah
#WadahDakwahAnda
15.8K views01:31
Buka / Bagaimana
2024-01-27 02:19:20 Berfikiran Positif Ketika Ditimpa Ujian
=========
1. Menurut al-Imam Ibn Kathir, Nabi Ayyub bukan sekadar diuji dengan penyakit. Allah memberikan cubaan ke atas beliau yang menggugat kesihatan, meragut nyawa anak dan mengalami kehilangan harta. Kata Ibn Kathir:

يذكر الله - تعالى - عن أيوب ما كان قد أصابه من البلاء فى ماله وولده وجسده ، وذلك أنه كان له من الدواب والأنعام والحرث شىء كثير ، وأولاد كثيرون ، ومنازل مرضية . فابتلى فى ذلك كله

“Allah menyebutkan dalam al-Quran tentang Nabi Ayyub yang ditimpa ujian terhadap harta, anak-anak serta tubuh badannya sendiri. Ini kerana beliau (sebelum itu) memiliki ternakan yang banyak, tanaman yang luas, anak yang ramai serta kediaman yang disukai, lalu Allah uji keseluruhan perkara tersebut.”

2. Menariknya di sini, sekalipun diuji dengan kehilangan harta dan anak-anak, Nabi Ayyub kekal tenang, bersikap positif dan bersangka baik dengan Allah. Biar diuji selama belasan tahun, Nabi Ayyub tetap memuji Allah. Firman Allah:

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

“Dan Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.” (Surah al-Anbiya: 83)

3. Al-Imam Ibn Asyur pula menjelaskan aspek adab berdoa. Dalam ayat ini Nabi Ayyub tidak menyandarkan kesusahan tersebut kepada Allah. Bahkan Baginda hanya menggunakan perkataan “massani” (aku telah disentuh) penyakit seakan-akan penyakit yang ringan sahaja. Kata Ibn Asyur:

والمسّ : الإصابة الخفيفة . والتعبير به حكاية لما سلكه أيوب في دعائه من الأدب مع الله

“Dan perkataan “mass” membawa maksud ditimpa ujian yang ringan. Dan penggunaan kalimah (massani) ini adalah gambaran tentang penceritaan bagaimana kesusahan yang dialami oleh Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam doanya dengan penuh adab terhadap Allah.”

4. Dalam riwayat Ibn Kathir, ada juga direkodkan kisah syaitan datang menawarkan arak yang dikatakan mampu menyembuhkan penyakit tersebut. Namun, Nabi Ayyub bertegas menolak. Ini menunjukkan saat kita diuji dengan Allah, jangan pula kita mencari jalan alternatif yang menjauhkan kita dari Allah, bahkan melakukan perkara-perkara yang membawa kemurkaan Allah.

5. Oleh yang demikian, saat kita diuji dengan pelbagai ujian terhadap diri, harta mahupun anak-anak, maka kita hendaklah kekal bersikap positif. Berusaha ke arah lebih baik dengan pergantungan yang tinggi kepada Allah serta menjauhkan diri dari perkara yang dilarang.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
13.6K views23:19
Buka / Bagaimana
2024-01-16 02:23:40 Sikap Bermuka-muka
==========
1. al-Imam al-Bukhari merekodkan perbualan beberapa orang lelaki yang bertanya kepada Saidina Abdullah bin Umar tentang sikap mereka yang bersikap bermuka-muka.

2. Dihadapan orang mereka memuji, dibelakang orang, mereka mengutuk dan mengkeji. Lalu Abdullah bin Umar menjelaskan bahawa sifat sebegini dianggap sebagai sebahagian daripada sifat munafik di zaman Rasulullah.

3. Dalam riwayat riwayat yang lain pula Rasulullah menjelaskan:

إِنَّ شَرَّ النَّاسِ ذُو الوَجْهَيْنِ، الَّذِي يَأْتِي هَؤُلاَءِ بِوَجْهٍ، وَهَؤُلاَءِ بِوَجْهٍ»

Sejahat-jahat manusia adalah mereka yang memiliki dua wajah. Dia datang kepada orang lain dengan wajah yang lain, dan dia pergi kepada orang lain dengan wajah yang lain pula. (Sahih al-Bukhari).

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
13.0K views23:23
Buka / Bagaimana
2024-01-12 17:37:30 KELAS PENGAJIAN DAURAH KITAB PUSKOM YM UNTUK 2024 MASIH DITERUSKAN KE USTAZ?

HAAA KAMI ADA BERITA BAIK UNTUK SEMUA 
 
‎بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  
 
Sukacitanya pihak Pusat Komuniti Yayasan Maghfirah (PUSKOM YM) akan meneruskan Kelas Pengajian Daurah Kitab Puskom YM pada Minggu pertama setiap Bulan tahun 2024. Dan masih lagi terbuka secara percuma kepada semua.

Berikut adalah butiran maklumat tentang kelas pengajian pada bulan Januari ini: 

TARIKH: 13 Jan 2024 (Pengajian Hadith)
MASA   : 9.30 AM - 12.00 PM
TEMPAT: PUSAT KOMUNITI YAYASAN MAGHFIRAH, TAMAN PUTRA KAJANG, SELANGOR

ANTARA YANG MENARIK TENTANG KELAS PENGAJIAN PUSKOM INI
       
PENYERTAAN ADALAH PERCUMA 
SESI Q&A BERSAMA TENAGA PENGAJAR 
BERTALAQI DAN BELAJAR SECARA "HYBRID" IAITU BERSEMUKA DAN "ONLINE"
MENDERMA MELALUI TABUNG SUMBANGAN PUSKOM YM 
        
JOM SEMUA MENUNTUT ILMU BERSAMA PUSKOM YM

Klik Link dibawah untuk mendaftar dan mengisi makluman kehadiran kelas
https://forms.gle/8gJFFvkS89JYpytn8

Sebarang pertanyaan dan makluman boleh hubungi: 019-7347633 (En. Badrul)   

Ikuti Sosial Media rasmi Puskom YM
https://linktr.ee/puskomym

Mari Menyumbang bersama Tabung Puskom YM
https://www.billplz.com/puskomym

"Wadah Dakwah Anda"

#daurahkitab #hadith
#PuskomYM
#PusatKomuniti
#YayasanMaghfirah
13.3K views14:37
Buka / Bagaimana
2024-01-10 02:07:42 Melupakan Kesalahan Pasangan
=====
1. Salah satu panduan yang ditunjukkan oleh Rasulullah mengenai akhlak seorang suami ialah menegur isteri secara baik dan melupakan sebahagian kesalahan mereka. Iaitu dia tidak mengungkit secara terperinci bahkan memberikan teguran yang perlu sahaja.

2. Perkara ini diceritakan dalam al-Quran apabila Allah mendedahkan kepada kita bagaimana Nabi menegur isterinya sebahagian kesalahan yang dilakukan oleh mereka dan tidak mendedahkan sebahagian kesalahan yang lain. Firman Allah:

عَرَّفَ بَعْضَهُ وَأَعْرَضَ عَن بَعْضٍ ۖ

“(maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya)” (Surah al-Tahrim: 3)

3. Ketika menafsirkan ayat ini, Sheikh al-Tantawi menjelaskan bahawa Baginda hanya menceritakan bahagian kesalahan yang perlu sahaja supaya pihak isteri tidak terasa dengan penerangan yang terlalu detail mengenai kesalahannya. Kata al-Tantawi:

اكتفى بالإشارة إلى جانب منه ، ولم يذكر لها تفاصيل ما قاله لها سابقا . لسمو أخلاقه - صلى الله عليه وسلم - إذ فى ذكر التفاصيل مزيد من الخجل والإحراج لها

“Baginda memadai dengan hanya menyebut sebahagian daripadanya (sebahagian kesalahan sahaja) dan tidak menyebutkan perincian apa yang diucapkannya kepada isterinya sebelum itu. Ini adalah ketinggian akhlak Baginda Nabi SAW kerana dengan menyebutkan kesalahan secara terperinci akan menambah malu isteri dan lebih menyakitkan hati mereka.”

4. Begitu tinggi akhlak Rasulullah, dalam memberikan teguran pun, Baginda berusaha menjaga hati isteri yang ditegur agar mereka tidak terasa. Malah menurut Sheikh al-Tantawi lagi, buat-buat lupa kesalahan pasangan merupakan akhlak suami yang mulia. Beliau menukilkan kata-kata salaf terdahulu:

ما زال التغافل من فعل الكرام

“Sentiasalah perbuatan melupakan (kesalahan itu) adalah perlakuan orang yang mulia.”

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
13.7K views23:07
Buka / Bagaimana
2024-01-08 05:49:41 Kalimah Penyesalan di Dalam al-Quran
=======
1. Dalam al-Quran, terdapat beberapa perkataan yang ditampilkan bagi menunjukkan penyesalan manusia setelah mereka tidak mengikut bimbingan dari Allah dan Rasul. Antaranya ialah:

a. Menyesal kerana tidak taat kepada Allah dan Rasul:

يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا

"Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.” (Surah al-Ahzab: 66)

b. Menyesal Kerana Salah Pilih Kawan:

يَا وَيْلَتَىٰ لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلً

Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib. (Surah al-Furqan: 28)

c. Menyesal Kerana Tidak Menyediakan Amal Soleh:

يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِ

Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini) (Surah al-Fajr)

d. Menyesal kerana tidak mengikuti Rasul

يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا

Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul (Surah al-Furqan)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
13.0K views02:49
Buka / Bagaimana
2024-01-01 03:08:31
Kebakaran yang berlaku di Tel Aviv disebabkan roket Hamas.
12.7K views00:08
Buka / Bagaimana
2023-12-20 02:23:08 Hadis Pengkhianat Adalah Teman Paling Keji
=====
1.  Pada 18 Disember yang lalu, pihak SPRM telah menerima kunjungan dari  Federal Bureau of Investigation (FBI). Ini bagi tujuan menentang rasuah termasuk dalam aspek pencegahan pengubahan wang haram di peringkat antarabangsa.

2. Sebahagian warga maya melihat kunjungan ini mungkin turut melibatkan isu saluran sumbangan wang kepada saudara kita yang dizalimi di Pal.es.teen. Ini kerana Pengarah FBI, Christopher A. Wray, yang hadir ke SPRM tersebut juga telah mengisytiharkan pejuang H sebagai tero.ris dalam ucapan pembukaan beliau pada the House Committee on Homeland Security.

3. Janganlah pula berlaku pengkhianatan atau pembocoran maklumat yang menjejaskan sumbangan kita kepada saudara kita yang dizalimi. Dalam sebuah hadis Rasulullah berdoa agar dijauhkan daripada sifat khianat daripada teman-temannya sendiri. Sabda Rasulullah:

وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخِيَانَةِ، فَإِنَّهَا بِئْسَتِ الْبِطَانَةُ

“Dan aku berlindung dari pengkhianatan, kerana ia adalah seburuk-buruk teman.”

4. Perhatikan bagaimana Rasulullah menyifatkan perbuatan khianat ini sebagai teman yang paling buruk. Bahkan mereka disifatkan seperti munafiq yang kerap mengengkari janji.

5. Dalam Islam, perlakuan khianat adalah perbuatan yang sangat tercela. Rasulullah menyenaraikan sifat khianat ini sebagai salah satu daripada sifat-sifat orang munafiq. Malah al-Imam al-Zahabi meletakkan sifat khianat ini sebagai salah satu daripada dosa besar.

6. Sifat khianat inilah yang meruntuh sesebuah kedaulatan negara. Ingatkan kita bagaimana Ibn al-Alqami yang mengkhianat Kerajaan Bani Abbasiyyah sehingga kedaulatan mereka runtuh diserang Tatar. Pengkhianatan dari dalam lebih mudah untuk meruntuhkan keutuhan negara.

7. Begitu juga dengan kejatuhan Kerajaan Islam di Andalaus. Menurut Dr. Abdul Halim Uwais, salah satu daripada 40 sebab daripada kejatuhan kerajaan Islam ini adalah disebabkan kerana pengkhianatan dalaman. Sebahagian pemerintah kabilah telah memihak kepada musuh termasuklah Ibn al-Ahmar, pemerintah di Granada.

8. Pengkhianatan dalam lebih merbahaya dari permusuhan yang zahir. Ia mampu membinasakan sebuah negara malah menzalimi kaum Muslimin itu sendiri.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
14.7K views23:23
Buka / Bagaimana
2023-12-14 06:34:57 Dunia Mula Membenci Kamu
=====
1. Selasa lalu, Presiden Amerika menegaskan bahawa Israel telah mula kehilangan sokongan akibat dari siri operasi pengeboman tanpa henti. Keganasan demi keganasan yang dilakukan oleh mereka telah mengundang kebencian dunia. Malah operasi demi operasi semakin jelas menunjukkan kegagalan mereka.

2. Dakwaan mereka yang menyatakan hospital merupakan pusat operasi kumpulan “H” juga menujukkan kegagalan perisikan mereka mengesan lokasi sebenar pergerakan para pejuang. Mereka menjemput pihak BBC untuk bersama mereka menyaksikan pusat operasi H itu. Malangnya wartawan BBC mempertikaikan semula tuduhan tentera musuh kerana senjata yang ada dalam hospital tersebut seakan-akan baru diletakkan.

3. Sehingga kini tiada sebarang maklumat mengenai kejayaan tentera musuh memasuki terowong H. Cubaan mereka untuk menenggelamkan terowong menggunakan air laut juga menemui kegagalan. Malah operasi mengesan terowong telah mengorbankan lebih ramai tentera menjajah melalui perangkap yang diletakkan.

4. Dalam interview bersama Piers Morgan, jurucakap tentera penjajah juga gagal menjawab soalan beliau apabila ditanya: “berapa ramaikan pejuang H yang telah dibunuh?” Mereka tidak mempunyai sebarang statistic mengenai perkara itu.

5. Lebih malang lagi, sekalipun kenyataan rasmi tentera penjajah hanya mengisytiharkan seramai 400++ tentera mereka terbunuh, penganalisis perang menjangkakan seramai 3000 askar musuh telah dibunuh termasuk 5000 yang dikategorikan sebagai cacat akibat pertempuran yang dahsyat ini.

6. Ini termasuk 546 jumlah kenderaan perang musuh yang telah dimusnahkan samada kemusnahan total atau separa musnah. Kerugian yang dialami oleh tentera penjajah mencecah billion dollar. Warga antarabangsa mula membenci mereka, malah rakyat sendiri telah mula hilang kepercayaan terhadap pimpinan mereka.

7. Bayangkan seluruh penduduk dunia telah mula membenci warga Ish.rael, bagaimana mereka ingin keluar menghadapi dunia? Tindakan kejam mereka menguncang kebencian manusia terhadap bangsa mereka. Sebab itu Biden dalam ucapannya menyatakan: “The safety of the Jewish people [is] literally at stake.”

8. Teruskan memberi sokongan kepada saudara kita yang dizalimi. Jangan berhenti berdoa, menyumbang malah memboikot produk yang menyokong mereka.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
13.5K views03:34
Buka / Bagaimana