Get Mystery Box with random crypto!

Dunia Mula Membenci Kamu ===== 1. Selasa lalu, Presiden Amerik | Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Dunia Mula Membenci Kamu
=====
1. Selasa lalu, Presiden Amerika menegaskan bahawa Israel telah mula kehilangan sokongan akibat dari siri operasi pengeboman tanpa henti. Keganasan demi keganasan yang dilakukan oleh mereka telah mengundang kebencian dunia. Malah operasi demi operasi semakin jelas menunjukkan kegagalan mereka.

2. Dakwaan mereka yang menyatakan hospital merupakan pusat operasi kumpulan “H” juga menujukkan kegagalan perisikan mereka mengesan lokasi sebenar pergerakan para pejuang. Mereka menjemput pihak BBC untuk bersama mereka menyaksikan pusat operasi H itu. Malangnya wartawan BBC mempertikaikan semula tuduhan tentera musuh kerana senjata yang ada dalam hospital tersebut seakan-akan baru diletakkan.

3. Sehingga kini tiada sebarang maklumat mengenai kejayaan tentera musuh memasuki terowong H. Cubaan mereka untuk menenggelamkan terowong menggunakan air laut juga menemui kegagalan. Malah operasi mengesan terowong telah mengorbankan lebih ramai tentera menjajah melalui perangkap yang diletakkan.

4. Dalam interview bersama Piers Morgan, jurucakap tentera penjajah juga gagal menjawab soalan beliau apabila ditanya: “berapa ramaikan pejuang H yang telah dibunuh?” Mereka tidak mempunyai sebarang statistic mengenai perkara itu.

5. Lebih malang lagi, sekalipun kenyataan rasmi tentera penjajah hanya mengisytiharkan seramai 400++ tentera mereka terbunuh, penganalisis perang menjangkakan seramai 3000 askar musuh telah dibunuh termasuk 5000 yang dikategorikan sebagai cacat akibat pertempuran yang dahsyat ini.

6. Ini termasuk 546 jumlah kenderaan perang musuh yang telah dimusnahkan samada kemusnahan total atau separa musnah. Kerugian yang dialami oleh tentera penjajah mencecah billion dollar. Warga antarabangsa mula membenci mereka, malah rakyat sendiri telah mula hilang kepercayaan terhadap pimpinan mereka.

7. Bayangkan seluruh penduduk dunia telah mula membenci warga Ish.rael, bagaimana mereka ingin keluar menghadapi dunia? Tindakan kejam mereka menguncang kebencian manusia terhadap bangsa mereka. Sebab itu Biden dalam ucapannya menyatakan: “The safety of the Jewish people [is] literally at stake.”

8. Teruskan memberi sokongan kepada saudara kita yang dizalimi. Jangan berhenti berdoa, menyumbang malah memboikot produk yang menyokong mereka.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi