Get Mystery Box with random crypto!

Durian Monthong Tani

Logo saluran telegram tdurianmonthong — Durian Monthong Tani D
Logo saluran telegram tdurianmonthong — Durian Monthong Tani
Alamat saluran: @tdurianmonthong
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 10.86K
Deskripsi dari saluran

Channel ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat pertanian dan jualan kepada pelanggan yang kami hormati.

Ratings & Reviews

2.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru

2023-07-24 04:45:20 Tanah dengan nilai CEC > 25 secara amnya dianggap "tanah cemerlang subur" dalam mengekalkan nutrien di tempatnya. Tanah ini tidak memerlukan aplikasi pengapuran
1.1K views01:45
Buka / Bagaimana
2023-07-24 04:43:41 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗶𝗺𝗶𝗮 mula diberikan apabila tanah kaya dengan organik kerana tanah ini mempunyai kandungan CEC yang tinggi. CEC yang tinggi menunjukkan keupayaan menyerap kation nutrien seperti Kalsium, Magnesium dan Kalium.

Sebaliknya, jika diberikan pada tanah yang gersang dari kandungan organik maka pembajaan kimia yang diberikan akan berlaku larut lesap (leaching) kerana mempunyai kapasiti pegangan yang rendah untuk kation. Membazir bukan?

Justeru, pemberian baja NPK bukanlah mengikut selera pembajaan rutin tapi ianya mengikut kepada kesesuaian tanah kita. Tanah yang tak subur dan tak bagus salirannya haruslah dibaiki dahulu. Kayakan tanah kita dengan bahan organik dari sisa tumbuhan dan haiwan dalam tempoh 1 tahun pertama seperti tanah kompos, daun-daun kering, vermicast, bone meal dan selainnya.

Moga membantu dan bermanfaat
.
.
Nak tahu info lanjut boleh join channel 𝘋𝘶𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘔𝘰𝘯𝘵𝘩𝘰𝘯𝘨 𝘛𝘢𝘯𝘪 disini untuk info pengurusan pertanian penting lagi percuma dan Up-to-date

Klik: https://t.me/Tdurianmonthong
1.1K views01:43
Buka / Bagaimana
2023-07-24 04:43:38
1.1K views01:43
Buka / Bagaimana
2023-07-20 04:31:54
Ketika cuaca panas tumbuhan sedang mengalami hidrasi. Air yang tersejat dari daun tersangat cepat lalu segera menyerap air dari tanah yang disiram untuk menghadapi transpirasi yang sedang berlaku.

Calcium dan Boron pula diangkut melalui paip air (xilem), diamana air diangkut dari akar hingga ke pucuk maka disitulah laluan dua nutrien ni Ca dan B diterima pokok. Jelas kita faham disini bahawa Calcium Boron amat sesuai diberikan ketika cuaca panas.

Adapun cuaca sejuk atau mendung, Calcium dan Boron adalah nutrien pertama yang berhenti bergerak dari akar ke daun. Tentu membazir jika kita berikan pada masa ni. Tambahan pula, dua nutrien ni paling lama kesannya dapat dilihat sekitar 3minggu selepas aplikasi.
2.4K views01:31
Buka / Bagaimana
2023-07-19 04:35:53 𝗗𝘂𝗿𝗶 𝗛𝗶𝘁𝗮𝗺 𝟰-𝟱𝗸𝗮𝗸𝗶 stock akhir ada di nurseri. Bagi yang dah tempah boleh datang ambil, yang belum dapatkan. Boleh segera ke nurseri selagi berbaki stock yang masih ada!

Harga cuma 𝗥𝗠𝟲𝟱 dengan spefikasi benih seperti biasa, kami sediakan semaian yang lembut campuran 𝘵𝘰𝘱 𝘴𝘰𝘪𝘭 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘰𝘮𝘱𝘰𝘴 𝘕𝘳𝘪𝘤𝘩 supaya akar tumbuh sihat. Indikasinya, pucuk terus keluar. Adapun, akar yang tak aktif indikasinya tunas air yang keluar manakala pucuk utama kaku. Ini pemerhatian kita sebelum nak beli benih, silap pilih merana nanti. Haha!

Rasa tak sempat nak datang, boleh tempah dulu dan pickup di nurseri bila-bila free. Malam pun boleh..
Tuan puan yang nak walk-in terus boleh klik link dibawah untuk ke nurseri ya

https://maps.app.goo.gl/rde7DbMwiHTq3XrN9

𝘚𝘦𝘣𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢𝘢𝘯 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘏𝘶𝘣𝘶𝘯𝘨𝘪 𝘈𝘵𝘢𝘶 𝘞𝘩𝘢𝘵𝘴𝘈𝘱𝘱 𝟬𝟭𝟲-𝟲𝟴𝟴𝟳𝟲𝟮𝟰
.
.
Extra Promo benih Apm lain:

• Musang King (D197) 5kaki - rm65
• Ioi (D168) 5kaki - rm65
2.5K views01:35
Buka / Bagaimana
2023-07-19 04:35:25
2.3K viewsedited  01:35
Buka / Bagaimana
2023-07-11 14:59:05 𝗗𝗮𝘂𝗻 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿

Menggunakan baja 15-15-15 menyebabkan permukaan daun lebih luas dari menggunakan nisbah yg tinggi Nitrogen seperti 12-6-6, 12-3-6, 25-5-5 dan selainnya.

Ini menunjukkan kepentingan unsur P dan K yang diperlukan untuk pembahagian sel. Pembesaran sel memerlukan tenaga dengan peranan unsur P.

Manakala unsur K merupakan elemen penting untuk memindahkan gula daripada daun tua yang menjadi pengeluar makanan (gula) ke daun muda yang sedang membesar.

Wallahua'lam,
3.8K views11:59
Buka / Bagaimana
2023-07-11 14:59:03
3.3K views11:59
Buka / Bagaimana
2023-07-07 16:46:54 𝗚𝗲𝗷𝗮𝗹𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗮𝗶𝗿

Simptom menunjukkan berair sekaligus merosakkan isi durian dengan rasa yang masam.

Puncanya disebabkan durian mendapat terlalu banyak air dalam tempoh pra-penuaian.

Hujan lebat yang berlarutan juga mendatangkan risiko Teras Air berlaku. Apa yang perlu kita buat adalah mengawal kadar siraman, adapun musim hujan siraman perlu diberhentikan.

Jika musim kemarau, kita perlu menyiram dengan kerap sebelum tempoh menuai hasil, kira-kira 75% air diperlukan. Sebagai contoh, jika kadar siraman biasa 100 liter sepokok, maka ia dikurangkan kepada 75 liter sepokok. Sebaliknya jika air kurang di musim kemarau maka Tip Burn pulak yg akan berlaku.

𝘐𝘯𝘥𝘦𝘬𝘴 𝘬𝘦𝘭𝘦𝘮𝘣𝘢𝘱𝘢𝘯 ≥ 20% 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶𝘢𝘯 𝘢𝘪𝘳 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘵𝘢𝘯𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘥𝘶𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘢𝘳𝘢𝘴 𝘰𝘱𝘵𝘪𝘮𝘶𝘮 ✓
4.5K views13:46
Buka / Bagaimana
2023-07-07 16:46:51
3.8K views13:46
Buka / Bagaimana