Get Mystery Box with random crypto!

𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗶𝗺𝗶𝗮 mula diberikan apabila tanah kaya dengan organ | Durian Monthong Tani

𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗶𝗺𝗶𝗮 mula diberikan apabila tanah kaya dengan organik kerana tanah ini mempunyai kandungan CEC yang tinggi. CEC yang tinggi menunjukkan keupayaan menyerap kation nutrien seperti Kalsium, Magnesium dan Kalium.

Sebaliknya, jika diberikan pada tanah yang gersang dari kandungan organik maka pembajaan kimia yang diberikan akan berlaku larut lesap (leaching) kerana mempunyai kapasiti pegangan yang rendah untuk kation. Membazir bukan?

Justeru, pemberian baja NPK bukanlah mengikut selera pembajaan rutin tapi ianya mengikut kepada kesesuaian tanah kita. Tanah yang tak subur dan tak bagus salirannya haruslah dibaiki dahulu. Kayakan tanah kita dengan bahan organik dari sisa tumbuhan dan haiwan dalam tempoh 1 tahun pertama seperti tanah kompos, daun-daun kering, vermicast, bone meal dan selainnya.

Moga membantu dan bermanfaat
.
.
Nak tahu info lanjut boleh join channel 𝘋𝘶𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘔𝘰𝘯𝘵𝘩𝘰𝘯𝘨 𝘛𝘢𝘯𝘪 disini untuk info pengurusan pertanian penting lagi percuma dan Up-to-date

Klik: https://t.me/Tdurianmonthong