Get Mystery Box with random crypto!

Durian Monthong Tani

Logo saluran telegram tdurianmonthong — Durian Monthong Tani D
Logo saluran telegram tdurianmonthong — Durian Monthong Tani
Alamat saluran: @tdurianmonthong
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 10.86K
Deskripsi dari saluran

Channel ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat pertanian dan jualan kepada pelanggan yang kami hormati.

Ratings & Reviews

2.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 2

2023-07-05 15:53:03
Menyembur hormon NAA (1-naphthaleneacetic acid) atau Planofix membantu pokok durian mengumpul lebih banyak makanan (karbohidrat). Ini akan menjadikan pokok durian sedia berbuah dengan cepat, lebat, kurangkan keguguran bunga dan meningkatkan saiz buah.

Hormon ini tak asing pada penggunaan tanaman nenas namun ia secara langsung membantu pembungaan durian selain GA-3 yang pernah saya nyatakan sebelum ini ..

Wallahualam,
3.8K views12:53
Buka / Bagaimana
2023-07-02 15:00:13 Jika kita rasa kecundang atas segala usaha menanam durian dari pokok cantuman. Mungkin pilihan terakhir untuk kita besarkan durian dari tanam biji. Tentu sudah mereka yang ingin besarkan pokok durian pada tekstur tanah yang tak sesuai seringkali berhadapan dengan masalah ini.

Pokok cantuman sudah tentu kualitinya lebih bagus memandangkan berlaku pertukaran kedua-dua molekul RNA dan DNA antara pasangan cantuman, sekali gus menyediakan asas molekul untuk variasi genetik yang dicantum. Maknanya benih yang kita tanam 90% ikut induk scion yang kita gunakan untuk cantuman kecuali teksturnya bergantung kepada pembajaan dan mineral tanah kebun setempat.

Adapun pokok penanti mudah terdedah kepada pendebungaan silang jika ditanam bercampur. Sedikit sebanyak akan mengubah genetik asal induk. Sisi baiknya ia akan mengelakkan keguguran bunga dan menghasilkan bentuk buah yang sekata kerana sifat durian biji ni (incompatible) yang memerlukan pasangan untuk menghasilkan ciri-ciri durian yang berkualiti.

Pendek kata, tanah subur dan punyai kemampuan untuk mengurus silakan tanam benih cantuman (klon). Itu yang sebaiknya. Adapun pekebun jarak jauh yang hanya mengharapkan air hujan semata-semata untuk kelangsungan hidup durian. Maka tanam biji lebih selamat dan tak menelan belanja yang boleh merugikan kita di depan hari..

Wallahualam'
.
.
P/s : Isi durian adalah zat buah yang boleh disesuaikan mengikut selera pembajaan kita. Usah risau akan perubahan isi, tapi lebih risaulah jika tersalah semai biji dari varieti yg kita mahukan
4.3K views12:00
Buka / Bagaimana
2023-07-02 15:00:10
3.3K views12:00
Buka / Bagaimana
2023-06-29 05:39:58 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔 𝟭𝟰𝟰𝟰𝗛

Saat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM, Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL, Dikala itulah bermulanya sejarah agung Erti sebuah PENGORBANAN.
.
.
Dalam hadis riwayat Zaid bin Arqam, dikatakan kepada Rasulullah SAW:

قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا هَذِهِ الْأَضَاحِيُّ قَالَ سُنَّةُ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ قَالُوا مَا لَنَا مِنْهَا قَالَ بِكُلِّ شَعْرَةٍ حَسَنَةٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَالصُّوفُ قَالَ بِكُلِّ شَعْرَةٍ مِنْ الصُّوفِ حَسَنَةٌ

Maksudnya:

''Apa itu korban?.'' Baginda bersabda, ''Ia sunnah bapa kamu, iaitu Nabi Ibrahim,'' Beliau bertanya lagi, ''Apakah padanya kebaikan kepada kami wahai Rasulullah ?'' Baginda bersabda,''Setiap helai rambut adalah pahala.'' Katanya lagi, ''Bagaimana pula dengan bulunya?'' Baginda bersabda, ''Setiap helaian rambut daripada bulunya ialah pahala.''

Riwayat Imam Ahmad (19283)

𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚.𝘞.𝘛 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢 𝘢𝘮𝘢𝘭 𝘴𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢
4.3K views02:39
Buka / Bagaimana
2023-06-29 05:39:57
3.7K views02:39
Buka / Bagaimana
2023-06-27 15:07:28 Pokok durian yang diserang penyakit kulat ketika berbuah boleh diatasi dengan racun (fungicide) dari kumpulan "Triazole". Selain bertindak secara sistemik ianya membantu menyekat pertumbuhan tunas baru yang mana kita semua tahu kehadiran tunas baru menandakan unsur Nitrogen sedang diangkut oleh tumbuhan. Kesannya, sedikit sebanyak akan menjejaskan kualiti isi.

Wallahualam,
.
.
Jangan tinggal berdoa pada hari Arafah yg mulia ini kerana inilah hari sebaik-baik kita berdoa dan mustajab. Sabda Nabi S.A.W :

“خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ”

Maksud: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari ‘Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para nabi sebelumku katakan adalah (Tiada Ilah melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha Menguasai atas segala sesuatu).”

(Sunan Tirmidhi, 3509 – dinilai hasan)
4.3K views12:07
Buka / Bagaimana
2023-06-27 15:07:21
3.9K views12:07
Buka / Bagaimana
2023-06-09 14:44:59 Bermula hari yang ke 15 - 30 (selepas blooming) maka penjarangan buah dimulakan sebelum mencapai saiz bola ping pong. Ini mengelakkan berlaku perebutan nutrien dan serangan serangga yang pesat.

Sekali lagi pada 3 minggu berikutnya, penjarangan minor dilakukan dengan membuang buah yang herot, kecil dan tak produktif di setiap dahan. Simpankan maksimum hanya 8 biji bagi setiap dahan untuk pokok lingkungan usia < 10 tahun.

Untuk makluman, pada minggu yang ke - 3 ini siraman perlu dikekalkan pada paras normal manakala hari lain boleh dikurangkan seperti biasa. Calcium, Magnesium dan Boron perlu diberi secara konsisten sebagai keperluan nutrisi ketika ini. Jika perkara diatas dapat ditumpukan, InshaAllah masalah "Tip Burn" dapat dielakkan.

Wallahualam,
.
.
Nak tahu info lanjut boleh join channel 𝘋𝘶𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘔𝘰𝘯𝘵𝘩𝘰𝘯𝘨 𝘛𝘢𝘯𝘪 disini untuk info pengurusan pertanian penting lagi percuma dan Up-to-date

Klik: https://t.me/Tdurianmonthong
1.7K views11:44
Buka / Bagaimana
2023-06-09 14:44:57
1.7K views11:44
Buka / Bagaimana
2023-06-03 10:45:54 Banyak persoalan yang timbul berkenaan "𝗱𝗮𝘂𝗻 𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗰𝗶𝗹" 𝗮𝘁𝗮𝘂 "𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗸𝗮" setelah tunas baru muncul. Apakah sebabnya?

Saya tampilkan jawapan sekadar yang tahu. Mudahan membantu. Antara sebabnya daun durian mengecil kerana:

a.) Kekurangan Calcium (Ca), jika diperhatikan daun muda yang mengecil ketika ini akan turut memberi kesan yang jelas pada daun tua dengan bergerigi (beralun) di tepi daun.

b.) Overdose bahan kimia, kadar penggunaan yang salah tidak mengikut label akan menghentikan pertumbuhan vegetatif seketika dan menghanguskan daun muda seperti yang ditampilkan dalam gambar.

c.) Campuran hormon, sering diingatkan hormon perlu digunakan secara tunggal. Jika dicampurkan ia boleh membentuk struktur kimia baru dan meninggalkan toksik kepada tanaman.

d.) Salah penggunaan baja, penggunaan baja yang bukan pada waktunya akan menjejaskan peringkat tumbesaran daun. Contohnya: menggunakan baja KN03 (Potasium Nitrate) pada pokok muda akan mengecilkan daun kerana Nitrogen dlm baja ni adalah fokus untuk peringkat tumbesaran buah. Nitrogen dalam bentuk Nitrat ini akan membantu menampal kekuningan pd daun agar tak mengganggu nutrien dari zat buah.

Sekadar itu sahaja. Jika bermanfaat silakan share bersama!
.
.
Nak tahu info lanjut boleh join channel 𝘋𝘶𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘔𝘰𝘯𝘵𝘩𝘰𝘯𝘨 𝘛𝘢𝘯𝘪 disini untuk info pengurusan pertanian penting lagi percuma dan Up-to-date

Klik: https://t.me/Tdurianmonthong
3.5K views07:45
Buka / Bagaimana