Get Mystery Box with random crypto!

Iddin Ramli Quotes 🖋️

Logo saluran telegram iddinshare — Iddin Ramli Quotes 🖋️ I
Logo saluran telegram iddinshare — Iddin Ramli Quotes 🖋️
Alamat saluran: @iddinshare
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 71.62K
Deskripsi dari saluran

100% manage by Iddin Ramli

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

2

2 stars

0

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 4

2023-08-01 08:10:13 Jika takdir berkata sebaliknya, seharusnya kamu memilih untuk terus kuat kerana takdir tidak akan menyakitimu dengan sengaja tanpa hikmah dari-Nya. Menjadi lemah & tenggelam itu adalah pilihan.

- Iddin Ramli
18.6K views05:10
Buka / Bagaimana
2023-07-31 08:58:53
IDDIN DATANG BICARA SANTAI KE TEMPAT BELAJAR KORANG SECARA PERCUMA

Slot available -

12/9 - pagi (n9/melaka)
13/9 - malam (pahang)
18/9 - pagi (perak)
20/9 - malam (kedah)
22/9 - pagi (kedah/perlis)

Whatsapp untuk jemputan

wasap.my/60145518810/jemputiddinramli
19.4K views05:58
Buka / Bagaimana
2023-07-31 03:23:01 Benar, manusia itu tidak sempurna & melakukan salah. Tapi jika kesalahan yang sama berulang kali, adakah kamu masih memilih untuk bersangka baik lagi?

Tak perlu berpura bersangka baik sedangkan hatimu dirobek. Kamu cuma takut hidup tanpa dirinya. Semenjak dia hadir, kamu lebih banyak luka berbanding bahagia. Sedangkan selama ini kamu mampu saja hidup sendiri dengan bahagia. Bila lagi nak sedar ketenangan hatimu sendiri adalah keutamaan untuk diperjuangkan?

- Iddin Ramli
17.8K views00:23
Buka / Bagaimana
2023-06-10 16:12:02 Kenapa jumlah subscribers bertambah ni? Korang datang dari mana? Haha
8.9K views13:12
Buka / Bagaimana
2023-06-10 15:45:01 Kamu juga tak suka semua orang, kan? Lalu, jangan hairan kenapa tak semua menyukai kamu. Hidup saja tanpa menyakiti sesiapa. Semoga bahagia hingga syurga :)

- Iddin Ramli
9.1K views12:45
Buka / Bagaimana
2023-06-10 02:30:40 Dewasa mengajarkanmu agar tidak lagi peduli tentang hal-hal yang tidak penting untuk hidupmu. Lebih segera kamu mengabaikan hal-hal tidak penting itu, lebih tenang hidupmu. Hal tidak penting itu seharusnya lalu sahaja dalam hidupmu, bukan menumpang dalam fikiranmu sehingga kamu terganggu.

- Iddin Ramli
11.1K views23:30
Buka / Bagaimana
2023-06-08 07:09:10 Buat adik-adik yang ambil result SPM,

Tahniah buat yang berjaya. Syukurlah kerana الله telah memilihmu untuk merasakan kenikmatan itu.

Buat yang berdukacita, semoga terus bersangka baik dengan الله. Kamu dah berusaha sebaik mungkin. Mungkin ada cara lain untuk Tuhan membahagiakanmu pada masa akan datang. Rezeki kamu tak sama dengan yang lain, tapi rezeki itu ada. Jangan jatuh lagi, kamu juga boleh menikmati hal-hal terindah suatu masa nanti. Semoga terus melebarkan sayapmu & terbang tinggi.
14.5K views04:09
Buka / Bagaimana
2023-06-08 07:03:03 Korangggg nak tanya, korang berminat tak buku Noktah Yang Memujuk in English version? Hehe
13.3K views04:03
Buka / Bagaimana
2023-06-05 09:28:44 Untuk tenang, cuba kamu

1) Jadikan hatimu sendiri prioriti.
2) Lebih peduli tentang hatimu sendiri.
3) Jangan terasa dengan hal yang tak penting.
5.4K views06:28
Buka / Bagaimana
2023-05-31 03:39:42 وَلَا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخرِقَ الأَرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang”

Surah al-Israa’ (37)
14.7K views00:39
Buka / Bagaimana