Get Mystery Box with random crypto!

Iddin Ramli Quotes 🖋️

Logo saluran telegram iddinshare — Iddin Ramli Quotes 🖋️ I
Logo saluran telegram iddinshare — Iddin Ramli Quotes 🖋️
Alamat saluran: @iddinshare
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 71.62K
Deskripsi dari saluran

100% manage by Iddin Ramli

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

2

2 stars

0

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 3

2023-08-11 04:44:48 Kata Nabi, yang kuat itu bukan mereka yang mampu mengangkat berkilogram besi. Tapi mereka yang mampu menahan diri daripada marah. Sungguh, sabar itu adalah sifat orang beriman. Diam itu lebih baik kerana marahmu itu tidak akan mengubah apa-apa yang telah berlaku.

- Iddin Ramli
16.4K views01:44
Buka / Bagaimana
2023-08-08 17:38:11 Diam tidak semestinya kalah. Kadangkala diam untuk tidak membesarkan masalah. Diam juga kerana ingin bertenang agar tiada yang terluka kerana kata-kata. Kerana sedar, tidak berbaloi untuk bergaduh kerana hal-hal kecil. Tidak berbaloi kehilangan kamu kerana hal-hal kecil. Tidak berbaloi berlawan mulut kerana hal yang tidak sepatutnya.

- Iddin Ramli
19.3K views14:38
Buka / Bagaimana
2023-08-08 06:37:15
Shopee bagi harga sampai macam ini. Murah sangat ni dah kenapa
18.5K views03:37
Buka / Bagaimana
2023-08-05 23:01:24
Otw ke Pesta buku Brunei
ICC, Brunei
19.4K views20:01
Buka / Bagaimana
2023-08-05 17:54:01 Ada yang malam melakukan dosa, siangnya merintih menyesal pada yang Esa. Ada yang siang melakukan dosa, malamnya merintih seperti bayi dengan penuh penyesalan pada yang Maha Esa. Jangan putus asa dengan Rahmat Allah. Selagi ada peluang, merintihlah kerana Tuhan tidak teragak-agak untuk menerima kamu pulang.

- Iddin Ramli
18.1K views14:54
Buka / Bagaimana
2023-08-05 03:38:50 Tiada yang lebih memahami kamu lebih dari Allah. Allah tahu apa yang terpendam. Allah tahu setiap masalahmu. Sebelum kamu meluahkan pada-Nya, Dia sudah tahu setiap susunan permintaanmu. Kamu harus terus meminta & berharap dalam setiap doa-doamu. Kerana kamu itu hamba. Hamba sifatnya hina tiada apa-apa melainkan memerlukan sepenuh kebergantungan kepada-Nya.

Mintahlah. Tuhan itu mendengar.

- Iddin Ramli
18.0K views00:38
Buka / Bagaimana
2023-08-04 03:12:35  حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.
17.6K views00:12
Buka / Bagaimana
2023-08-03 08:30:08 Kamu tidak mendewasa kerana teori-teori kehidupan yang kamu belajar di universiti. Kamu mendewasa kerana apa yang kamu lalui, luka yang kamu tempuhi, sakit yang kamu hadapi.

- Iddin Ramli
18.1K views05:30
Buka / Bagaimana
2023-08-02 13:58:16 Sudahlah tu berharap. Kamu hanya memiliki perkara yang tertulis takdirmu. Sudahlah tu memaksa perkara yang tidak mahu mendekat. Sudahlah tu mengejar perkara yang berpaling. Kamu tak sepatutnya selemah itu. Bila lagi nak sedar ni?

- Iddin Ramli
19.4K views10:58
Buka / Bagaimana
2023-08-02 04:41:13 Kita selalu sakit hati dengan perkara yang tiada urusan dengan kita. Selalu benci seseorang yang tiada salahnya pada kita. Selalu iri pada nikmat seseorang yang tidak menyinggah pada kita.

Sebenarnya bukan orang itu yang menyakitkan kita. Bukan dia yang salah, tapi hati kita yang bermasalah.

- Iddin Ramli
19.8K viewsedited  01:41
Buka / Bagaimana