Get Mystery Box with random crypto!

Iddin Ramli Quotes 🖋️

Logo saluran telegram iddinshare — Iddin Ramli Quotes 🖋️ I
Logo saluran telegram iddinshare — Iddin Ramli Quotes 🖋️
Alamat saluran: @iddinshare
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 71.62K
Deskripsi dari saluran

100% manage by Iddin Ramli

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

2

2 stars

0

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 2

2023-09-04 07:15:14 Slot jelajah Naseehat yang still available untuk bulan september.

14 september - johor (pagi)
15 september - selangor/kl (pagi)
17 september - perak (pagi)
18 september - perak (malam)

Kalau berminat nak jemput, boleh whatsapp 014-5518810 (pn linda)
14.5K views04:15
Buka / Bagaimana
2023-09-04 07:15:08 Iddin nak meluah sikit ni.

Korang kalau nak jemput iddin datang sekolah/ipt korang janganlah main-main.

Penat tau nak susun jadual. Kalau dah cakap confirm tu please confirm betul-betul. Kalau tak pasti, cakap tak pasti. Jangan cakap confirm kalau tak pasti! Kalau tak, iddin boleh bagi ruang sekolah/ipt lain amik slot tu. Hormati masa & effort orang lain. Nak susun jadual pun pening tau. Bukan awak sorang je yang berurusan dengan kami. Tapi ratusan sekolah/ipt yang nak booking slot.

Kalau dah cakap confirm lepastu tiba-tiba tak jadi. Tolong bagitahu awal-awal. Jangan diam buat taktahu. HORMAT masa orang ok?
14.6K views04:15
Buka / Bagaimana
2023-08-24 03:49:47 Selalu kamu dipesan agar jangan putus asa. Masih ada harapan selagi kita berusaha. Tapi jika jawapannya sudah kamu tahu, untuk apa lagi berusaha? Usahamu hanya akan mematahkan hatimu. Sedar diri. Ada perkara yang kamu usahakan itu bukan semakin mendekat, tapi semakin menjauh. Kadang kala menyerah kalah juga adalah pilihan terbaik.

- Iddin Ramli
17.5K views00:49
Buka / Bagaimana
2023-08-22 02:50:53 Lidah yang kita gunakan untuk membaca Al-Quran ini lidah yang sama kita gunakan untuk mengumpat. Lidah yang kita gunakan untuk berzikir, berselawat ini lidah yang sama kita gunakan untuk membukan aib orang lain, mencaci, memaki & berkata tentang perkara yang tak sepatutnya kita katakan.

Tak akan terlepas setiap patah kata yang keluar dari mulut kita kerana semuanya akan ditanya & dihisab di akhirat.

Tak rugi jika kamu memilih untuk diam dalam banyak perkara yang tiada kena mengena dengan kamu.

- Iddin Ramli
14.2K views23:50
Buka / Bagaimana
2023-08-21 12:19:19 Tak semua yang berlegar di sosial media itu benar. Jangan dahulukan emosi & nafsu untuk berikan komentar. Kamu tak rugi apa-apa pun jika mengambil keputusan untuk diam.

Antara perkara yang boleh lindung kita dari apa neraka adalah menjaga lidah & lisan.

- Iddin Ramli
12.6K views09:19
Buka / Bagaimana
2023-08-15 10:47:31
Korang tahu tak? Sekarang iddin tengah buat contest ipad 3x untuk 3 orang. Beli je dekat tiktok atau shopee ya. Nanti dapat borang, scan isi details untuk kita call pemenang dalam live
14.9K views07:47
Buka / Bagaimana
2023-08-15 00:37:32 Ketika kamu berputus harapan, yang bersamamu itu adalah Tuhan. Dia tahu kamu hampir menyerah. Dia tahu kamu seakan tidak berdaya. Dia tahu kondisimu saat ini seakan lemas dalam masalahmu.

Allah itu terlalu dekat denganmu.

“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” (Qaaf : 16)

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka (jawablah), sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku….” (Al-Baqarah : 186)

Tidak akan dibiarkan kedua tanganmu yang diangkat untuk berdoa, merintih & merayu itu turun dengan tangan yang kosong. Pasti dia akan mendengar segala keluhanmu & menerima setiap permintaanmu.

Merayulah. Kamu itu hamba yang dahagakan kasih-Nya.

- Iddin Ramli
14.3K views21:37
Buka / Bagaimana
2023-08-14 06:46:43 Bersyukurlah akan hal-hal yang sedikit pasti hal sedikit itu akan terasa cukup.

Bersyukurlah, kerana yang bersyukur itu cuma sedikit. Beruntunglah jika kamu termasuk dalam mereka yang sedikit itu. Mereka yang sedikit itulah yang paling beruntung & tenang di dunia & akhirat.

- Iddin Ramli
14.0K views03:46
Buka / Bagaimana
2023-08-13 02:06:37 Tetap berjuang ya? Sikit saja lagi kamu akan sampai ke tujuanmu.
13.8K views23:06
Buka / Bagaimana
2023-08-12 10:06:48 Selalu pesan pada diri,
Selalu ingatkan diri,

Tak semua yang kamu harapkan akan sejalan dengan kehendakmu.

Sekurang-kurangnya kamu hanya terluka kerana perkara itu tidak mengikut kehendakmu. Jangan ditambah lagi dengan luka menaruh harapan.

- Iddin Ramli
15.0K views07:06
Buka / Bagaimana