Get Mystery Box with random crypto!

Satu Kunjung Hormat CIDB Negeri Melaka Ke Pejabat Pembangunan | CIDB MALAYSIA

Satu Kunjung Hormat CIDB Negeri Melaka Ke Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (ICU) telah diadakan dan diketuai oleh Puan Alinda Puteh, Pengarah CIDB Melaka serta disambut baik oleh Encik Megat Azlani bin Megat Ramli, Pengarah Pembangunan Negeri Melaka (ICU).


Antara perkara yang dibincangkan pada sesi kunjungan kali ini adalah:

1. ICU Negeri Melaka akan memasukkan pemakluman berkaitan Tindakan Tatatertib SPKK di dalam perutusan Pengerusi bagi Mesyuarat bersama Agensi / Jabatan untuk dipraktiskan oleh semua agensi dalam menangani masalah projek sakit.

2. ICU Negeri Melaka berminat untuk menguatkuasakan penggunaan BIM bagi projek-projek kerajaan di Negeri Melaka. Sebagai langkah awal, ICU Melaka berminat untuk menghantar pegawai mereka mengikuti training BIM di ABM Wilayah Selatan.

3. ICU Negeri Melaka bersetuju untuk melaksanakan pilot project bersama ABMJ dibawah program kesejahteraan rakyat bagi tred2 latihan yang bersesuaian. Perbincangan lanjut bersama pihak ABMJ akan diadakan nanti.

4. ICU akan meminta kontraktor yang menjalankan projek kerajaan di bawah pemantauan mereka untuk membuat permohonan Qlassic & Shassic.

https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0c1AcwYUS6CAM9NxH1FcjWn3YHCb8rFtht93Aa5UPxNpWZZD7kci6nHxy7yR4VMul