Get Mystery Box with random crypto!

Satu Kunjungan oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Bin H | CIDB MALAYSIA

Satu Kunjungan oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya Malaysia bersama Pengarah Negeri CIDB Sarawak dan beberapa pegawai CIDB Sarawak telah diadakan.
.
Dalam lawatan kerja ringkas oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Bin Haji Ahmad, beliau sempat meninjau dan melihat sendiri aktiviti latihan yang sedang berlangsung di CIDB Negeri Sarawak dan ABM Wilayah Sarawak termasuk beramah mesra bersama warga kerja dan juga peserta di kaunter pejabat negeri, BIM Satelite dan BIM Studio sebelum melihat bagaimana keadaan pelatih Belia mengikuti latihan kemahiran. Beliau juga sempat melawat ke CIDB Technologies Sdn. Bhd. Cawangan Sarawak, Makmal CREAM, CCCS dan juga rumah contoh 3D printing.
.
Walaupun masa agak terhad, beliau sempat beramah mesra dengan warga kerja dan ditemani oleh Pengarah Negeri Sarawak, Ketua Pegawai Eksekutif, Eksekutif Kanan dan Ketua-ketua Seksyen sepanjang lawatan.
.
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila tetamu yg dihormati amat sporting dan bersama-sama merakamkan video dengan para peserta.

https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid02JiirqyBft1gHruBo71TXtfKER2dDVpvXq72k4YiPsM8GLvHWfwNaGkkWQJZT2MAel