Get Mystery Box with random crypto!

CIDB MALAYSIA

Logo saluran telegram cidbmy — CIDB MALAYSIA C
Logo saluran telegram cidbmy — CIDB MALAYSIA
Alamat saluran: @cidbmy
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 14.67K
Deskripsi dari saluran

CIDB Malaysia is now on Telegram.
Get the latest updates from CIDB by joining this Telegram group.
Download Telegram App on your mobile and search CIDB Malaysia on the app and click *join* .

Ratings & Reviews

3.00

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru

2023-06-13 04:14:22
446 views01:14
Buka / Bagaimana
2023-06-13 04:14:15 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐤𝐨𝐫 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐇𝐀𝐒𝐒𝐈𝐂 & 𝐐𝐋𝐀𝐒𝐒𝐈𝐂

Tarikh : 10 Julai 2023
Hari : Isnin
Platform : Cisco Webex

Siapa yang perlu sertai??

Penggiat Industri pembinaan khususnya kontraktor utama atau sub kontraktor yang terlibat atau menjalankan kerja-kerja pembinaan yang ingin mengetahui dan memahami secara lanjut dalam aspek Penilaian SHASSIC untuk keselamatan dan kesihatan di tapak bina serta hal berkaitan Penilaian QLASSIC bagi kualiti pembinaan dan kemasan dalam pembinaan.

Sila klik pada link dibawah untuk pendaftaran:
http://evms.cidb.gov.my/event/nKPS423NgfP

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi En. Muhamad Afif Mohamed Jamil ditalian 03-4047 8012 atau emel kepada bhg.sheq@cidb.gov.my.
454 views01:14
Buka / Bagaimana
2023-06-12 06:17:44 CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (CIDB WPKL) telah menganjurkan Seminar Pendaftaran Wilayah Persekutuan 2023 di IDEAS, Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Ts. Dr. Gerald Sundaraj, Pengarah CIDB WPKL.
.
Seminar ini bertujuan untuk menyampaikan informasi terkini berkenaan dengan keperluan prosedur pendaftaran khususnya untuk penilaian Program SCORE. Menerusi seminar ini, kontraktor dapat menghadiri Klinik SCORE yang bertujuan untuk memberi bimbingan kepada kontraktor dalam meningkatkan penarafan SCORE syarikat.
.
CIDB turut menjemput Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menyalurkan maklumat berkaitan penguatkuasaa isu kartel dan penyalahgunaan penisytiharan maklumat sewaktu menyertai tender.
.
Seramai 110 peserta telah menghadiri seminar ini yang terdiri dari para kontraktor yang aktif di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah terlibat.

https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid02NUAJKBnFnQe1zaPTYEhqDEXByg5GMPxH9x6NdXJJJiquX3hLUdL6SRftVQFAQa51l
1.1K views03:17
Buka / Bagaimana
2023-06-09 11:01:18 "𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐈𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐖𝐄𝐁 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐂𝐈𝐃𝐁"

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia) telah menerima banyak aduan daripada pengguna yang tertipu setelah membuat proses permohonan pendaftaran kontraktor dan personel binaan (kad hijau) di laman web yang bukan milik CIDB.
.

CIDB ingin mengingatkan pengguna supaya hanya berurusan di portal rasmi CIDB iaitu di:
- www.cidb.gov.my
- cims.cidb.gov.my
untuk sebarang permohonan dan transaksi.
.

Terdapat banyak laman web dan portal yang menggunakan nama dan imej CIDB untuk mengelirukan pengguna. Laman web ini termasuk tetapi tidak terhad kepada senarai berikut:
- https://cidb2u.my/
- https://cidb4u.my/
- https://cidbrenew.com/
- https://www.rentakabiz.com/daftar-kad-hijau-cidb/
- https://www.nnsbusiness.com.my/blog/syarat-pendaftaran
- https://kadhijau.my/
- https://www.lesenkontraktor.com.my/
.

CIDB tidak mempunyai kuasa untuk mengawal pendaftaran nama domain laman web (domain name), mahupun nama syarikat yang menggunakan nama CIDB. CIDB juga tidak mempunyai kuasa untuk menutup laman-laman web atau syarikat ini.
.

Mana-mana orang awam yang telah tertipu dengan laman-lama web yang menyamar sebagai CIDB, perlulah membuat laporan polis dan dinasihatkan mendapatkan khidmat nasihat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bagi tujuan tuntutan ganti rugi. Pengguna juga perlu memaklumkan kepada CIDB untuk tindakan lanjut CIDB kepada agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi CIDB Careline 03-5567 3300 atau melalui borang maklumbalas eBantuan https://www.cidb.gov.my/e-bantuan.
1.7K views08:01
Buka / Bagaimana
2023-06-09 11:01:08
1.3K views08:01
Buka / Bagaimana
2023-06-09 10:09:10 Satu Kunjung Hormat CIDB Negeri Melaka Ke Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (ICU) telah diadakan dan diketuai oleh Puan Alinda Puteh, Pengarah CIDB Melaka serta disambut baik oleh Encik Megat Azlani bin Megat Ramli, Pengarah Pembangunan Negeri Melaka (ICU).


Antara perkara yang dibincangkan pada sesi kunjungan kali ini adalah:

1. ICU Negeri Melaka akan memasukkan pemakluman berkaitan Tindakan Tatatertib SPKK di dalam perutusan Pengerusi bagi Mesyuarat bersama Agensi / Jabatan untuk dipraktiskan oleh semua agensi dalam menangani masalah projek sakit.

2. ICU Negeri Melaka berminat untuk menguatkuasakan penggunaan BIM bagi projek-projek kerajaan di Negeri Melaka. Sebagai langkah awal, ICU Melaka berminat untuk menghantar pegawai mereka mengikuti training BIM di ABM Wilayah Selatan.

3. ICU Negeri Melaka bersetuju untuk melaksanakan pilot project bersama ABMJ dibawah program kesejahteraan rakyat bagi tred2 latihan yang bersesuaian. Perbincangan lanjut bersama pihak ABMJ akan diadakan nanti.

4. ICU akan meminta kontraktor yang menjalankan projek kerajaan di bawah pemantauan mereka untuk membuat permohonan Qlassic & Shassic.

https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0c1AcwYUS6CAM9NxH1FcjWn3YHCb8rFtht93Aa5UPxNpWZZD7kci6nHxy7yR4VMul
1.3K views07:09
Buka / Bagaimana
2023-06-09 05:14:08 Satu Kunjungan oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya Malaysia bersama Pengarah Negeri CIDB Sarawak dan beberapa pegawai CIDB Sarawak telah diadakan.
.
Dalam lawatan kerja ringkas oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Bin Haji Ahmad, beliau sempat meninjau dan melihat sendiri aktiviti latihan yang sedang berlangsung di CIDB Negeri Sarawak dan ABM Wilayah Sarawak termasuk beramah mesra bersama warga kerja dan juga peserta di kaunter pejabat negeri, BIM Satelite dan BIM Studio sebelum melihat bagaimana keadaan pelatih Belia mengikuti latihan kemahiran. Beliau juga sempat melawat ke CIDB Technologies Sdn. Bhd. Cawangan Sarawak, Makmal CREAM, CCCS dan juga rumah contoh 3D printing.
.
Walaupun masa agak terhad, beliau sempat beramah mesra dengan warga kerja dan ditemani oleh Pengarah Negeri Sarawak, Ketua Pegawai Eksekutif, Eksekutif Kanan dan Ketua-ketua Seksyen sepanjang lawatan.
.
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila tetamu yg dihormati amat sporting dan bersama-sama merakamkan video dengan para peserta.

https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid02JiirqyBft1gHruBo71TXtfKER2dDVpvXq72k4YiPsM8GLvHWfwNaGkkWQJZT2MAel
1.5K views02:14
Buka / Bagaimana
2023-06-08 11:22:57 Telah diadakan satu sesi kunjungan hormat daripada Pengarah CIDB WPKL, Dato’ Ts. Dr. Gerald Sundaraj bersama pegawai CIDB WPKL ke Pejabat BOMBA WPKL.
.
Tujuan kunjungan ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara kedua agensi serta mendapatkan pemakluman awal daripada pihak BOMBA berkenaan kes insiden yang melibatkan tapak pembinaan sekitar Kuala Lumpur.
.
Terima kasih diucapkan kepada Ys. Hj. Hamdan Bin Hj. Ali, Pengarah Negeri Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana telah menyambut baik kehadiran delegasi dari Pejabat CIDB WPKL.

https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid02omHdjeh6JQeXdFgT1EWT9SZSwDiuu3ShEEaQGnbQQ8YgGMXatfL6JaNsJ83Gm7Dul
1.8K views08:22
Buka / Bagaimana
2023-06-07 10:04:41 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 - 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀
𝐂𝐈𝐃𝐁 𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐑𝐂𝐁 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐕𝐄𝐓
𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍

https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid02jvVsNyPkb7vZEcPe3gaBJgCeHnrtndmgGZ1v4f3atUg1kD4MN9tB16ayzqixq4cAl
1.9K views07:04
Buka / Bagaimana
2023-06-05 02:57:22
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Sembah Takzim daripada seluruh warga CIDB Malaysia.

#cidbmalaysia
2.6K views23:57
Buka / Bagaimana