Get Mystery Box with random crypto!

Geng_Surau💪

Logo saluran telegram budak_surauu — Geng_Surau💪 G
Logo saluran telegram budak_surauu — Geng_Surau💪
Alamat saluran: @budak_surauu
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 290
Deskripsi dari saluran

Berdakwah bukan suatu kesulitan. Berdakwah bukan suatu keperitan. Tetapi berdakwah adalah suatu kesenangan kepada Ummah
Allah✔️Rasulullah✔️Ummah😄

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 2

2020-02-19 18:39:35 DUA NIKMAT

Ibnu Jauzi berkata:


“Mungkin terjadi seseorang itu sihat tetapi dia tidak mempunyai waktu lapang kerana sibuk dengan hal kehidupan. Mungkin terjadi juga orang yang mempunyai masa lapang tetapi tidak sihat. Apabila kedua-dua perkara tersebut berkumpul maka kemalasan akan mengalahkannya daripada melakukan ketaatan kepada Allah. Jadilah dia sebagai seorang yang terpedaya. Penyempurna bagi perkara tersebut ialah: Dunia ini adalah ladang bagi akhirat. Dunia juga adalah suatu perniagaan yang akan diambil keuntungannya pada hari akhirat. Sesiapa yang menggunakan waktu lapang dan kesihatannya dalam mentaati Allah, maka dia menjadi seorang yang bahagia (مغبوطة). Manakala jika dia menggunakan kedua-dua nikmat berkenaan pada maksiat maka dia seorang yang terpedaya (مغبون).”

Dipetik daripada;
https://www.ustazusa.com/2015/12/hadis-dua-nikmat.html?m=1
306 views15:39
Buka / Bagaimana
2020-02-19 18:36:09
Telegram.me/budak_surauu
257 views15:36
Buka / Bagaimana
2020-02-19 18:33:58 DUA NIKMAT YANG SERING DILUPAKAN
.
Tahukah sahabat handai bahawa selain nikmat wang dan nikmat udara yang sering kita perolehi, ada dua nikmat yang sering kita lupakan
.
Sabda Rasulullah SAW :

"Daripada Ibn Abbas RA berkata : telah bersabda Rasulullah SAW : "dua nikmat yang kebanyakan manusia sering lupa dan lalai, iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang." (riwayat Bukhari)
.
Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah SAW telah bersabda bahawa manusia sering melupakan nikmat sihat dan masa lapang
.
Allah telah memberikan kita nikmat kesihatan yang tak terhingga kepada kita, mampu pergi kerja mencari rezeki, mampu pergi ke masjid untuk solat bersama. Tetapi ramai yang lalai akan nikmat itu akhirnya apabila mereka jatuh sakit, mereka tidak mampu bersabar walhal selama ini yang telah Allah beri adalah kesihatan yang lama berbanding kesakitan yang baru sehari cuma.
.
Allah juga telah memberi kita nikmat masa lapang. Masa yang sama untuk semua umat manusia, tapi masih ada yang tidak bersyukur apabila mereka berasa akan kesempitan masa
.
Oleh itu, marilah kita syukuri dua nikmat yang sering kita lalai akan ia
.
Bersyukurlah dengan semua nikmat dan pemberian daripada Allah agar kita menjadi hamba yang paling bersyukur
.
Semakin kita bersyukur, semakin Allah beri. Janji Allah itu pasti!

Telegram.me/budak_surauu
263 views15:33
Buka / Bagaimana
2020-01-29 02:34:29 Tazkirah Dhuha


( Menghubungkan Silaturahim Sahabat Kedua Ibu bapa )

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَجُلًا مِنْ الْأَعْرَابِ لَقِيَهُ بِطَرِيقِ مَكَّةَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ عَبْدُ اللَّهِ وَحَمَلَهُ عَلَى حِمَارٍ كَانَ يَرْكَبُهُ وَأَعْطَاهُ عِمَامَةً كَانَتْ عَلَى رَأْسِهِ فَقَالَ ابْنُ دِينَارٍ فَقُلْنَا لَهُ أَصْلَحَكَ اللَّهُ إِنَّهُمْ الْأَعْرَابُ وَإِنَّهُمْ يَرْضَوْنَ بِالْيَسِيرِ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ إِنَّ أَبَا هَذَا كَانَ وُدًّا لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ وَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أَبَرَّ الْبِرِّ صِلَةُ الْوَلَدِ أَهْلَ وُدِّ أَبِيهِ

Daripada Abdullah bin Umar RA dia berkata; "Seorang laki-laki desa bertemu dengannya di salah satu jalan di kota Mekah. Lalu Abdullah memberi salam kepadanya dan menaikkannya ke atas keldai yang dinaikinya, dan diberinya serban yang sedang dipakainya di kepala." Kata Ibnu Dinar; "Maka kami berkata kepada Abdullah bin Umar; 'semoga Allah membalas kebaikan anda. Sesungguhnya orang desa itu lebih suka yang sederhana." Jawab Abdullah; "Bapa orang ini adalah sahabat baik Umar bin Khathab. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya kebajikan yang utama ialah apabila seorang anak melanjutkan hubungan (silaturahim) dengan keluarga sahabat baik ayahnya."

(Riwayat Muslim No: 4629)

*Pedoman*

1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa perlu berterusan, walaupun selepas keduanya meninggal dunia.

2. Selain daripada mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapa, seorang anak juga disuruh menghubungkan silaturahim dengan ahli keluarga dan sahabat ibu bapa.

3. Semoga kita sentiasa berbakti kepada ibu bapa walaupun mereka telah meninggal dunia dengan cara menghubungkan silaturahim keluarga dan sahabat handai ibu bapa.

#HALUAN
#Berakhlak
#Mendidik
#Berbakti
#cp

Telegram.me/budak_surauu
314 viewsedited  23:34
Buka / Bagaimana
2020-01-29 02:32:58
Telegram.me/budak_surauu
229 views23:32
Buka / Bagaimana
2020-01-29 02:30:58 10 CARA KREATIF BERSEDEKAH

1 – Letak sabun basuh tangan

Ada kebanyakkan masjid yang kita pi, macam kekurangan sabun. Toilet pula kadang agak berbau sebab tak ada pewangi. Jadi ada baiknya kalau kita dapat belikan sabun dan juga pewangi, lepastu letakkan di masjid yang berhampiran. Insyallah ramai yang dapat guna.

2 – Selipar Untuk Masjid

Kebanyakkan masjid juga kekurangan selipar yang kita selalu guna untuk ambil wudhu ataupun masuk ke tandas. Apa kata kita beli beberapa selipar jepun dan letak di Masjid.

3 – Simpan Syiling

Kita kumpul duit syiling simpan dalam tabung. Tiap kali weekend kita keluarkan duit syiling tadi dan sedekah.

4 – Berikan Baki Bayaran

Yang ini paling mudah, contoh kita beli nasi lemak harga RM2, Tapi kita bagi saja duit besar RM5, dan mintak pakcik makcik yang berniaga tu simpan saja baki bayaran. Buat lah sekali, lama lama akan jadi habit.

5 – Kain Pelikat & Telekung

Sedekahkan kain pelikat dan telekung di surau shopping mall, surau petrol station dan masjid. Semoga bermanfaat dapat digunakan bersama. Katakan kat masjid dekat rumah kita, dah ada banyak telekung tapi kotor. Kita boleh bawak balik basuh kat rumah atau hantar dobi.

6 – Makanan Kucing

Walaupun kita tak bela kucing, kita boleh beli makanan kucing dalam small pack. Standby letak dalam kereta.

Bila kita turun ke RnR atau mana mana perhentian untuk makan, ternampak kucing terbiar di tepi jalan boleh bagi makan kucing. Berbuat baik lah pada kucing makhluk kesayangan Rasulullah.

7 – Konsep sedekah carpool

Allah s.w.t kurniakan kita kenderaan agar kita boleh berikan manafaat kepada ramai orang. Kalau kita ada kawan atau jiran yang nak pergi ke destinasi yang sama dengan kita, tumpangkanlah mereka tanpa sebarang bayaran. Konsep ‘carpool‘ pergi kerja juga salah satu konsep sedekah yang sangat bagus.

8 – Kertas & Pen

Kat mana mana majlis ilmu sama ada ceramah, tazkirah dan kuliah di masjid, biasanya mereka yang mendengar tidak membawa sebarang pen dan juga buku catatan. Kita boleh beli satu kotak pen dan kertas A4 lepastu diagihkan di dalam majlis ilmu tersebut. Kos bagi pen dan kertas bukanlah mahal, tetapi manafaatnya sangat besar In sha Allah

9 – Al Fatihah

Sedekahkan Al-fatihah kepada suami, kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg masih hidup dan yang telah meninggal.Jangan lupa bacakan al-fatihah untuk diri kita sendiri juga. Dan doa kan yang baik-baik untuk setiap orang yang kita jumpa.

Contoh, masa di airport kita ternampak ada suami isteri ni bertengkar berbalah. Kita terus submit doa semoga Allah lembutkan hati diorang dan datangkan kasih sayang supaya mereka dapat cari jalan untuk selesaikan.

10 -Doakan perkara yang baik.

Bersedekah yang paling baik ialah kita dapat berikan sesuatu yang orang perlukan.

Kadang-kadang kita sedekah sabun di tandas masjid itu lebih baik dari sedekahkan naskah surah Yasin di masjid yang sememangnya sudah banyak naskah Al-Quran dan Yasin yang tidak dibaca.
.
“Setiap kebaikan adalah sedekah”
Hadis Riwayat Muslim

*Salam Ya Habibi...Salam Ya RASULULLAH*

*۞اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.۞*
#C&p

Telegram.me/budak_surauu
357 viewsedited  23:30
Buka / Bagaimana
2020-01-06 03:22:52
Telegram.me/budak_surauu
312 views00:22
Buka / Bagaimana
2019-12-17 17:01:55
Telegram.me/budak_surauu
379 views14:01
Buka / Bagaimana
2019-12-16 13:26:53 Hidup bukan ibarat kau, Kau ! Aku, aku ! Tapi hidup mesti ada perhubungan yang bertaqwa antara satu sama lain dengan mengasihi sesama manusia kerana Allah
339 views10:26
Buka / Bagaimana
2019-09-30 15:21:24 Quote 1

Ada satu tahap kau akan mula berputus asa tatkala kau masih sedang berjuang. Saat itu banyak bisikan yang akan kau terima. Antara baik atau tidak, kau sendiri yang akan pilih!

Telegram.me/budak_surauu
60 views12:21
Buka / Bagaimana