Get Mystery Box with random crypto!

DUA NIKMAT YANG SERING DILUPAKAN . Tahukah sahabat handai baha | Geng_Surau💪

DUA NIKMAT YANG SERING DILUPAKAN
.
Tahukah sahabat handai bahawa selain nikmat wang dan nikmat udara yang sering kita perolehi, ada dua nikmat yang sering kita lupakan
.
Sabda Rasulullah SAW :

"Daripada Ibn Abbas RA berkata : telah bersabda Rasulullah SAW : "dua nikmat yang kebanyakan manusia sering lupa dan lalai, iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang." (riwayat Bukhari)
.
Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah SAW telah bersabda bahawa manusia sering melupakan nikmat sihat dan masa lapang
.
Allah telah memberikan kita nikmat kesihatan yang tak terhingga kepada kita, mampu pergi kerja mencari rezeki, mampu pergi ke masjid untuk solat bersama. Tetapi ramai yang lalai akan nikmat itu akhirnya apabila mereka jatuh sakit, mereka tidak mampu bersabar walhal selama ini yang telah Allah beri adalah kesihatan yang lama berbanding kesakitan yang baru sehari cuma.
.
Allah juga telah memberi kita nikmat masa lapang. Masa yang sama untuk semua umat manusia, tapi masih ada yang tidak bersyukur apabila mereka berasa akan kesempitan masa
.
Oleh itu, marilah kita syukuri dua nikmat yang sering kita lalai akan ia
.
Bersyukurlah dengan semua nikmat dan pemberian daripada Allah agar kita menjadi hamba yang paling bersyukur
.
Semakin kita bersyukur, semakin Allah beri. Janji Allah itu pasti!

Telegram.me/budak_surauu