Get Mystery Box with random crypto!

Geng_Surau💪

Logo saluran telegram budak_surauu — Geng_Surau💪 G
Logo saluran telegram budak_surauu — Geng_Surau💪
Alamat saluran: @budak_surauu
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 290
Deskripsi dari saluran

Berdakwah bukan suatu kesulitan. Berdakwah bukan suatu keperitan. Tetapi berdakwah adalah suatu kesenangan kepada Ummah
Allah✔️Rasulullah✔️Ummah😄

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru

2020-05-18 04:19:41
Telegram.me/budak_surauu
1.0K views01:19
Buka / Bagaimana
2020-05-18 04:18:16 THE POWER OF SEDEKAH!!
.
Sedekah adalah antara tiga perkara yang akan dibawa oleh mereka yang telah meninggal dunia
.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)
.
Jom kita bersedekah

Telegram.me/budak_surauu
996 views01:18
Buka / Bagaimana
2020-05-05 02:03:03 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

Air basuhan Wuduk Menggugurkan Dosa Anggota Wudhu

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا تَوَضَّأَ الْعَبْدُ الْمُسْلِمُ أَوْ الْمُؤْمِنُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ خَرَجَ مِنْ وَجْهِهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ نَظَرَ إِلَيْهَا بِعَيْنَيْهِ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ فَإِذَا غَسَلَ يَدَيْهِ خَرَجَ مِنْ يَدَيْهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ كَانَ بَطَشَتْهَا يَدَاهُ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ فَإِذَا غَسَلَ رِجْلَيْهِ خَرَجَتْ كُلُّ خَطِيئَةٍ مَشَتْهَا رِجْلَاهُ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ حَتَّى يَخْرُجَ نَقِيًّا مِنْ الذُّنُوبِ

Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu maka setelah ia membasuh wajahnya keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu ia bersih dari dosa-dosanya”. (HR Muslim No: 360) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Seorang Muslim yang berwudhu dengan membasuh anggota wudhunya (muka, tangan, kaki ) akan gugur dosa-dosa yang dilakukan oleh anggota tadi (dosa kecil) bersama dengan titisan air yang digunakan.

Perelokkanlah basuhan anggota wudhu dengan berharap dan berdoa agar Allah gugurkan dosa-dosa yang dilakukan oleh anggota pancaindera di muka seperti mata dan mulut. Dosa anggota tangan ketika membasuh tangan juga dosa anggota kaki.


_#JomPerelokkanWudhu_
_#WudhuGugurkanDosa_
713 views23:03
Buka / Bagaimana
2020-05-05 01:58:50
Telegram.me/budak_surauu
479 views22:58
Buka / Bagaimana
2020-04-27 05:56:36 *DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA*

Nabi SAW :
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.

Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa

Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja..... boleh diubah mengikut hajat masing


Cadangan doa ketika berbuka puasa

1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan

Semoga memberi manfaat buat semua.
708 views02:56
Buka / Bagaimana
2020-04-27 04:10:09 *TIPS BACAAN AL-QURAN (Siri 01)*

#NotaTerjemahanBroSyarief

Ini ialah tips bacaan al-Quran yang ditulis oleh Dr Muhammad al-Muhaysini:

‎١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد .

(1) Jangan engkau berikan lebihan waktumu untuk membaca al-Quran. Malah khususkan untuknya waktu tertentu, di mana tiada siapa yang akan mengganggumu. 

‎٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن .

(2) Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu mu & hadaplah ke arah kiblat.

Mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian baca Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatlah selalu kelebihan membaca al-Quran (agar bermotivasi).

‎٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتمل وتنعس ، 

‎ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم .

Pastikan kekuatan suaramu sederhana. Tidak terlalu kuat sehingga engkau penat dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk. 

Hendaklah juga kadar laju bacaanmu itu sederhana, tidak terlalu laju sehingga tersilap-silap sebutan dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau sendiri resah. 

(Bersambung..) 

Nota ini disalin & diterjemah dari Channel Telegram ‘قطف قرآنية’ Link: t.me/QtoofQuranih
__
#BroSyariefShares
‎#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً
391 views01:10
Buka / Bagaimana
2020-02-25 03:05:23
464 views00:05
Buka / Bagaimana
2020-02-25 03:03:43 LIMPAHAN KASIH SAYANG ALLAH KEPADA ORANG YANG BERIMAN

Firman Allah SWT :

هُوَ ٱلَّذِی یُصَلِّی عَلَیۡكُمۡ وَمَلَـٰۤىِٕكَتُهُۥ لِیُخۡرِجَكُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۚ وَكَانَ بِٱلۡمُؤۡمِنِینَ رَحِیمࣰا

[Surat Al-Ahzab 43]
‎Terjemahan :
"Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).

#c&p

Telegram.me/budak_surauu
415 views00:03
Buka / Bagaimana
2020-02-23 14:25:15
Telegram.me/budak_surauu
355 views11:25
Buka / Bagaimana
2020-02-20 05:25:27
Telegram.me/budak_surauu
348 views02:25
Buka / Bagaimana