Get Mystery Box with random crypto!

Channel Afyan Mat Rawi, IFP

Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP C
Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP
Alamat saluran: @afyanifp
Kategori: Blog
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 24.57K
Deskripsi dari saluran

Tip-tip kewangan dan kehidupan oleh Afyan, IFP

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

2

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 13

2023-04-17 06:57:32 Hutang bercagar KWSP ini sangat bermanfaat bagi orang yg bijak kewangan dan pandai melabur dan buat bisnes.

Kadarnya sangat rendah iaitu 4.5% sahaja setahun berbanding personal loan / financing biasa yang boleh cecah 7% -8% oleh bank-bank komersial lain.

Mereka boleh manipulasi hutang tersebut untuk tambah aset, tambah pelaburan atau besarkan bisnes yang boleh memberi pulangan yang lebih tinggi.

NAMUN! (baca gaya Azri Walter)

Namun bagi golongan yang susah, orang yang bermasalah kewangan, mereka yang ada masalah keberhutangan yg tinggi dan mereka betul-betul terdesak, belum tentu skim ini membantu mereka

Golongan ini, kemungkinan besar tidak layak pun untuk memohon. Kalau berjaya mohon pun, belum tentu mereka boleh bayar ansuran bulanan.

Mungkin tahun pertama boleh bayar sebab rendah, tapi bagaimana seterusnya?

Dan sekiranya ia berlaku, maka ia ibarat "gali lubang tutup lubang".

Apa akan jadi selepas setahun menerima hutang bercagar tadi?
Jangan risau, boleh cadangkan kepada kerajaan untuk buat skim bantuan yang sama buat kali kedua. Tujuannya untuk membantu mereka yang bermasalah dalam skim bantuan pertama tadi.
Sekiranya ia berlaku lagi akan datang, maka boleh cadangkan sekali lagi ia diwujudkan untuk kali ketiga.

Proses tersebut boleh diulang dan diulang dan diulang lagi sehingga Abang Jamil datang memberi bantuan.
900 views03:57
Buka / Bagaimana
2023-04-17 06:57:28
819 views03:57
Buka / Bagaimana
2023-04-14 08:15:18 Assalamualaikum!

Berita baik untuk semua yang nak tambah income dan nak buat duit raya.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga affiliate produk INFAQ Consultancy.
.
Apa kelebihan menjadi keluarga affiliates produk INFAQ Consultancy ni?

#1. Komisen sehingga 50%.
#2. Ada group khas sebagai group sokongan. Bahan-bahan marketing, copywriting, poster, testimonial dan sebagainya, Akan dikongsi di group FB.
#3. Sistem jualan yang bersistem menggunakan portal On Pay.
#4. Insentif tambahan bagi affiliates yang berjaya mencapai target yang ditetapkan.
#5. Produk tak mudah rosak, mudah dijual dan harga yang berpatutan.
#6. Branding #BukuBMW #eSeminarBMW dan penulis sudah dikenali.
#7. Menambah pengetahuan affiliates berkenaan pengurusan kewangan yang betul.
#8. Terbuka kepada semua yang berminat nak tambah income.
.
Bagi yang nak jadi ejen affiliate, follow step di bawah.
Ini langkah untuk menjadi ejen Affiliate #bukuBMW
#eSeminarBMW

1. Dapatkan dulu buku ini di www.bukuBMW.com.
2. Link affiliate boleh didapati dalam portal On Pay. Boleh daftar jika belum.
https://infaqconsultancy.onpay.my/affiliate/register
3. Selepas daftar dan login, dapatkan link affiliate di https://infaqconsultancy.onpay.my/affiliate/links
4. Boleh join group sokongan Keluarga Affiliate #eSeminarBMW. Link dihantar melalui emel. Pastikan semak emel-emel yang diterima.
5. Boleh mula mempromosi dan mendapat income. Komisen buku ialah RM10.
Manakala komisen setiap jualan PRODUK DIGITAL ialah 50%. Lebih tinggi daripada komisen ejen takaful, ejen unit trust, ejen MLM, ejen property, ejen penapis air, ejen tappawea. Hoho!
6. Promote dekat media sosial, seperti Facebook, Instagram, Twitter dan WhatsApp.

Daftar sekarang!!
521 views05:15
Buka / Bagaimana
2023-04-12 15:30:24
Tempoh hari saya kongsikan info tentang pembiayaan peribadi yang disediakan oleh MBSB Bank adalah rendah iaitu 4.5% berbanding kebiasaan produk sama di bank-bank lain yang sekitar 8%.

Kemudian ada yang komen bahawa, mereka pernah nampak iklan bank lain yang turut menawarkan kadar yang rendah juga, contohnya BSN, pun boleh bagi 4.5%.

Sebenarnya mereka "terpedaya" dengan interest rate / profit rate vs effective rate.

Ini contoh daripada dokumen produk PDS daripada BSN. Dinyatakan kadar interest rate ialah 4.6% - 8.50%, tapi effective rate pula 8.28% - 15.30%

Hampir sekali ganda.

Jadi, untuk membuat perbandingan perlu compare apple to apple.
584 views12:30
Buka / Bagaimana
2023-04-12 14:18:03
Biasa nampak scammer suka pakai gambar tokoh-tokoh bisnes, sifu saham, ustaz selebriti malah artis dan influencer.

Sekarang ni siap pakai ahli politik dan siap logo PAS.
Apa maksudnya?
513 views11:18
Buka / Bagaimana
2023-04-12 13:00:27
Semoga lebih ramai forex trader dan IB baca dan terbuka hati utk berhijrah
528 views10:00
Buka / Bagaimana
2023-04-12 12:02:57
Saya dah menulis tentang isu KWSP yang dicagarkan untuk berhutang sejak 20 Januari 2023, kira-kira sebulan sebelum PMX umumkan di parlimen.
462 views09:02
Buka / Bagaimana
2023-04-12 12:02:24
Dalam banyak situasi masalah kewangan berlaku bukan sebab tidak cukup duit, tapi masalah sikap dan mindset.
386 views09:02
Buka / Bagaimana
2023-04-12 12:01:39 Kadar keuntungan bank untuk hutang bercagar KWSP kali ini adalah BR (base rate) + 1.75. OPR sekarang ialah 2.75 jadi effective rate ialah 4.5%, wicis yang paling rendah dalam pasaran berbanding normal personal financing (personal loan) yang biasa ditawarkan oleh bank-bank komersial untuk orang awam.

Biasanya kadar yang rendah sebegini ditawarkan kepada kakitangan awam, terutama Bank Rakyat.

Kadar keuntungan bank untuk pembiayaan peribadi biasanya sekitar 7% ke 8%. Paling rendah pernah jumpa pun 9%. Jadi 4.5% ini dikira rendah.

Kenapa bank boleh bagi rendah? Sebab ada cagaran KWSP. Setiap fasiliti hutang bank, kadar berbeza disebabkan risiko bank berbeza. Lagi rendah risiko, lagi rendah kadar keuntungan bank.

Contohnya hutang rumah, kadarnya lebih rendah berbanding hutang kereta sebab rumah tak ada risiko hilang / total lost sebagaimana kereta. Kadar keuntungan bank bagi pembiayaan peribadi / personal loan lebih tinggi drp hutang kereta kerana ia langsung tak ada cagaran.

Jadi, hutang pembiayaan peribadi yang MBSB Bank sediakan ini lebih rendah berbanding biasa kerana ada cagaran KWSP.

Jadi, bagi mereka yang betul-betul-betul mempunyai masalah kewangan yang terdesak mengeluarkan KWSP, boleh gunakan option ini untuk membantu.

Namun ia bukanlah jalan terbaik dan perlu cepat-cepat fokus kepada penambahbaikan kewangan sendiri. Sebelum buat hutang baru, periksa balik apa yang kita ada buat sepanjang beberapa kali pengeluaran KWSP dilakukan.

Jika banyak kali pengeluaran KWSP sebelum ini masih tak selesaikan masalah, bermakna ada yang tak kena dalam pengurusan kewangan.

Sebaiknya elakkan berhutang untuk bayar hutang. Ia hanya umpama gali lubang tutup lubang.

Usahakan cari jalan untuk selesaikan dalam masa setahun, sebab tahun pertama skim ini hanya perlu bayar keuntungan bank sahaja dan ia sangat rendah.

Selepas setahun berhutang dan selesaikan masalah kewangan, cepat-cepat buat total settlement.

Bagi yang mempunyai masalah keberhutangan serius, elok rujuk kes kepada AKPK. Mereka ada program khas untuk membantu mengstruktur balik hutang.
Rujuk posting saya sebelum ini berkenaan AKPK.
285 views09:01
Buka / Bagaimana
2023-04-12 12:01:35
199 views09:01
Buka / Bagaimana