Get Mystery Box with random crypto!

Sambil Pegang Perut, Isteri Sebutlah Tiga Nama Dari Asmaul Hus | Motivasi Tips Coach Noh Khal 🔥💪

Sambil Pegang Perut, Isteri Sebutlah Tiga Nama Dari Asmaul Husna Untuk Permudah Zuriat

AMALAN MUDAH HAMIL DARI USTAZAH SITI NOR BAHIYAH

Sis dan suami boleh cuba amalkan ni, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk sis dan suami dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh:

Baca Bismillah 1 kali
Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan.

Contoh :
‘Ya Allah, kurniakanlah kepada hambamu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat'. Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali. Sis dan suami cuba amalkan selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan putus asa.

Selain itu juga boleh amalkan cara ini:

Tiap kali lepas solat tak kira la solat fardhu atau sunat, bakal Ibu semua, sambil pegang perut awak, sebut tiga nama dari Asmaul Husna ni.
1. YA KHAALIQ = Yang Maha Pencipta
2. YA BAARI = Yang Maha Mengadakan Sesuatu yang TIADA
3. YA MUSAWWIR = Yang Maha Membentuk

Ulang 3 nama Allah ni.. Sebelum tidur pun boleh praktikkan. Sambil duduk rileks pun boleh. Suami nak bacakan pun boleh.

Apapun.. Ingat! ELAKKAN DARI STRESS. InsyaAllah. Lakukan secara konsisten 100 hari. Berminta mintalah dengan sabar dan penuh merendah diri pada Allah.

Allah Maha Mendengar, bila sampai waktunya pasti Allah Maha mengetahui segalanya.