Get Mystery Box with random crypto!

Motivasi Tips Coach Noh Khal 🔥💪

Logo saluran telegram motivationteamhavoc7 — Motivasi Tips Coach Noh Khal 🔥💪 M
Logo saluran telegram motivationteamhavoc7 — Motivasi Tips Coach Noh Khal 🔥💪
Alamat saluran: @motivationteamhavoc7
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 762
Deskripsi dari saluran

Jom ajak rakan-rakan kita yang lain untuk belajar lebih mendalam lagi tentang bisnes, kewangan dan kehidupan ke Channel Telegram Coach Noh Khal!
👉https://t.me/motivationteamhavoc7
#Havoc7 #PercayaSebelumBerjaya #Bantuorgjer #bagimanfaatpadaorgjer #peac

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru

2022-06-14 08:04:18 SIAPA ADA ANAK LELAKI KENA BACA SAMPAI HABIS..
.
Anak lelaki penuh dgn energy.
Anak lelaki suka berlari kesana kemari.
Anak lelaki suka bergusti.
Anak lelaki perlu keluar kena matahari, nanti dapat tidur yg berquality.
Anak lelaki perlu keluar kena matahari supaya mood jadi happy, kurang depression , tingkatkan memory dan ingatan.
Semua ni ada scientific study.
.
Anak lelaki perlu terapi alami.
Ada penyembuhan pada alam semulajadi.
Biar main parit. Panjat pokok sana sini.
Ini untuk tabung emosi.
Buka kasut, sentuh tanah, jalan tanpa alas dikaki.
Badan dapat create sistem immunity.
Dapat neutralize cas negative.
Kita nak restore humanity.
.
Jangan asyik pegang controller Dan main psp.
Terpekap dalam rumah, dinding kanan kiri.
Dihadapkan pasif skrin entertainment dari phone sampai tv.
.
Beri anak lelaki haiwan peliharaan.
Tak kisahlah walaupun ikan guppy.
Supaya belajar rasa empathy.
Moga besar jadi suami mithali.
Tak da la ego meninggi. (Kannnn)
.
Anak lelaki perlu ayah disisi.
Untuk jadi idola diri.
Spend lah time ke masjid. Suggestion saja ni.
Kalau buat Allah sukai.
Anak lelaki perlu ibu, sentiasa dengar Dan mengasihi.
Memang macam-macam perangai dia buat, kadang-kadang sakit hati.
Jiwa kena kental, sabar tidak bertepi.
Cakap sekali belum tentu bergerak.
Kenalah ingatkan beberapa kali.
Bukan semberono ya.
Ada cara dan seni.
Otaknya tak boleh proses banyak benda, satu arahan satu situasi.
.
Rasa-Rasa nak mengamuk, cakap pada diri,
Ini amanah Illahi
Tugas kita bukan menghakimi
Tapi mendidik
Beri kasih sayang, tanpa belah bahagi.
.
Ini soalan yang last sekali
Dah peluk anak lelaki hari inj?
Sekejap saja mereka membesar
Peluklah dia selagi berdenyut nadi..
164 views05:04
Buka / Bagaimana
2022-06-14 08:04:16
144 views05:04
Buka / Bagaimana
2022-05-25 07:38:24
Untuk Isteri boleh cuba...

InsyaAllah Aamiin…
266 views04:38
Buka / Bagaimana
2022-05-25 07:37:51
Peringatan kita bersama
262 views04:37
Buka / Bagaimana
2022-05-25 07:37:20 PETUA..
Nak share petua skit..klo rsa xsesuai, jgn amalkan ye..
.
Beberapa thun lps,sy skit perut.. cerry berry.. hihi.. pastu jmpa la sorg nenek ni..msa tu kt bustop..nenek tu bg petua... klo sakit perut, angin ke, cirit ke, kembung ke, blh try minum air sarsi ni tp jgn buang gas dia.. minum sejuk2...
.
Alhamdulillah sy sekeluarga,adik beradik,,klo sakit perut mmg guna petua ni...

.
Alhamdulillah serasi ngan kami...
231 views04:37
Buka / Bagaimana
2022-05-25 07:37:11
207 views04:37
Buka / Bagaimana
2022-05-25 07:21:46 Cara Nak Rekod Perbelanjaan Setiap Hari

Senang je nak rekod perbelanjaan setiap hari tanpa bawa pen dan kertas. Saya belajar dari Azizi Ali bahawa pentingnya kita rekodkan belanja setiap hari.

Azizi Ali namakannya Money Tracker. Mula-mula tu macam agak susah untuk saya nak buat sebab masa kita berbelanja, mana sempat nak tulis. Tapi saya dapat idea sendiri, sangat mudah. Idea ni menyebabkan saya dan Aimi Nazihah berjaya amalkan sampai hari ni.

Caranya macam ni, kita semua kan selalu pegang handphone. Macam dah keperluan jadinya. Mana-mana pun tengok handphone. Jadi, buat satu group whatsapp. Ahlinya suami dan isteri sahaja. Letak nama group Money Tracker. Tiap kali lepas makan, beli atau belanja apa-apa, tulis dalam group whatsapp tu :

Makan tengahari -8.00
Minyak kereta -50.00
Parking -1.00
Bil letrik -78.00
Econsave -45.50
Laptop -1450.00
Ali bayar hutang +300.00
Bonus +500.00

Simbol ( - ) adalah sebagai perbelanjaan atau duit keluar. Simbol ( + ) adalah sebagai pendapatan atau duit masuk.

Dalam whatsapp kan ada tarikh bila kita tulis. Jadi, hujung bulan kita boleh semak balik perkara berikut :

1. Berapa duit kita dah belanja
2. Bila tarikh kita belanja
3. Apa yang kita belanja
4. Belanja lebih bajet atau tak
5. Apa yang terlebih bajet

Kesannya, kita akan tahu belanja setiap bulan terlebih kat mana supaya lebih beringat dan perbaiki cara perbelanjaan ke arah yang lebih berhemah.

Tips ni pun boleh buat untuk benda lain juga. Kalau nak simpan resepi, location, nak buat senarai tugasan, senarai barang nak beli, cuma buat group whatsapp suami isteri dan tulis la apa saja dalam group whatsapp tu untuk simpanan.

𝗦𝗢𝗙𝗔 𝗘𝗠𝗣𝗨𝗞
https://bit.ly/3lyGv1V
https://bit.ly/3lyGv1V
https://bit.ly/3lyGv1V

Semoga bermanfaat.

Kredit: Nik Mohd Fahmi
212 views04:21
Buka / Bagaimana
2022-05-25 07:21:39
167 views04:21
Buka / Bagaimana
2022-05-25 07:20:50 Sambil Pegang Perut, Isteri Sebutlah Tiga Nama Dari Asmaul Husna Untuk Permudah Zuriat

AMALAN MUDAH HAMIL DARI USTAZAH SITI NOR BAHIYAH

Sis dan suami boleh cuba amalkan ni, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk sis dan suami dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh:

Baca Bismillah 1 kali
Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan.

Contoh :
‘Ya Allah, kurniakanlah kepada hambamu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat'. Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali. Sis dan suami cuba amalkan selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan putus asa.

Selain itu juga boleh amalkan cara ini:

Tiap kali lepas solat tak kira la solat fardhu atau sunat, bakal Ibu semua, sambil pegang perut awak, sebut tiga nama dari Asmaul Husna ni.
1. YA KHAALIQ = Yang Maha Pencipta
2. YA BAARI = Yang Maha Mengadakan Sesuatu yang TIADA
3. YA MUSAWWIR = Yang Maha Membentuk

Ulang 3 nama Allah ni.. Sebelum tidur pun boleh praktikkan. Sambil duduk rileks pun boleh. Suami nak bacakan pun boleh.

Apapun.. Ingat! ELAKKAN DARI STRESS. InsyaAllah. Lakukan secara konsisten 100 hari. Berminta mintalah dengan sabar dan penuh merendah diri pada Allah.

Allah Maha Mendengar, bila sampai waktunya pasti Allah Maha mengetahui segalanya.
174 views04:20
Buka / Bagaimana
2022-05-25 07:20:07
161 views04:20
Buka / Bagaimana