Get Mystery Box with random crypto!

*بسم الله الرحمن الرحيم* *السلام عليكم* *BEBERAPA AM | Catatan Hidup dari Tanah Haram

*بسم الله الرحمن الرحيم*
*السلام عليكم*

*BEBERAPA AMALAN UTK ELAK GANGGUAN MAKHLUK HALUS*

*وَقُلْ رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ * وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ*

"Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku"
[Surah al-Mukminun 97-98]

Allah swt memerintahkan agar kita sentiasa berdoa memohon perlindungan drpdNya agar dihindari drp gangguan, bisikan dan godaan (makhluk halus) syaitan.

Ingat...!
Syaitan tlh bersumpah akan menggoda,menghasut dan menggelincirkan dari jalan yg benar agar manusia sesat dan menjadi teman kelak dlm neraka.

Cara2 utk melawan dan mengelak dr gangguan syaitan:

1. Sentiasa membaca ayat diatas Surah al-Mukminun ayat 97-98 di atas

2. Mengamalkan membaca ayat kursi (ketika hendak tidur dan selepas solat fardhu).

Berdasarkan hadis ttg kisah Abu Hurairah yg diajar oleh Syaitan utk membaca ayat Kursi, Syaitan berkata: "Jika kamu membacanya (ayat kursi) maka Allah sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi" (HR al-Bukhari)

3. Membaca Bismillah (ketika masuk rumah dan makan)

"Apabila seseorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah (dgn membaca Bismillah) ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan (kepada golongannya): “Kalian tidak memiliki tempat utk bermalam dan tidak juga makanan malam. Sebaliknya apabila seorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, berkatalah syaitan (kpd golongannya): “Kalian telah mendapat tempat bermalam.” Apabila seorang tidak mengingati Allah ketika makan, berkatalah (syaitan kpd golongannya): “Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam.” (HR Muslim)

4. Membaca Bismillah ketika melakukan sesuatu (amal).

"Dan kuncilah pintu-pintu rumah kalian dan sebutlah nama Allah (dengan membaca Bismillah) kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu-pintu yg dikunci (dengan menyebut nama Allah). Ikatlah kantong-kantong air kalian dan sebutlah nama Allah, tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah, walaupun (tutupan) itu sekadar meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu pelita kalian" (HR Muslim)

5. Membaca Ta'awwuz (A'uzubillahi minassyaitanirrajim).

“Allah menyukai bersin dan membenci menguap, maka jka salah seorang dari kamu bersin, maka hendaklah dia memuji Allah (Alhamdulillah), adalah menjadi hak kpd setiap orang Islam yg mendengarnya berkata: "Yarhamkallah". Berkenaan dgn menguap, ia adalah dari Syaitan, maka jika seseorang dari kamu ingin menguap, hendaklah dia menahan semampu mungkin, bagi sesiapa yg menguap, Syaitan akan ketawa keatasnya”[HR al-Bukhari dan Muslim]

*Berkata Dr.Abdullah al-Faqih:
فلم يرد نص بمشروعية الاستعاذة بالله من الشيطان عند التثاؤب، ولكن ورد ما يدل على أن التثاؤب من الشيطان، ولذا، فلا بأس بالاستعاذة بالله من الشيطان

“Tidak terdapat nas yg syara’ mengenai membaca zikir "A'uzubillah" ketika menguap, akan tetapi wujudnya nas yg mengatakan bahawa menguap adalah dari Syaitan, maka tidak ada masalah jika seseorang membaca A'uzubillah"[Islamweb, FatwaID]

6. Berwudhuk/Istinsyaq

"Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya dan berwudhuk, maka beristinsyaqlah (sedutlah air ke dalam hidungnya dan) hembuslah air itu keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidung kamu" (HR al-Bukhari)

*Lawanlah sehabis mungkin Syaitan Laknatullah. *

_*ya Allah, bantulah hamba utk melawan musuh yg telah menggelincirkan moyang dr syurgaMu*_

* Selamat berhujung minggu bersama insan2 tersayang *