Get Mystery Box with random crypto!

Catatan Hidup dari Tanah Haram

Logo saluran telegram diaribumiharamain — Catatan Hidup dari Tanah Haram C
Logo saluran telegram diaribumiharamain — Catatan Hidup dari Tanah Haram
Alamat saluran: @diaribumiharamain
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 63
Deskripsi dari saluran

coretan perasaan dan celoteh hati tentang kehidupan, suka duka, jatuh bangkit seorang lelaki dari tanah Haramain, Mekah dan Madinah.
aku menulis supaya kamu manusia berfikir.
dua benda.
manusia. fikir.

Ratings & Reviews

4.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru

2017-07-07 12:55:09 Siri 1-HHOM
Rumah Abu Ayyub Al Ansari

Di dalam video ini kita akan mengetahui:
-Bagaimana Nabi S.W.T. boleh menjadi tetamu kepada Abu Ayyub
-Gambaran rumah Abu Ayyub
-Pemilihan tapak Masjid Nabawi
- Syair yang dilaungkan oleh kanak-kanak perempuan untuk menyambut kehadiran Nabi S.W.T.

Youtube :



https://www.facebook.com/473000373035900/videos/474420316227239/
520 viewsedited  09:55
Buka / Bagaimana
2017-06-01 01:52:17
543 views22:52
Buka / Bagaimana
2017-05-31 21:01:09 Tidak mahukah kita menjadi hamba #kesayangantuhan? "Iaitu mereka² yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan mereka² yang menahan kemarahannya, dan mereka² yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah menyayangi orang-orang yang sentiasa membuat perkara-perkara yang baik;" aAli - Imran : 134
#ramadhandiperantauan #elharam
460 views18:01
Buka / Bagaimana
2017-05-27 04:03:17 eh cuba bayangkan yang tiru dia tu, ada orang tiru dia atas tirunya dia. kemudian terus bersambung sambung, tak ke banyak kebaikan dia telah buat dengan hanya belanja tambang van ke masjid? allahu.
721 views01:03
Buka / Bagaimana
2017-05-27 03:49:33 Hari ini aku telah saksikan kebaikan pertama yang dibuat seseorang yang membuatkan aku kagum dan sangat terkesan. Aku kira dia buat demikian sempena permulaan baginya di kala tersingkapnya bulan ramadhan.

Ceritanya begini,

Semasa aku di dalam van menuju Masjid Nabawi untuk terawih pertama kami tadi, saat hampir sampai masjid, tiba tiba lelaki di sebelah aku di bahagian belakang van menjulur ke hadapan untuk menghulurkan duit kepada pemandu van kemudian bersuara,

" Jangan kau ambil duit dari sesiapa. Ini tambang bagi 17 orang penumpang yang ada dalam van ini! " sambil menghulurkan not hijau 50 riyal.

Kami semua tersentak, kemudian mengucapkan doa kebaikan dan terima kasih kepadanya.

Aku termangu dan berfikir. Alangkah cantiknya langkah permulaan beliau menyambut ramadhan. Bayangkan duit tambang yang dia hulur untuk 17 orang yang hendak solat di masjid nabawi tu, walaupun sedikit nilainya, namun dia telah menjadi sebab untuk orang solat di sana yang pahalanya dilipat kali ganda sebanyak 1000 kebaikan. kemudian, cuba bayangkan kalau dalam 17 orang tadi cuba meniru beliau dengan berbuat baik seperti mana yang beliau telah lakukan tadi kerana terkesan dengan apa yang dia telah buat? dan cuba bayangkan lagi di saat aku menulis ini, ada di antara kalian yang terkesan dan cuba untuk mengikut dan meniru perbuatan beliau dalam berbuat baik? kemudian dalam bergunung gunung kebarangkalian kebaikan atas kebaikan yang dia telah dapat tu dilipatgandakan lagi di dalam bulan ramadhan ini sepertimana yang Allah janjikan? ALLAHUAKBAR. tidakkah itu satu kebaikan dan permulaan yang sangat baik sebermulanya bulan penuh barakah ini?

lalu, saya ingin mengajak kamu semua koreksi diri. hingga saat kamu membacakan ini, apakah kebaikan pertamamu yang kamu telah/akan lakukan sejak tirai ramadhan baru sahaja disingsing?

Madinah alMunawwarah
0348AM
1 Ramadhan 1438H
1.5K viewsedited  00:49
Buka / Bagaimana
2017-05-27 03:49:23
338 views00:49
Buka / Bagaimana
2017-05-26 22:28:25
antara perkara yang kita sering silap di dalam bulan Ramadhan. take note gais!
25 views19:28
Buka / Bagaimana
2017-05-26 17:26:54 buat yang mahu follow live terawih dari mekah/madinah atau nak tengok rakaman terawih sepanjang bulan Ramadhan ini, bolehlah ke channel youtube info haramain.

https://www.youtube.com/user/haramaininfo
269 viewsedited  14:26
Buka / Bagaimana
2017-05-26 16:43:28
berikut adalah senarai imam bertugas untuk solat sunat terawih di dua masjid tanah Haram, Makkah dan Madinah sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini.
262 viewsedited  13:43
Buka / Bagaimana
2017-05-26 16:28:20 sambutlah Ramadhan kali ini dengan penuh rasa syukur dan tekad keazaman.

Syukur kerana kita yang masih banyak dan sentiasa berbuat dosa ni pun Allah masih beri kesempatan untuk menikmati peluang beribadat dengan ganjaran berlipat ganda.

Tekad untuk bertaubat, memperbaiki diri dan memberi sepenuh kemampuan, kesabaran untuk optimumkan segala peluang ibadat yang ada dan menahan nafsu mendidik jiwa supaya menjadi insan yang lebih baik.

Semoga ramadhan kali ini lebih baik. Ramadhan Kareem.
263 views13:28
Buka / Bagaimana