Get Mystery Box with random crypto!

FADHILAT BACA SURAH AL-KAFIRUN SEBELUM TIDUR SOALAN : Adaka | Daie Untuk Semua

FADHILAT BACA SURAH AL-KAFIRUN SEBELUM TIDUR

SOALAN :

Adakah benar membaca surah Qul ya ayuhal kafirun masa kita nak tidur terpelihara dari syirik?

Ia hadith atau bukan hadith?

Terima kasih ustaz.

JAWAPAN :

Memang benar amalan membaca ketika hendak tidur akan surah Al-Kafirun akan terpelihara dari syirik.

Telah diriwayatkan daripada Naufal bin Mu’awiyah r.a. Rasulullah saw bersabda :

إذا أخذتَ مَضجعَك منَ اللَّيلِ فاقرَأْ {قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ} ثُمَّ نَمْ على خاتمتِها فإنَّها براءةٌ منَ الشِّركِ

Artinya : “Apabila kamu hendak berbaring pada tempat tidurmu pada waktu malam maka hendaklah kamu membaca Qul Ya Ayyuhal Kafirun kemudian tidurlah selepas habis membacanya maka sungguhnya ia adalah kelepasan dari syirik.”

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi dan dan Al-Baihaqi dan As-Suyuthi dan At-Tabrizi dan lainnya.

Semoga kita semua dimudahkan oleh Alllah mengamalkannya.

wallahu a’lam
ustaz azhar idrus