Get Mystery Box with random crypto!

SUJUD LAMA BERDOA DALAM SEMBAHYANG SOALAN : Saya ingin berta | Daie Untuk Semua

SUJUD LAMA BERDOA DALAM SEMBAHYANG

SOALAN :

Saya ingin bertanya tentang melamakan sujud di dalam rakaat yang terakhir.

Adakah disunatkan dalam solat berjemaah?

JAWAPAN :

Sungguhnya di antara tempat seorang hamba paling hampir dengan Tuhannya ialah pada waktu sujud. Oleh kerana itu sunat dibanyakkan berdoa ketika itu.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. sungguhnya Nabi saw telah bersabda :

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ

Artinya : “Yang paling hampir seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika dia sedang di dalam sujud. Maka hendaklah dia perbanyakkan berdoa.” (Hadith Muslim & Abu Daud)

Akan tetapi jika seorang itu menjadi imam hendaklah diringkaskan doanya kerana memelihara segala orang yang menjadi makmum dibelakangnya.

Ada pun jika solat sendirian maka tidak mengapa dia melamakan berdoa di dalam sujud sesuka hatinya.

Rasulullah saw telah bersabda :

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ لِلنَّاسِ فَلْيُخَفِّفْ فَإِنَّ فِي النَّاسِ الضَّعِيفَ وَالسَّقِيمَ وَذَا الْحَاجَةِ وَإِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ لِنَفْسِهِ ، فَلْيُطَوِّلْ مَا شَاءَ

Artinya : “Apabila seorang kamu menjadi imam bagi manusia maka hendaklah dia ringankan solat dari kerana sungguhnya di kalangan manusia itu ada yang lemah dan yang sakit dan yang mempunyai hajat. Dan apabila solat seorang seorang kamu seorang diri maka panjangkanlah semahunya.” (Hadith Abu Daud)

KESIMPULAN

Di antara masa yang afdhal berdoa di dalam solat ialah ketika sujud dan sujud yang terakhir adalah yang paling utama.

Jika menjadi imam maka tidak afdhal dia memanjangkan sujud kerana berdoa bahkan berdoa dengan doa yang pendek supaya tidak memberatkan jemaah yang berada di belakangnya.

Jika solat seorang diri maka bebas dia hendak panjangkan doa di dalam sujud itu sekadar mana yang dia suka.

wallahu a’lam
ustaz azhar idrus