2022-04-25 03:55:04
7. KWSP SOCSO
Untuk permanent staf akan diberikan gaji bulanan tetap berapa cuti dibenarkan setahun, daftar kwsp dan socso untuk mereka.
Semua ni HR akan sediakan.
Penting kita ambil kepakaran staf yang sudah ada pengalaman bantu kita dalam pengurusan
8. Gaji sendiri
Sebagai bos pun saya buat gaji tetap untuk saya, buat kwsp dan socso juga.
Ada payslip untuk saya dan semua staf tetap atau staf kontrak.
Buat gaji berapa sahaja bayar pada kita untuk kegunaan peribadi.
Daftar kwsp, socso tolak tax juga.
Kemudian isi efiling untuk sendiri.
9. Staf admin akaun
Lepas staf operasi masuk dan berjalan lancar barulah masukkan staf admin yang bantu Akauntan keyin data akaun.
Berkotak kotak file kena siapkan untuk masukkan ke database akaun.
10. Audit report
Bila team akaun masuk, mereka akan bersedia dengan report kewangan tahunan untuk audit dan serahkan pada LHDN.
Audit report nilah paling penting untuk kita tahu keadaan company kita dalam lost & profit report.
Expenses berapa masuk, income berapa masuk.
11. Team marketing masuk
Sebelum setup team management saya sudah ada jualan setiap bulan RM 800ribu jadi saya kena susun team operasi dan management dulu barulah saya setup team marketing
Ambil designer untuk bahan marketing, ambil pakar fb ads, pakar Close sales, staf video graphic dan pakar copywriting.
Yang ni tambahan jika perlukan untuk branding produk sendiri.
12. Fokus branding produk sendiri
Sebelum ada sdn bhd saya fokus jualan produk orang lain, kemudian bila ada company saya mula branding produk sendiri masa saya masih teruskan jualan produk yang sebelum ni juga
13. Expending - buka cawangan demi cawangan
Bila team pengurusan sudah boleh beroperasi sepenuhnya tanpa saya.. saya mula buka branch dan setup team seperti main ofis
Jadi income jualan offline dan online masuk 2 cawangan.
Jadi makin bertambah menaik.
Ni saya kongsikan pengalaman saya menguruskan operasi ofis dari surirumah kepada enterprise dan menjadi sdn bhd
Company sdn bhd dari Ogos 2017 sehingga sekarang April 2022.
Sudah 5 tahun ada audit report dan bayar LHDN setiap tahun.
Lapang kepala nak berbisnes bila buat dengan cara betul.
Sekarang Team management keseluruhan masih saya lead.
Team marketing saya lead, hanya team operasi serahkan pada suami selepas dia pencen dari kerja kerajaan.
Belajar marketing buat jualan bila sudah mula laju jualan, terus fokus pada pengurusan pula.
Bina kepercayaan pada team management ofis dan berkembang lebih jauh lagi.
Kawan kawan boleh tambah lagi idea idea yang ada.
5.7K viewsSakinah mK, 00:55