Get Mystery Box with random crypto!

TikTok Shopee MY Class

Logo saluran telegram shopeemyclass — TikTok Shopee MY Class T
Logo saluran telegram shopeemyclass — TikTok Shopee MY Class
Alamat saluran: @shopeemyclass
Kategori: Penjualan
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 37.84K
Deskripsi dari saluran

Disclaimer: Channel ini bukan saluran rasmi TikTok & Shopee. PERCUMA dan tiada bayaran dikenakan.
Dijadikan sebagai rujukan kepada 'newbies seller' dalam TikTok & Shopee.
Group Q&A: @shopeemyclass2
Nota TikTok: @tiktokshopMYclass

Ratings & Reviews

3.00

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 24

2022-06-22 09:01:11 Halu sellers!

Ramai dropshipper yang tanya saya konsep meniaga kat Shopee sebab ada banyak mazhab kat luar sana

Ada mazhab menjunjung tema "1 niche 1 kedai"

Ada mazhab pakai konsep "asal barang jadi duit".

Ada gak mazhab "kau jual je barang aku sebab aku ajar kau". Lahhh

Erm.

Sebenarnya semua ada pros & cons.

Pepandai korang nak decide jalan kehidupan memasing kat Shopee ni

Macam saya, awal berniaga, memang ambil konsep mazhab kedua.

Memang semua niche saya sapu.

Kalau ada student promote mintak jualkan, saya tepek je kat Shopee.

Sampai satu tahap, ada 20 suppliers dalam kedai pada satu-satu masa.

Bayangkan dalam kedai ada madu, ada cadar, pastu ada sabun pakej ubat nyamuk sekali



Tapi bila dah lama-lama kat Shopee, dah tahu produk apa laju kat kedai sendiri, maka saya baru start fokus.

Buang niche yang tak masuk sales, dan fokus upload produk lain dalam niche yang bawa masuk sales

Ha gitu lah lebih kurang jalan cerita permulaan nak dapat rentak kat Shopee ni.

Sebelum tu nak habaq, kalau produk tu laju kat kedai saya, tak semestinya laju kat kedai korang.

Kalau produk tu laju kat kedai korang, tak semestinya laju kat kedai dia.

Gitu konsep dia.

Harap takdelah yang percaya bila ada si polan kata 'jual la barang xxx sebab laku keras kat kedai sopi saya'

Ok.

Seperti dijanjikan, kalini saya nak spill trusted supplier.

To be exact, my past & current suppliers.
Eh ada jugak bukan supplier saya tapi korang leh percaya

All of them are my students. Gituh. Claim selagi boleh.

Kalau depa kerek, hangpa juai ja nama saya.
Cakap nanti mK cubit depa kalau depa buat perangai.
Tiber.

1. @dropshipenamarsha
Ni ratu dropship supplier di kalangan student saya. Mostly new comer mesti jadi DS dia dan mesti ada satu sales dari produk dia.

Bukan founder memana produk pun. Kebanyakannya produk IKS dia rembat pegang stok.

Beroperasi di Ijok. Tokeh Petronas Station. Kalau dia buat hal, korang cari je kat sana.

Dulu dia ni supplier cadar, madu dan tungku letrik kat kedai saya

In term of margin, nipis je. Buat geli-geli kat kedai

2. @DSchubbybitsy

Owner dia, Ira Aziz.

Siapa tak kenal,dia bukan penghuni tetap FB Group ShopeeUni

Niche utama: Mom & Baby

In term of margin: ada yang ok. ada yang nipis. P lah godek web dia pas jadi DS. Hu.

Beroperasi di Bangi. Ada warehouse sendiri.

Ni salah sorang supplier barang baby di kedai saya

Btw, yang dia bukak DS, barangan mom & baby je. Yang lagi satu niche tu, dia tak bukak DS. Cis. Ku masih menunggu peluang je nak jadi DS untuk lagi satu niche tu.

3. @TeamPADI

Haaa ni supplier saya masa zaman saya gila upload produk Tanjung Dawai.

Banyak bawak masuk barang2 IKS dari utara.

Beroperasi di Kedah.

Niche: Groceries

4. @agromas

Ni direct kilang Agromas kt Johor nun.

Tahukah anda tak semua produk Agromas dibuat di kilang yang sama?

Ya saya pun baru tahu. Agromas ni jenama bawah FAMA. Kalau korang ada kebun dan keluarkan produk sendiri, boleh mohon jenama Agromas. Dan main product kilang tu, biasanya ikut lokaliti.

Kilang kat Johor ni, banyak jual produk minuman berasaskan roselle dan pes makanan.

Kordial Sirap dia sedap. Lah tiber.

Tapi tu lah. Dia punya channel, nauzubillah sikit.

Margin lak, ikut suka hati sebab korang bayar harga kilang je masa submit order.

5. @usahawanbuku

Bosan dengan makanan? Apa kata try jual buku pulak

Margin sedap-sedap gak jual buku ni

Buku pun beribu-ribu lemon under Bookcafe ni

Beroperasi di Gombak. Besaq woi team ni!

Tapi kebajikan dropship terjaga. takdenya korang ditinggal sendirian pas daftar.

kalau tanya soalan pun, ramai boleh jawabkan dalam group dia.

==
Ha cukuplah saya share 5 ni dulu.
Ada ramai lagi selain 5 ni.

Korang check je channel ni tiap Isnin-Jumaat.
Saya ada bagi list supplier

Cukup satu like, saya share pulak link auto-dropship.
Korang daftar web auto-dropship, klik klik, terus link kedai shopee dengan supplier. Pergh.
1.7K viewsSakinah mK, 06:01
Buka / Bagaimana
2022-06-22 04:00:05 #Rabu 22/06/2022

Tercari-cari suppliers yang support Shopee Sellers? Yang boleh print AWB, yang faham DTS, yang fulfillment tiptop meletop?

Join channel/group di bawah demi misi dropship berjaya di Shopee!

1. @ayannaexclusive_bybee
Baju kurung, blouse, seluar, baju melayu, kurta

2. @dropshipAiraInspire
Tudung Viral Sauk Arena, NurimanScarf, Jamu Moden Mahanis

3. @Chocojar7PerisaViral
Set kebahagiaan untuk yang tersayang Chocojar perisa kayangan . Open all AWB shopee lazada

4. @healthnbeautyteamsimaa
Produk local / produk viral

5. @ommaQema
Innai NunHa by Neelofa. Shopee,Lazada semua boleyyy!
1.5K viewsSakinah mK, 01:00
Buka / Bagaimana
2022-06-21 09:00:41 Halu sellers!

Ramai tak dropshippers kat sini?

Saya pun dropshipper jugak

Takdelah lama sangat. Baru mula jadi dropshipper sejak awal 2017 je. Asalnya saya ejen produk. Tapi sebab busy tak menyempat nak pergi pos, saya mula jadi dropship.

Kelakar kan?

Orang mula as dropshipper pastu upgrade jadi agent ke stokis ke. Tapi saya terbalik.

Dan masih selesa untuk buat dropship sehingga kini

Kalau orang tanya untung ke, pepandai lah cari produk yang boleh bagi margin sedap.

Nak dapat margin sedap ni, bukan sehari dua punya kerja. Hu.

Dan kalau nak jadi dropshipper kat Shopee, korang kena tahu cara kira margin dan hadam berapa banyak Shopee ambil.

Sepanjang 5 tahun jadi dropshipper ni, banyak gak berhabis duit dan masa join HQ sana sini. Hu.

Ok. Ni saya nak share semula tulisan saya di Twitter.

10 Tips berguna nak cari supplier untuk mula berniaga kat Shopee

1. Cari supplier yang ada banyak produk

Sebab nak kurangkan risiko buyer beli barang dari berlainan supplier kat kedai kita

Kadang-kadang boleh mendatangkan kerugian dan merosakkan rating kedai

Ya memang boleh split order. Tapi kos postage tu, seller yang kena tanggung. Hu

2. Supplier yang "Shopee Seller Friendly"

Kalau dapat supplier macam ni, jangan lepas.

Sebab depa faham sistem Shopee.

Tahu konsep AWB, kena post out secepat mungkin sebab ada DTS, bungkus elok-elok, faham kepentingan rating dan tahu pasal penalti.

Sebab ada je supplier ni bukan supplier betul pun.
Dia pun dropship. Tapi pasang kaki bawah dia.

Pedih dengar kan?

Tapi ni benda biasa saya jumpa

Korang kalau terkena tu, angkat kaki je lah

Bersepah dropshipper buat perangai tak semenggah camni. Eh.

3. Supplier ada support group

Kalau jumpa supplier yang ada support group, memang best.

Boleh baca previous conversation dan tahu aktif atau tak group tu, bagus ke tak supplier tu, cara layan DS etc

Kalau takde support group, pastikan korang senang nak hubungi PIC/ customer agent depa. Atau depa ada sistem/web sendiri yang senang nak track progress shipment

Ni kalau wasap pun unseen memanjang, lupakanlah supplier camni.

Kalau tengok pun, bagi bluetick/double tick je, sila kuatkan hati untuk melangkah pergi dari hidup dia. Tiber.

4. Supplier yang tak berkira dengan anak DS

Suka selit free gift kat buyer walau tak diminta, pos barang DS maca pos barang customer sendiri, bagi rewards bulanan walaupun hanya DS etc

Ni supplier tahap kayangan. DS pun dia bagi reward. Biasanya ni kalau HQ baru nak up lah.

5. Supplier yang ada sistem / info channel produk yang bagus

Tak pening nak upload barang dia dalam kedai.

Gambar teratur, siap description elok, harga etc

Kalau supplier ada web, lagi mudah.

Tapi kita paham lah, ada je supplier baru nak up, nak ada web ni, perlu komitmen tinggi.

So dia guna apa adanye je dulu. As long as teratur, should be no problem.

6. Supplier yang senang nak check stock

Supaya kita boleh jawab dengan mudah pada buyer dan tak perlu tunggu lama nak dapat jawapan supplier.

7. Cari supplier yang support lebih dari satu courier

Sebab Shopee ni kan aneh-aneh. Kalau SSBNU (shopee sellers baru nak up) nak tau, dulu salah satu syarat nak jadi Preferred Seller ialah kena ada lebih dari satu courier

8. Supplier yang ada cut-off time

Senang nak jawab pada buyer kalau depa tanya bila nak post out barang lepas bayar.

9. Kalau supplier ada web, lagi senang

Senang nak submit order, cek status parcel, tengok stock etc.

10. Cari lebih dari satu supplier untuk produk yang kita buat DS

Senang backup kalau main supplier tiba-tiba putus stock.

Dropshipper ni adalah makhluk paling tak setia sekali. Best selling product, saya akan pastikan ada tiga empat backup supplier.

So korang pun kena bijak jugak bila jadi dropshipper ni k



Terima kasih baca sampai huruf ni.

Cukup satu like, saya spill list suppliers yang trusted

1.8K viewsSakinah mK, 06:00
Buka / Bagaimana
2022-06-21 03:07:58 #Selasa 21/06/2022

Tercari-cari suppliers yang support Shopee Sellers? Yang boleh print AWB, yang faham DTS, yang fulfillment tiptop meletop?

Join channel/group di bawah demi misi dropship berjaya di Shopee!

1. @stationbeezworld
Pengeras tudung. Serum rambut. Ckt. Camay

2. @chocojarunik7perisa
Chocojar Balang Pelbagai Perisa | Chocojar Mix Cookies & Kukis Premium

3. @kekwastation
Viral di Tiktok , Laku keras di Shopee Lazada . Meh upload produk skincare , make up viral

4. @dsshopeeAY
Car seat. Stroller. Vespa. Sejadah Madinah. 10k tajuk buku. Margin sehingga 50%

5. @dslunashop
Innai Nunha, Minaz Hijab, Hadeera, Fareha. Design2 raya haji coming soon bulan ni.

6. @DsFadilauyop
Camay, fefet . Shopee lazada
1.7K viewsSakinah mK, edited  00:07
Buka / Bagaimana
2022-06-20 13:01:21 Dah stabil di Shopee dan teringin nak tambah platform lain?

Susah nak kuasai teknikal Lazada yang complicated?

Tak faham jenis program dan shipping di Lazada?

Tak pasti jenis fees yang dikenakan di Lazada?

Customer beralih arah ke Lazada sebab ada FS voucher setiap hari?

Eh. Jangan susah hati.

“The L Class” by MKIDuo akan membimbing anda membuat jualan di Lazada

Dari mula create account, setting, shipping, order management sehinggalah Lazada Power of 5.

Semua ilmu asas dan teknikal yang perlu anda kuasai untuk buat jualan pertama di Lazada!


LAZADA CLASS
: 21/6/2022-24/6/2022
: 9.00 malam hingga 11.00 malam
: Group Telegram
: RM129
: https://osini.co/lazada_class
: Sesuai untuk mereka yang baru nak berniaga di Lazada
2.0K viewsSakinah mK, 10:01
Buka / Bagaimana
2022-06-20 08:00:25 Halu Sellers!

Ada tak yang masih tak tau apa keyword popular yang korang boleh bid di Shopee?

Nah.

Refer link ni je

https://ads.shopee.com.my/learn/faq/81/257
.
.
.
Tapi tu lah tu

Kena hati-hati sikit dengan keywords ni

Sebab ni keywords umum. Biasanya laju telan kredit

Hu

By the way, kalau korang perlukan panduan bina kata kunci, boleh refer ebook yang saya tulis.

"Teknik Bina Kata Kunci Shopee Search Ads"

Boleh guna pakai untuk Product Ads dan Shop Ads.

Gitu. Jimat kekdahnya. 2 in 1

Ebook ni dah bantu lebih dari 500 peniaga Shopee buat Keywords Ads.

Harga pun dah kurangkan dari RM30 ke RM20 tapi isi tetap tidak berkurang malah dikemaskini dengan terma terkini Shopee

Siapa ada masalah nak buat kata kunci dalam Shopee Keyword Ads, boleh refer link boleh lihat dan beli kat link ni:

https://osini.co/keywordads
.
Ebook akan dihantar terus ke email anda.
2.0K viewsSakinah mK, 05:00
Buka / Bagaimana
2022-06-20 05:35:02
: https://osini.co/lazada_class

Kelas esok.
1.9K viewsIra, 02:35
Buka / Bagaimana
2022-06-20 04:19:34 #Isnin 20/06/2022

Tercari-cari suppliers yang support Shopee Sellers? Yang boleh print AWB, yang faham DTS, yang fulfillment tiptop meletop?

Join channel/group di bawah demi misi dropship berjaya di Shopee!

1. @Chocojar7PerisaViral
Set kebahagiaan untuk yang tersayang Chocojar perisa kayangan . Open all AWB shopee lazada

2. @dropshipenamarsha
Hadeera, cadar, bantal hotel, nz crunchies, madu shuib.shope & lazada

3. @dropshipteamsimaa
Produk viral TikTok / Sambal Mantul / Beauty products

4. @tudungonlineseller
Tudung bawal Kekaboo / buku rujukan MBBI
Shopee, lazada, tiktok seller

5. @dscikza
Delimas, hana hair care, sabun chancing, awb shopee/lazada

6. @teamtudungcantik
MINAZ HIJAB WAWA SCARVES FAZURA INNAI NUNHAA Telekung sk-Luckydraw HABIB916
2.3K viewsSakinah mK, 01:19
Buka / Bagaimana
2022-06-10 06:11:09 Halu Sellers!

Ada tak yang masih tak tau apa keyword popular yang korang boleh bid di Shopee?

Nah.

Refer link ni je

https://ads.shopee.com.my/learn/faq/81/257
.
.
.
Tapi tu lah tu

Kena hati-hati sikit dengan keywords ni

Sebab ni keywords umum. Biasanya laju telan kredit

Hu

By the way, kalau korang perlukan panduan bina kata kunci, boleh refer ebook yang saya tulis.

"Teknik Bina Kata Kunci Shopee Search Ads"

Boleh guna pakai untuk Product Ads dan Shop Ads.

Gitu. Jimat kekdahnya. 2 in 1

Ebook ni dah bantu lebih dari 500 peniaga Shopee buat Keywords Ads.

Harga pun dah kurangkan dari RM30 ke RM20 tapi isi tetap tidak berkurang malah dikemaskini dengan terma terkini Shopee

Siapa ada masalah nak buat kata kunci dalam Shopee Keyword Ads, boleh refer link boleh lihat dan beli kat link ni:

https://osini.co/keywordads
.
Ebook akan dihantar terus ke email anda.
4.2K viewsSakinah mK, 03:11
Buka / Bagaimana
2022-06-03 12:07:56
#ShopeeXpertXplains
Assalamualaikum & Hi gais.

𝟕 𝐇𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐓𝐚𝐡𝐮 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚

1. Cuti Umum
Cuti berbayar untuk 11 cuti umum yang telah digazetkan.

2. Cuti Sakit
- 14 hari (bekerja < 2 tahun)
- 18 hari (2-5 tahun)
- 22 hari (> 5 tahun)

3. Cuti Tahunan
- 8 hari (bekerja <2 tahun)
- 12 hari (antara 2-5 tahun)
- 16 hari (> 5 tahun)

4. Cuti Bersalin
- 60 hari (gaji > RM2k)
- 90 hari (gaji < RM2k)

5. Gaji dan OT
Gaji minima adalah RM1,200 (<5 org pekerja)
Mulai 2023, RM1,500 untuk semua

5. KWSP
Caruman majikan 13% dan 11% pekerja

6. Perkeso
1.75% majikan dan 0.5% pekerja.

Jadi, untuk gaji minima RM1,500, majikan perlu keluarkan RM1723.25.

P𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤?
Kerja hakiki pengusaha bisnes adalah membangunkan syarikat. Anda kena fikir tentang hala tuju bisnes dan cara kembangkan syarikat

Sekiranya mampu, kerja operasi kita serahkan kepada orang lain dahulu

Post lengkap: https://bit.ly/3zc6Bj1
3.5K viewsIra, 09:07
Buka / Bagaimana