Get Mystery Box with random crypto!

NASIHAT² KEHIDUPAN

Logo saluran telegram quotephotovideo — NASIHAT² KEHIDUPAN N
Logo saluran telegram quotephotovideo — NASIHAT² KEHIDUPAN
Alamat saluran: @quotephotovideo
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 46.54K
Deskripsi dari saluran

Nasihat² KEHIDUPAN via
QUOTE PHOTO VIDEO 😎
Nasihat yang baik adalah nasihat yang mampu menyejukkan bagi setiap orang yang mendengarnya.
Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesunguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang2 mukmin
5 Februari 2017

Ratings & Reviews

4.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 137

2022-09-30 05:44:56 273 of 365 JUMAAT 03 RABIUL AWAL 1444H 30 SEPTEMBER 2022

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#KitajagaKita..
#PrayertoremoveCovid19...

يَٰيَحْيَىٰ خُذِ ٱلْكِتَٰبَ بِقُوَّةٍۖ وَءَاتَيْنَٰهُ ٱلْحُكْمَ صَبِيًّا

"Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.

Maryam 19:12

وَحَنَانًا مِّن لَّدُنَّا وَزَكَوٰةًۖ وَكَانَ تَقِيًّا

dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan ia seorang yang bertaqwa.

Maryam 19:13

وَبَرًّۢا بِوَٰلِدَيْهِ وَلَمْ يَكُن جَبَّارًا عَصِيًّا

Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.

Maryam 19:14

SEMOGA BERMANFAAT

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

سبحان الله الحمد لله لا اله إلا الله الله اكبر

@quotephotovideo
49K581
2.0K views02:44
Buka / Bagaimana
2022-09-30 02:14:36
DOA RASULULLAH ﷺ AGAR DITETAPKAN HATI & ISTIQAMAH

Daripada Saidina Anas bin Malik RA, beliau berkata:

Rasulullah ﷺ banyak berdoa:

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِك

Maksudnya: "Wahai Allah yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu."

(Hadis Riwayat al-Tirmizi, no. 2140)

Semoga kita terus istiqamah berpegang dengan Quran dan Sunnah sehingga akhir hayat kita.

@quotephotovideo
2.1K views23:14
Buka / Bagaimana
2022-09-30 02:08:48
Bersandarlah hanya pada Allah SWT...

@quotephotovideo
2.1K views23:08
Buka / Bagaimana
2022-09-29 23:01:03 Jadual Waktu Solat Hari Ini
Kuala Lumpur, Putrajaya (Wilayah Persekutuan)
Jumaat, 30/09/2022
3 Rabi'ul Awal 1444H

Imsak : 05:44
Subuh : 05:54
Syuruk : 07:00
Zohor : 13:06
Asar : 16:16
Maghrib : 19:08
Isyak : 20:16

Selamat menunaikan solat fardhu!
64 views20:01
Buka / Bagaimana
2022-09-29 16:28:07 Alhamdulillah.

Setiap hari adalah kesempatan,

Kesempatan untuk mendapatkan redha dan kasih sayang

ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

Andai tergelincir sekali, usah biarkan diri dalam kemurungan dan kesedihan.

Bertaubatlah.

Kembali padaNya.

Sesungguhnya rahmat dan kasih sayang ALLAH meliputi
kemurkaanNYA.

Kembalilah kepadaNya...

@quotephotovideo
669 views13:28
Buka / Bagaimana
2022-09-29 12:38:05
Semooga Bermanfaat

@quotephotovideo
459 views09:38
Buka / Bagaimana
2022-09-28 23:01:03 Jadual Waktu Solat Hari Ini
Kuala Lumpur, Putrajaya (Wilayah Persekutuan)
Khamis, 29/09/2022
2 Rabi'ul Awal 1444H

Imsak : 05:44
Subuh : 05:54
Syuruk : 07:00
Zohor : 13:06
Asar : 16:16
Maghrib : 19:08
Isyak : 20:17

Selamat menunaikan solat fardhu!
1.1K views20:01
Buka / Bagaimana
2022-09-28 16:27:03
Apa persiapan kita pulang?

Harta akan ditinggalkan.
Keluarga akan ditinggalkan.
Pekerjaan juga akan ditinggalkan.
Hanya amalan yang akan dibawa pulang.

Maka perbanyakkan amal kebaikan, kumpul pahala. Banyakkan istighfar, kurangkan dosa.
Penyakit yang akan menimpa manusia kata Nabi adalah penyakit cintakan dunia dan takutkan kematian. Cerita harta rasa seronok, cerita kematian tiada keinsafan. Hati-hati.

Ajaklah orang solat.
Ajaklah orang buat baik.
Ajaklah orang tinggalkan keburukan.
Urusan kita hanya mengajak. Yang berikan hidayah adalah Allah.

1 orang yang baca post kita mula buat baik, pahala yang orang tu dapat akan diberikan juga kepada kita tanpa dikurangi sedikit pun.

Kurangkan mencela.
Kurangkan mengumpat.
Kurangkan mencari salah orang.
Hidup kita tidak lama. Esok-esok kita pasti mati.

Bersiaplah.

@quotephotovideo
650 views13:27
Buka / Bagaimana
2022-09-28 16:26:34 Tiga perkara yang menyelamatkan ialah:

Takut kepada Allah ketika keseorangan atau di tengah keramaian,

Bersikap benar di waktu fakir atau kaya dan;

Berlaku adil ketika redha atau murka.

@quotephotovideo
537 views13:26
Buka / Bagaimana
2022-09-28 16:25:23 • Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan aibmu.

• Sembunyikanlah amalan-amalanmu sebagaimana engkau menyembunyikan rapat-rapat dosamu.

• Tak usahlah menceritakannya kepada dunia, kerana hal itu hanya akan mengikis keikhlasanmu.

• Tak perlulah melaporkannya kepada dunia, kerana hal itu hanya akan menggugurkan pahalamu.

• Yang shalihah pasti tahu, bahawa Malaikat Raqib takkan salah mencatatnya meski tidak diceritakan.

• Yang shalihah pasti paham, bahawa Allah takkan keliru membalasnya meski tidak dilaporkan.

"Janganlah kamu tertipu dengan banyaknya amal ibadah yang telah kamu lakukan, kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah Allaah menerima amalan kamu atau tidak. Jangan pula kamu merasa aman dari dosa-dosa yang kamu lakukan, kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa kamu tersebut atau tidak" (Imam Hasan Al-Bashri)

@quotephotovideo
567 views13:25
Buka / Bagaimana