Get Mystery Box with random crypto!

• Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagaimana engkau menyem | NASIHAT² KEHIDUPAN

• Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan aibmu.

• Sembunyikanlah amalan-amalanmu sebagaimana engkau menyembunyikan rapat-rapat dosamu.

• Tak usahlah menceritakannya kepada dunia, kerana hal itu hanya akan mengikis keikhlasanmu.

• Tak perlulah melaporkannya kepada dunia, kerana hal itu hanya akan menggugurkan pahalamu.

• Yang shalihah pasti tahu, bahawa Malaikat Raqib takkan salah mencatatnya meski tidak diceritakan.

• Yang shalihah pasti paham, bahawa Allah takkan keliru membalasnya meski tidak dilaporkan.

"Janganlah kamu tertipu dengan banyaknya amal ibadah yang telah kamu lakukan, kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah Allaah menerima amalan kamu atau tidak. Jangan pula kamu merasa aman dari dosa-dosa yang kamu lakukan, kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa kamu tersebut atau tidak" (Imam Hasan Al-Bashri)

@quotephotovideo