Get Mystery Box with random crypto!

Ramai cakap, mana elok gula kelapa ni. Sama jer dengan gula pu | Neuroversiti by Dr Rizal

Ramai cakap, mana elok gula kelapa ni. Sama jer dengan gula putih.
.
Tidak sama. Gula kelapa ni dia sama dengan madu.
.
Kalau sekali beli nak buat air letak gula kelapa 5 sudu. Memang akan jadi sama ler dengan gula putih.
.
Tiada guna ler. Kalau beli stevia pun letak jumlah sama. Tiada guna juga ler.
.
Berlebihan itu boleh undang bahana. Betul tak?
.
Apa yang kena faham dekat sini?
.
Konsep besederhana. Gula kelapa apabila diambil dalam jumlah yang betul. Khasiatnya menyerlah.
.
Gula putih ni walaupun ambil sikit demi sikit. Penangannya juga terkumpul sikit demi sikit. Tunggu masa nak meletup.
.
Gula kelapa ni warna sedikit perang. Rasa manis tak terlebih.
.
Dia ada rasa lemak gitu. Rasa coconut-nutty ala ala santan. Nilai GI gula kelapa lagi rendah berbanding gula putih. Tak sebabkan 'insulin spike'.
.
Bayangkan dalam 28g gula kelapa ni ada banyak nutrien. Gula putih tiada ni.
- 4mg zat besi
- 90mg kalsium
- carotene dan lactoflavin
.
Ni belum cerita bab ada thiamin, nicotinic acid, riboflavin, niacin, vitamin C, vitamin B12, asid folate, Vitamin A dan Vitamin E.
.
Apatah lagi bab flavonoid, polifenol, dan anthocyanin.
.
Ya semua ni ada dalam gula kelapa. Yang paling unik, ada 'inulin'. Pemanis lain tiada ni. Kerja inulin stabilkan gula dalam darah.
.
Padu tak padu?
Yang bertukar gula putih kepada gula kelapa. Ada cakap rupanya sebab gula putih jer berat badan tak turun turun.
.
Cer fikir balik.
Kenapa diet tak turun berat? Agak agak ada apa dalam air yang diminum? Makanan yang dimakan?
.
Bila buang gula putih. Ganti dengan gula kelapa.
.
Macam lepas buat ritual menghalau saka gula putih. Lepas buang. Tiada lagi aura malang. Semua terangkat pergi.
.
Terangkat beban di bahu. Berat pun menurun laju.
.
Yang belum tukar tu. Apakata cuba? Biar sendiri rasa.
Klik --> GULA KELAPA
.
#DrRizal