Get Mystery Box with random crypto!

Najib Asaddok ORM

Logo saluran telegram najibasaddok — Najib Asaddok ORM N
Logo saluran telegram najibasaddok — Najib Asaddok ORM
Alamat saluran: @najibasaddok
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 49.32K

Ratings & Reviews

2.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 6

2023-04-09 07:51:23
Manusia memang dijadikan Allah mampu buat banyak perkara yang hebat dalam hidup ni.
.
Sebab manusia ada kelebihan akal berbanding makhluk lain yang wujud dalam dunia ni. Jadi tak mustahil manusia tak boleh buat apa-apa yang luar biasa hebat.
.
Janganlah kecilkan diri sendiri tak boleh buat macam-macam perkara disebabkan faktor persekitaran. Jangan jadikan persekitaran menghalang kehebatan atau ‘luar biasa’ diri.
.
Ingat pesan ni tau. Rugi tak guna potensi diri tu. Terlalu banyak yang kita boleh capai dalam hidup ni..
.
#ORMnajibasaddok
4.1K views04:51
Buka / Bagaimana
2023-04-07 14:40:10
Jiwa orang yang tenang mulutnya, hatinya, fikirannya sentiasa penuh dengan Al-Quran.
.
Jadikan Al-Quran bukan sekadar bacaan sahaja tapi hayatilah tafsir dan belajarlah sebab-sebab turunnya ayat Al-Quran supaya kita lebih memahami Islam.
.
“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan faqihkan ia dalam masalah agama (ini).” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
.
Semoga kita semua kekal dan sentiasa bersama Al-Quran, InsyaAllah..
.
Peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya.
.
Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW , melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
.
SALAM NUZUL AL-QURAN dari saya dan seluruh Team Momentum!
.
#nuzulalquran
#ORMnajibasaddok
4.0K views11:40
Buka / Bagaimana
2023-04-07 03:33:18
Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada anda semua

#ORMnajibasaddok
3.4K views00:33
Buka / Bagaimana
2023-04-06 14:40:42
Assalamualaikum semua,


InsyaAllah esok saya, Najib Asaddok akan tunaikan umrah dalam bulan Ramadan ni bersama rakan-rakan saya.
.
Dengan rendah hati saya ingin memohon maaf atas segala kesalahan yang saya sengaja atau tidak sengaja, yang terdahulu mahupun kemudian.
.
Saya juga meminta jasa baik kalian untuk mendoakan saya beroleh umrah yang maqbul dan semoga segala amalan diterima Allah S.W.T.
.
Doakan semoga perjalanan kami ke sana dipermudahkan pergi dan balik. Di kesempatan ini suka kami ingatkan supaya kita semua menjadi hamba Nya yang sentiasa beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T.


#ORMnajibasaddok
3.5K views11:40
Buka / Bagaimana
2023-04-05 03:00:20
Alhamdulillah Bertambah Usia Setahun Lagi…

Hari ini 5 April 2023, bertambah setahun lagi usia saya. Pada usia sekarang banyak dah pengalaman pahit dan manis yang saya lalui. Bersyukur diberi peluang oleh Allah sehingga hari ni.

Di hari lahir ni, saya mengharapkan agar Allah SWT memberi kebahagiaan yang berpanjangan, diberikan kesihatan yang baik, dikuatkan iman, dipermudahkan setiap urusan.

Allah Engkau kurniakan rezeki yang berkat dan melimpah ruah agar dapat berkongsi rezeki di jalan Allah, sentiasa dalam redha, rahmat dan lindungan Allah SWT setiap masa dan ketika.

Semoga menjadi insan yang lebih bersyukur dan lebih ikhlas dalam hidup. Alhamdulillah dikelilingi isteri penyayang, anak anak soleh solehah dan insan insan yang menyayangi diri ini. Syukur Ya Allah atas nikmat yang KAU berikan buat diriku sepanjang perjalanan hidup ini.

Aamin Ya Rabal Alamin.

#ORMnajibasaddok
3.7K views00:00
Buka / Bagaimana
2023-04-04 07:21:37
Pelanggan akan benci bisnes anda bila..

1. Lambat respon
pelanggan ni akan ada banyak pilihan. Kalau dia tak beli dengan anda, dia akan beli dengan pesaing. Kalau anda lambat respon, macam mana dia nak berminat dengan produk anda..

2. Jawab acuh tak acuh
Siapa pernah dilayan macam ni? Pelanggan ni umpama raja. Praktikkan untuk bagi servis sebaik mungkin dengan pelanggan anda ya.

3. Kedekut nak beri lebih
Sesekali tu kalau ada pelanggan yang repeat order, bagi lah free gift untuk buat dia rasa dia ni pelanggan yang paling bernilai

4. Suka burukkan pesaing
Masing-masing ada kelebihan sendiri. Jangan pernah jatuhkan orang lain semata-mata nak buat anda nampak bagus

5. Tak beri seperti apa yang anda janji
Ni salah satu perangai yang pelanggan benci. Jangan tanya kenapa pelanggan tak datang kalau benda ni pon anda tak boleh buat.

Dapat sesuatu?

Saya harap anda jadi usahawan dan peniaga yang sentiasa ramai orang sayang. Bila ramai orang sayang inshAllah rezeki Allah bagi mencurah-curah.

#ORMnajibasaddok
3.5K views04:21
Buka / Bagaimana
2023-04-03 07:33:48 Rezeki tu kerja Allah, Usaha tu kerja Manusia…

“Jangan down, konsisten berniaga seperti biasa”... Ni salah satu nasihat yang saya nak bagi buat peniaga bazar harini. Saya faham dengan banyak nya viral, komplain dan kutukan sedikit sebanyak buat peniaga bazar rasa down.
.
Harini saya terpanggil untuk tulis dan bagi tips untuk anda. Kita berniaga ni kena ikhlas dan bersih. Masak seolah-olah nak bagi kita dan keluarga makan. InshAllah ramai pelanggan yang akan datang.

Tak cukup dengan tu, kita kena panggil dan buat pelanggan nampak kita. Jangan berharap pelanggan yang akan cari dan datang dengan sendiri.

Anda sendiri kena tahu cara untuk tarik perhatian pelanggan, cara untuk buat mereka ni tahu anda buat apa dan apa kelebihan yang anda ada. Bila ni berjaya, silap haribulan mereka berebut-rebut nak beli dengan kita.

Alang-alang tu saya nak kongsikan 5 tips marketing untuk peniaga bazar ramadan.

1. Buat Live

Cerita apa yang berlaku dan apa yang anda jual harini. Tunjukkan dekat orang ramai

2. Konsisten posting di media sosial
Letak gambar yang menarik perhatian pelanggan untuk datang. Pelanggan yang dekat dan jauh pon terasa nak beli kalau gambar tu menarik

3. Video pendek
Buat video anda masak, sediakan barang, layan pelanggan dan banyak lagi

4. Upload di story FB & Ig
Update apa yang anda nak mereka tahu tentang bisnes anda

5. Update gambar
Gambar ni tak semestinya produk je tau. Anda boleh letak gambar pelanggan yang beli sekali

Buat 5 benda ni secara konsisten. Percaya dengan rezeki Allah. Saya percaya Allah akan datangkan rezeki kepada hambaNya yang berusaha.

Semoga berjaya!

#ORMnajibasaddok
3.6K views04:33
Buka / Bagaimana
2023-04-03 07:33:43
3.0K views04:33
Buka / Bagaimana