Get Mystery Box with random crypto!

Bulan Haram Bulan Haram dalam Islam bermaksud bulan yang dimu | Kapsul Tazkirah

Bulan Haram

Bulan Haram dalam Islam bermaksud bulan yang dimuliakan dan bulan yang diharamkan berlaku dalamnya perbuatan-perbuatan seperti berperang dll.

الزمانُ قد استدارَ كهيئتِه يومَ خلقَ اللهُ السماواتِ والأرضَ ، السنةُ اثنا عشر شهرًا ، منها أربعةٌ حُرُمٌ ، ثلاثةٌ مُتوالياتٌ : ذو القَعدةِ وذو الحِجَّةِ والمُحرَّمُ ، ورجبُ مُضر ، الذي بين جُمادى وشعبانَ

Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”.
[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 4054]

Bulan-bulan Haram sepatutnya dipertingkat amal kebajikan dan menjauhi dosa berdasarkan pandangan al-Hafiz Ibn Kathir Rahimahullah yang menyatakan pendapat Ibn ‘Abbas bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain.

Antara keistimewaan bulan-bulan Haram;

1) Umat Islam menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu ibadat haji yang mana ibadat ini hanya dilakukan dalam bulan Haram (Zulhijjah).
2) Puasa sunat pada 9 Zulhijjah (Hari ‘Arafah) bagi orang yang tidak menunaikan haji.
3) Berpuasa sunat pada 10 Muharram iaitu pada hari ‘Asyuraa’.

https://t.me/kapsul_tazkirah