Get Mystery Box with random crypto!

Kapsul Tazkirah

Logo saluran telegram kapsul_tazkirah — Kapsul Tazkirah K
Logo saluran telegram kapsul_tazkirah — Kapsul Tazkirah
Alamat saluran: @kapsul_tazkirah
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 20.77K
Deskripsi dari saluran

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda;
‎خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

Ratings & Reviews

3.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru

2024-06-07 05:35:33 Zulhijjah dan Keutamaan

Tahukah kita, pelbagai peluang istimewa sedang menanti kita pada bulan Zulhijjah khususnya pada 10 hari pertama.

Rugilah jika hari-hari yang penuh keutamaan dan kemuliaan ini berlalu begitu sahaja.  Antara kelebihan di bulan Zulhijjah;

1.  Keutamaan Beramal Soleh Pada 10 Awal Zulhijjah

Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini (1 – 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. (Musnad Ahmad No: 5879) Hadis Hasan

Amal soleh pada hari-hari awal 10 Zulhijjah (1 hingga 10 Zulhijjah) tidak terbatas. Ia meliputi solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran, zikir, berdoa, bertaubat, tahmid, takbir, tahlil, amar makruf nahi mungkar, tolong-menolong untuk kebaikan, menyebarkan ilmu, menyantuni anak yatim, membantu orang yang kesusahan, memberikan makan kepada fakir miskin dan seumpamanya.

2.  Puasa Sunat Arafah Menghapuskan Dosa Dua Tahun

Rebutlah kelebihan untuk berpuasa sunat hari Arafah. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ... أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة

Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680) Hadis Sahih

3.  Hari Arafah Antara Sebaik-baik Waktu dan Tempat Berdoa

Satu daripada kelebihan pada Hari Arafah selain berpuasa sunat ialah waktu berdoa. Sabda Rasulullah SAW;

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: "LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi–Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)”. [HR. Tirmizi no. 3509]. Hadis Hasan.

4.  Ibadah Korban Adalah Amal Yang Lebih Disukai Allah Pada Aidil Adha

Amalan yang Allah lebih suka kepada hambanya pada Hari Raya Aidil Adha ialah melaksanakan ibadat korban. Sabda Rasulullah SAW;

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada ‘Edul Adha selain menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum ia menitik ke bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan melakukannya” (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan

Marilah kita merebut pelbagai kelebihan yang ada pada bulan Zulhijjah ini.

https://t.me/kapsul_tazkirah
6.0K views02:35
Buka / Bagaimana
2024-06-05 18:27:53 "𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗠𝗔, 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗞𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗥𝗔𝗧𝗛 𝗡𝗜 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗟𝗘𝗚𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗢𝗡𝗢𝗞 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜..."
.
Dulu belajarnya merata, mana-mana tempat ada kita masuk ikut kuliah. Berlalu tahun demi tahun barulah sedar pengajian sedia ada tidak selesai pun malah lebih sedih sebahagian itu dipenuhi dengan isu semasa dan isi yang sama berulang-ulang.
.
Tetapi Pn Azila tidak putus asa kalau ada masa je belajar, pantang ada masa cuti pergi..
.
Lagi-lagi cuti panjang, jadual akan penuh dengan pengajian..
.
Tapi lepas jumpa Akademi Pemikiran Turath (APT) ini baru sedar tahap ilmu fardhu ain. Sekadar ikut kuliah tak cukup, kena cari pengajian yang asas dalam topik berbeza yang jadi keperluan seorang muslim.
.
Seperti ilmu fiqih dari bab air sampai bab umrah, ilmu aqidah kesemuanya, isu darah haid dan nifas, muamalat, sirah dan ilmu penyucian jiwa. Rasa macam banyak belajar dah bila duduk dengan APT ni baru tahu, masih rasa tak tahu apa?!
.
Itulah luasnya ilmu Allah ni dan Alhamdulillah saya jumpa APT ni tepat pada masa dan sesuai dengan kehendaknya. Kelas pun tak penuh seminggu dua kali. Pengajian pun melalui online je.
.
Sekarang kalau balik kerja jem pun sempat lagi nak belajar. Rasa lega bila tahu dapat tamat pengajian bila ustaz yang mengajar pun tumpu pada ilmu yang asas dan penting untuk faham.
.
Yang seronoknya lagi tu, guru pun pengalaman tanya je apa soalan pun mereka boleh jawab dan puas hati. Sape-sape nak join kelas sekarang mereka ada anjurkan Projek Faham Islam iaitu pengajian ilmu fardhu Ain bersiri, belajar 8 ilmu fardhu ain islam.
.
Berminat?

https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/PFI2024/42

https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/RAKAMANPENGAJIANAPT/42
5.2K views15:27
Buka / Bagaimana
2024-06-02 16:18:29 Hari Terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024

Pesta buku sudah berada di penghujungnya. Semestinya banyak buku baru dan menarik menanti anda.

Tidak berkelapangan untuk ke ibu kota cuti sekolah ini? Tak ingin bersesak-sesak mencari buku yang diminati?

Dapatkan segera dengan harga promosi sebelum tamat tempoh!

Buku Faqih
https://abbascentre.onpay.my/order/form/PBAKL/203

Buku Paradigma Ibrah
https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/94

Buku APT
https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/BukuAPT/42

Buku Imanshoppe
https://www.imanshoppe.com/?ref=czqrrpep
5.7K views13:18
Buka / Bagaimana
2024-06-02 06:02:59 Semangat Yang Hilang

Barangkali kita tersungkur tersepak batu lalu terjatuh berdarah,
Mungkin kali kita terduduk terhina akibat dicaci,
Sering kali kita hilang semangat saat diuji bertubi,
Acap kali kita menangis sendiri menyesali perbuatan diri,

Namun…

Saat itu Allah SWT menyembuhkan luka berdarah,
Dia membangkitkan kita dengan ayat-ayat dari KitabNya dan hadis RasulNya,
Dia menghadirkan manusia untuk meniup semangat kita semula,
Menyeka air mata kita yang gugur lalu memberikan kata-kata.

Begitu lah kasih Allah al-Rahman al-Rahim kepada hamba-hambaNya. Tidak pernah Dia tinggalkan hambaNya yang taat kepadaNya sebagaimana Rasulullah SAW yang dipujuk melalui Surah al-Dhuha.

Syukuri nikmatNya dan hargai manusia sekeliling yang sentiasa ada saat susah dan senang kita. Semoga hidup kita terus dalam Rahmat dan PerlindunganNya

https://t.me/kapsul_tazkirah
5.5K views03:02
Buka / Bagaimana
2024-06-01 06:58:49 Duat Perlu Terus Bergerak

Tayar yang tidak bergerak lama-lama akan kehilangan fungsi. Seri keindahannya pun tidak kelihatan. Biar pun tayar tersebut mempunyai sejarah panjang dan jasa yang besar kepada kenderaannya.

Begitulah kita dengan ilmu, thaqafah, kefahaman, tarbiah, kemahiran dan pengalaman. Tanpa bergerak dimedan kita akan kehilangan fungsi meskipun jasa dan sejarah perjuangan kita panjang.

Semoga kita menjadi tayar yang sentiasa bergerak dan memberi fungsi bermakna sehingga disaat-saat akhir. Tayar yang tidak bergerak, lama kelamaan anginnya akan berkurangan dan tayarnya juga akan rosak. Justru itu tayar perlu sentiasa bergerak untuk menjadikannya berfungsi membawa gerabak yang ada.

Usaha dalam mihwar membimbing masyarakat dan islah negara memerlukan duat terus bergerak. Kaki, mulut, tangan dan pemikiran kita perlu terus bergerak dan berperanan. Ruang dan penjuru yang ada amat luas untuk kita bergerak mengikut kemampuan dan kebolehan kita. Jangan jadi tayar yang tidak bergerak…..

Moga pengharapan Nabi Syuib yang di rakamkan dalam surah Hud ayat 88 menjadi pemugar semangat para duat

إِن أُريدُ إِلَّا الإِصلاحَ مَا استَطَعتُ ۚ وَما تَوفيقي إِلّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيهِ تَوَكَّلتُ وَإِلَيهِ أُنيبُ

“Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan memperoleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku Kembali” (Surah Hud ayat: 88)

https://t.me/kapsul_tazkirah
5.2K views03:58
Buka / Bagaimana
2024-05-30 06:22:18 Bulan Zulkaedah dan Zulhijjah

Kita berada di penghujung Zulkaedah menuju bulan pesta ibadah juga iaitu bulan Zulhijjah.

Terdapat 10 hari terbaik di dunia yang disebutkan dalam al-Quran dan Al-Sunnah iaitu 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH.

Firman Allah SWT;

وَالفَجرِ

Demi waktu Fajar

Ada pandangan ahli Tafsir yang menyebut ini adalah waktu fajar 10 hari pertama Zulhijjah berdasarkan hadis

مَا مِنْ أَيَّامٍ العَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهِنَّ أَحَبُّ إِلَىْ اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ العَشْرِ»، فَقَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللَّهِ، وَلَا الجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ”.

“Tidak ada hari-hari untuk melakukan amalan soleh padanya lebih disukai oleh Allah berbanding pada sepuluh hari ini”. Maka mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, sekalipun jihad di jalan Allah?” Maka Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan seorang lelaki keluar dengan dirinya, hartanya kemudian dia tidak lagi kembali dengan membawa apa-apa daripada itu”.
(
HR at-Tirmizi no. 688, Abu Daud no. 2082 dan Ibn Majah no. 1717; Ibnu Hibban no. 3853.)

وَلَيالٍ عَشرٍ

Dan Malam yang Sepuluh

Jumhur
‘ulama menyatakan ayat ini ada 2 pandangan;

1) 10 malam terakhir dari Ramadhan

2) sepuluh malam pertama dari DzulHijjah
.

Maka, mari persiapkan diri menuju hari-hari terbaik di dunia. Beramal sebaiknya agar dapat meraih ganjaran sebanyaknya dari Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

https://t.me/kapsul_tazkirah
5.5K views03:22
Buka / Bagaimana
2024-05-28 09:39:40
يا قهار يا جبار يا منتقم
اهزم الصهيونيين وزلزلهم
5.3K views06:39
Buka / Bagaimana
2024-05-28 07:18:12 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024

Pesta buku kembali lagi. Semestinya banyak buku baru dan menarik menanti anda.

Tidak berkelapangan untuk ke ibu kota cuti sekolah ini? Tak perlu risau lagi

Dapatkan segera dengan harga promosi sebelum tamat tempoh!

Buku Faqih
https://abbascentre.onpay.my/order/form/PBAKL/203

Buku Paradigma Ibrah
https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/94

Buku APT
https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/BukuAPT/42

Buku Imanshoppe
https://www.imanshoppe.com/?ref=czqrrpep
5.1K views04:18
Buka / Bagaimana
2024-05-27 19:40:42 Ya Allah tiada tempat kami mengadu melainkan kepadaMu

Ya Allah tiada daya dan upaya kami melainkan kekuasaanMu

Ya Allah tiada tempat kami memohon melainkan kepadaMu

Kurniakan kami kesyukuran atas segala nikmat yang engkau anugerahkan buat kami dan keluarga kami

Jadikan kami hamba-hambaMu yang tidak pernah berhenti mencari redhaMu dalam setiap tindak tanduk kami

Pelihara kami dan keluarga kami daripada segala keburukan

Curahi kami dengan rahmat dan kasih sayangMu sepanjang hidup dan mati kami

اللهم يا منزل الكتاب يا مجري السحاب يا هازم الأحزاب اهزم الصهيونيين وانصر إخواننا في فلسطين

Hancurkan pakatan jahat musuhMu

Rahmati saudara-saudara kami di bumi

Teguhkan jiwa mereka dan menangkan mereka atas musuhMu
5.2K views16:40
Buka / Bagaimana
2024-05-26 17:02:41 Bulan Haram

Bulan Haram dalam Islam bermaksud bulan yang dimuliakan dan bulan yang diharamkan berlaku dalamnya perbuatan-perbuatan seperti berperang dll.

الزمانُ قد استدارَ كهيئتِه يومَ خلقَ اللهُ السماواتِ والأرضَ ، السنةُ اثنا عشر شهرًا ، منها أربعةٌ حُرُمٌ ، ثلاثةٌ مُتوالياتٌ : ذو القَعدةِ وذو الحِجَّةِ والمُحرَّمُ ، ورجبُ مُضر ، الذي بين جُمادى وشعبانَ

Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”.
[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 4054]

Bulan-bulan Haram sepatutnya dipertingkat amal kebajikan dan menjauhi dosa berdasarkan pandangan al-Hafiz Ibn Kathir Rahimahullah yang menyatakan pendapat Ibn ‘Abbas bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain.

Antara keistimewaan bulan-bulan Haram;

1) Umat Islam menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu ibadat haji yang mana ibadat ini hanya dilakukan dalam bulan Haram (Zulhijjah).
2) Puasa sunat pada 9 Zulhijjah (Hari ‘Arafah) bagi orang yang tidak menunaikan haji.
3) Berpuasa sunat pada 10 Muharram iaitu pada hari ‘Asyuraa’.

https://t.me/kapsul_tazkirah
5.1K views14:02
Buka / Bagaimana