Get Mystery Box with random crypto!

inche_lebah - Healing Untuk Matang

Logo saluran telegram inche_lebah — inche_lebah - Healing Untuk Matang I
Logo saluran telegram inche_lebah — inche_lebah - Healing Untuk Matang
Alamat saluran: @inche_lebah
Kategori: Blog
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 27.71K
Deskripsi dari saluran

Tulisan-tulisan healing daripada inche lebah, coretan harian, nota dan aksara matang. ♥️

Ratings & Reviews

2.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 4

2023-05-23 05:51:28 Belajarlah untuk menerima dan reda atas segala ketentuan yang Allah hadirkan.

Jangan pernah membenci keadaan,
Kerana malam pun tidak pernah menghina takdirnya menjadi gelap.

Jangan pernah menghina keadaan,
Kerana daun pun tidak marah kepada angin yang membuatkan ia jatuh dari ranting.

Belajarlah menerima.

Malam itu gelap, tapi saat dia menerima kegelapan, Allah hadiahkan bintang dan bulan, yang bisa menerangi langit hitam itu.

Kadang-kadang kau perlu punya waktu untuk menerima dengan apa yang Allah hadirkan dalam hidup sahaja.

Belajarlah reda ketika menerima,
Belajarlah ikhlas ketika melepaskan.

Segala sesuatu yang ditakdirkan untuk kau, pasti akan jadi milik kau. Dan segala sesuatu yang tidak ditakdirkan untuk kau, tidak akan pernah menjadi milik kau.

Maka ketika kau punya harapan, dan kenyataan tidak berpihak dengan apa yang kau harapkan. Reda dahulu, buka hati dahulu, buka mata dahulu,

Dan Yakinlah di balik apapun yang terjadi, akan ada hikmah yang Allah akan beri.
7.6K views02:51
Buka / Bagaimana
2023-05-21 04:19:02 Allah tahu kau penat,
Allah tahu kau lelah,
Allah tahu kau ada niat yang baik dengan apa yang telah kau lakukan.
Allah sangat tahu.

Perbanyakkan sabar,
Perbanyakkan syukur,

Kerana sabar dan syukur seperti ubat yang sangat pahit, tapi ia sangat menyembuhkan.

Semoga nanti Allah permudahkan jalannya.
1.0K viewsedited  01:19
Buka / Bagaimana
2023-05-20 02:12:31 Jangan pernah berhenti berbuat baik, teruskanlah berbuat baik.

Dihargai, tidak dihargai,
Disanjung, tidak disanjung,
Dipandang, tidak dipandang,
Dipuji, tidak dipuji,

Tidak penting penilaian manusia, yang paling penting penilaian Allah kepada kita.

Kerana jika kita berbuat baik semata-mata kerana Allah, dan kita pentingkan pandangan dan penilaian Allah, maka dengan sendirinya Allah akan iktiraf kebaikan itu, sehingga menjadi pelajaran untuk orang lain.
2.2K views23:12
Buka / Bagaimana
2023-05-19 07:34:30 Tidak ada satu pun yang bisa mencabut kesulitan kau, kecuali Allah.

Keadaan yang buat kau sakit hati, mungkin membuatkan kau terjatuh dan tersungkur. Tapi percayalah, ketika kau terjatuh,
kau banyak kesempatan untuk bersujud.
Kau banyak kesempatan untuk berdoa.

Kalau sudah tiada lagi telinga manusia yang sudi mendengar keluh kesah kau, maka sudah tiba masa untuk kau bersujud di atas sejadah. Tempat healing yang paling terbaik. Agar kau bisa memohon dan meminta kepada Allah.

Kalau sudah tiada bahu untuk bersandar, masih ada sejadah untuk bersujud.

Yakinlah, apapun yang Allah berikan kepada kau, pasti sebuah rencana yang terbaik.
2.6K views04:34
Buka / Bagaimana
2023-05-19 03:10:22 Apapun yang Allah hadirkan untuk kita, pasti yang terbaik.
Sungguh, tidak ada yang kurang apa yang telah diberikan kepada kita.

Siapa yang kurang?
Kita sahaja.

Tetapi kita kurang apa?

Ketika kita diberi nikmat,
kita kurang syukur.
Ketika kita diberi ujian,
kita kurang sabar.
Ketika kita beramal,
kita kurang ikhlas.
Ketika takdir itu datang,
kita kurang reda.

Jadi, masalahnya bukan pada Allah,
tetapi pada diri kita.
Pasti yang Allah hadirkan itu adalah yang terbaik.
2.3K viewsedited  00:10
Buka / Bagaimana
2023-05-18 16:22:22 Bagi korang yang tak tahu channel Instagram saya. Boleh tengok kat link bawah.

https://ig.me/j/AbaPUT5O8KvWlJkK/
2.5K views13:22
Buka / Bagaimana
2023-05-18 07:18:10 Tenang,
bukan kau seorang sahaja yang ada masalah.
Kucing jalanan juga ada masalah.

Cuma kau diberikan kelebihan akal,
kau bisa keluar daripada masalah,
dan kau bisa untuk terus berada dalam masalah.
2.8K views04:18
Buka / Bagaimana
2023-05-16 12:20:26 Saya tengah test audio untuk pelbagaikan lagi sampai mesej Healing.
1.8K viewsedited  09:20
Buka / Bagaimana
2023-05-16 09:25:13 Hidup aku sebelum ini hanya hitam dan putih, sehinggalah aku ketemu dia.

Dan menyedari bahawa,
dia adalah pemberi warna.
2.1K views06:25
Buka / Bagaimana
2023-05-15 16:00:14 Sebenarnya kau sedang menikam diri kau dua kali.

Pertama, saat kau ditinggalkan. Kau katakan bahawa kau yang bersalah.

Kedua, saat kau berikan harapan. Sedangkan hati dia ada orang lain.
2.6K views13:00
Buka / Bagaimana