Get Mystery Box with random crypto!

Belajarlah untuk menerima dan reda atas segala ketentuan yang | inche_lebah - Healing Untuk Matang

Belajarlah untuk menerima dan reda atas segala ketentuan yang Allah hadirkan.

Jangan pernah membenci keadaan,
Kerana malam pun tidak pernah menghina takdirnya menjadi gelap.

Jangan pernah menghina keadaan,
Kerana daun pun tidak marah kepada angin yang membuatkan ia jatuh dari ranting.

Belajarlah menerima.

Malam itu gelap, tapi saat dia menerima kegelapan, Allah hadiahkan bintang dan bulan, yang bisa menerangi langit hitam itu.

Kadang-kadang kau perlu punya waktu untuk menerima dengan apa yang Allah hadirkan dalam hidup sahaja.

Belajarlah reda ketika menerima,
Belajarlah ikhlas ketika melepaskan.

Segala sesuatu yang ditakdirkan untuk kau, pasti akan jadi milik kau. Dan segala sesuatu yang tidak ditakdirkan untuk kau, tidak akan pernah menjadi milik kau.

Maka ketika kau punya harapan, dan kenyataan tidak berpihak dengan apa yang kau harapkan. Reda dahulu, buka hati dahulu, buka mata dahulu,

Dan Yakinlah di balik apapun yang terjadi, akan ada hikmah yang Allah akan beri.