Get Mystery Box with random crypto!

Anak muda yang bergaji RM2,000 tak nak lagi fikir langsung pas | Harith Faisal

Anak muda yang bergaji RM2,000 tak nak lagi fikir langsung pasal simpan dan labur. Nak enjoy dulu katanya.

Setakat manalah kau nak enjoy dengan gaji RM2,000 tu dik. Tapi abang yakin satu hari nanti, kau akan berubah.

Macam biasa, masa dapat hidayah untuk berubah tu, mesti kau akan termenung dan bermonolog sendiri.

“Kenapalah aku tak simpan duit daripada dulu. Nak kahwin pakai duit, nak beli rumah lagilah banyak duit kena ada. Kalaulah aku simpan duit sejak dulu, sekarang banyak dah duit aku.”

Itu cerita dia kalau kalau kalau.

Jadi, sebelum kau berkalau-kalau, baiklah kau jumpa personally dengan kawan kau yang umur sekitar 40-an dan tanya pengalaman mereka.

Mesti ramai yang cakap,

“Itulah bro. Baik kau simpan duit daripada sekarang. Kau muda lagi. Nanti bila dah kahwin, lagi susah nak simpan duit. Kau jangan jadi macam aku, lambat sedar.”

Benda ni sama ada kau nak belajar daripada pengalaman orang lain atau kau sendiri buat silap dan kerugian masa muda kau.

Pilihlah.

#harithfaisal