Get Mystery Box with random crypto!

Kalau kita tahu berapa ringgit kita dibayar untuk setiap jam, | Harith Faisal

Kalau kita tahu berapa ringgit kita dibayar untuk setiap jam, kita lebih hargai duit yang kita dapat. Malah, kita juga boleh tahu sama ada berbaloi atau tidak kerja yang kita buat tu.

Kira dulu berapa gaji tahunan kau. Kita ambil contoh RM60,000 gaji setahun okay. Kau bahagi dengan 12 bulan, jadi RM5,000. Bahagi lagi 22 hari bekerja dalam sebulan, jadi RM227.27.

Maka, RM227.27 adalah gaji kau untuk sehari. Cuba pula bahagi dengan 8 jam, kau akan dapati kau dibayar RM28.40 untuk setiap jam yang kau kerja tu. Itulah nilai kerja kau sejam.

Yang kerja ofis, memang direct je bahagi 12, bahagi 22, bahagi 8. Tapi kalau kau kerja freelance, konsultan, sale executive yang kerja tak tentu masa, kau bahagi ikut masa kau lah.

Katakan kau surirumah tapi ada buat bisnes online, sehari buat bisnes 3 jam saja sambil-sambil, sebulan buat bisnes 10 hari saja, income tahunan RM60,000. Jom kita kira sama-sama.

RM60,000 bahagi 12 bulan, bahagi 10 hari, bahagi 3 jam, jadi RM166.67. Maka, surirumah berbisnes tu nilai sejam dia jauh lebih tinggi berbanding contoh pertama yang saya kira tadilah.

Hampir 6 kali ganda!!

Kenapa kena tau nilai sejam kita ni? Supaya kita tak bazirkan masa kita dengan buat benda tak berfaedah, tak fokus kat perkara yang tak bagi apa-apa untung.

Tak ada masa untuk rasa down lama-lama. Cepat move on. Tak ada masa nak cerita buruk pasal orang lain. Tak ada masa nak membawang sana sini. Masa kita terisi dengan perkara baik.

Orang kaya yang nilai sejam dia mencecah ribuan ringgit pun ada 24 jam setiap hari macam kita. Tuhan bagi adil setiap orang sama 24 jam. Kita kena usaha sendiri untuk naikkan nilai sejam diri kita tu.

Dah kira berapa nilai RM sejam kau?

2 angka? 3 angka? 4 angka?

#harithfaisal