Get Mystery Box with random crypto!

Ingat senang ke nak dapat sebegini ? Tukar karpet je pun. Bany | Nota Cikgu Mohd Fadhli

Ingat senang ke nak dapat sebegini ? Tukar karpet je pun. Banyak rintangan yang aku hadapi. Meh sini aku cerita. Tak kisahlah jika ada merasakan aku ni jenis nak nama. Itu sangkaan kau bukan aku. Hakikatnya aku buat ini untuk orang lain selesa. Untuk mahasiswa selesa.

Aku datang ke IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka dengan cawan yang kosong. Cermin di hadapan senantiasa ada untuk aku sedar siapa diri aku. Yup, aku hanya seorang guru sekolah rendah biasa.

Kelebihan aku, mungkin pada PR dengan orang sekeliling yang mana aku kutip pengalaman menjadi Pegawai Khas Menteri suatu ketika dahulu dan aku ada follower di dalam platform media sosial. Ini yang aku ada.

Kalau korang nak tahu, karpet IPG aku ni dah berusia lebih 10 tahun. Debunya sehingga ke filter aircond. Kalau berjalan, tapak kaki jadi biru. Jika sujud, dahi jadi biru. Silap-silap hari bulan satu badan jadi avatar. Hahaha.

Suatu pagi Jumaat baju pink aku bahagian lutut comot dengan warna biru karpet. Aku pun snap gambar karpet dan keadaan surau aku ni. Terus aku uploadkan dan buat sikit story. Dalam tempoh dua minggu aku dapat RM20,000 !

Terus tular, screenshot posting fb aku mengenai dana karpet ni dari seseorang yang aku tak kenal. Aku rasa orang dalam IPG juga. Terus aku di tegur oleh ketua jabatan ketika itu. Tak mengapa aku terus diamkan diri. Malas aku betah.

Dari hari ke hari aku lihat mahasiswa aku solat atas karpet yang usang. Kalau filter aircond pun boleh biru, apa lagi hidung manusia yang sujud. Mesti berpenyakit nanti. Aku kata, tak boleh jadi ni.

Masuk sahaja bulan Ramadan aku terus buat posting mengenai dana karpet. Dalam sehari aku dapat RM 168,000 ! Semua ini masuk dalam akaun Tetuan Pusat Islam Saiyidah Aisyah PISA IPGK Perempuan Melayu

Dari asal dapat ganti karpet di Pusat Islam (surau) utama dengan dana ini juga dapat ganti karpet yang sama usang di surau dalam IPG Perempuan Melayu, Melaka ni !

Dari asal orang duk tegur aku buat carian dana secara media sosial, terus nampak duit banyak diam belaka. Macam macam cadangan nak ditambahkan. Aku diam dan senyum. Biasalah manusia.

Itu pun ada yang gigih, tatap fb aku. Cari ruang ruang kesalahan aku. Aku manusia. Mana pernah lari buat silap. Tapi tak mengapalah janji orang sekeliling percaya akan aku.

Sekarang aku rasa PUAS !

Dana Karpet yang kalian sumbangkan itu sedang digunakan. Hari ini tersergam indah karpet PISA. Jariah yang berpanjang. Setiap orang yang solat atas karpet ini, penyumbangnya akan dapat pahala walaupun dia sumbang RM0.20 sen !

Tapi aku perlu bayar dengan harga yang mahal. akaun fb aku atas nama Mohd Fadhli hilang pagi tadi. Akaun fb peribadi aku ni ada 36,000 follower. Bagi aku mereka inilah yang banyak bantu aku share, like dan komen di setiap posting aku. Terutama posting dana karpet.

Aku sangat rasa bersalah dengan 36,000 follower aku. Jika ada sesiapa pakar untuk dapatkan kembali mohon beritahu. Jika tiada, mohon share, follow dan tinggalkan jejak dalam posting ini.

Serius wei, aku tak kisah orang dalam atau luar duk mengata pasal aku. Pasal aku buat kutipan dana besar besaran. Yup, kelebihan aku masa tu aku ada follower yang ramai.

Apa yang aku tahu, mahasiswa aku dapat sujud dan beribadah atas karpet baru dan amat selesa !

Saya merayu agar penyumbang penyumbang yang telah beri sumbangan tahu, amanah mereka telah saya jalankan.

Kini follower saya hanya 84 orang sahaja daripada sebelum ini 36,000. Saya bukan sesiapa. Hanya orang biasa. Mohon tekan butang FOLLOW untuk kita berukhwah.

Cikgu Mohd Fadhli
Budak Kecik IPG Kampus Perempuan Melayu.

Follow saya di sini

https://www.facebook.com/profile.php?id=100091408130629&mibextid=ZbWKwL