Get Mystery Box with random crypto!

Nota Cikgu Mohd Fadhli

Logo saluran telegram goodbyepornography — Nota Cikgu Mohd Fadhli N
Logo saluran telegram goodbyepornography — Nota Cikgu Mohd Fadhli
Alamat saluran: @goodbyepornography
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 6.90K
Deskripsi dari saluran

Suka berkongsi dan menulis mengenai ilmu kekeluargaan, Pendidikan Reproduktif utk Anak-anak & Isu Semasa Pendidikan. Mempunyai 24k Follower di Fb dan 4k di Twitter Saya bukan yg terbaik tetapi cuba menjadi yang terbaik.

Ratings & Reviews

3.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru

2023-05-26 14:27:11 Tulisan saya yang terbaru mengenai pendidikan seksualiti


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid025qAuiUWY5QN2QbPsFw2gtr7ZrhjrvCKXpcoMsTDvkrZwGGVcV7rpMQQu1s9ATQwbl&id=100091408130629&mibextid=Nif5oz
226 views11:27
Buka / Bagaimana
2023-05-18 07:01:31 Terkejut kan? Tapi realitinya begitulah. Hal seperti ini sering dikongsikan oleh sahabat saya Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Beliau biasa bertemu dengan murid lelaki sekolah rendah yang telah akil baligh, tetapi tak pasti dan tak tahu yang mereka telah akil baligh.

Jadi, memang tak mandi wajiblah! Bila tak mandi wajib, segala amal ibadah tak sah. Kesian anak-anak lelaki kita.

Kalau kita fikir lebih dalam, kena akui kebanyakan ibu bapa jarang cakna mengenai anak lelaki mereka saat akil baligh.

Biasa yang disantuni anak-anak perempuan sahaja. Ibu akan mainkan peranan untuk didik mereka soal aurat, mandi wajib, pemakaian tuala wanita, kebersihan, jaga maruah diri, malu dan lain-lain.

Bagaimana pula anak lelaki? Maaf cakap, kebiasaannya tiada. Zaman remaja mereka hanya explore sendiri.

Akhirnya perubahan diri, fizikal, gejolak jiwa, kemaluan yang semakin membesar dan memanjang membuatkan curiousity mereka terhadap hal-hal seksual semakin membuak.

Hujungnya nanti akan terjebak dengan video lucah, merosakkan perempuan yang lain, bahkan ada yang menjadi sexual predator.

Kesian kan anak lelaki kita?

Jangan ulangi lagi kitaran ini. Anak lelaki wajib dididik dari awal soal akil baligh.

Mari hantar mereka ke kem online akil baligh anjuran Akhi Fairuz Al-Jengkawi!

Saya yakin sahabat saya ni akan berkongsi pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna buat anak tuan puan dalam sesi ceramah online yang bakal berlangsung pada 27 Mei itu nanti.

Jangan terlambat untuk daftarkan anak berusia 10-17 tahun okey!

Klik je link ink untuk dapatkan detail program dan borang untuk mendaftar :

https://akhifairuz.onpay.my/order/form/botp-sm2023/4
894 views04:01
Buka / Bagaimana
2023-05-18 07:01:27
647 views04:01
Buka / Bagaimana
2023-04-20 15:13:47
1.6K views12:13
Buka / Bagaimana
2023-04-20 15:13:42 Sedih betul saya tengok anak anak ini kucup ayahnya buat kali terakhir. Kecil kecil lagi anaknya. Ayahnya meninggal dunia kerana terlanggar kerbau di tengah malam ketika menunggang motor.

Inilah namanya malang tak berbau.

Serba salah sebenarnya saya sebagai perunding takaful nak buat contoh. Tapi contoh seperti ini perlu diberi perhatian supaya kita semua ada persediaan.

Bayangkan jika suami puan puan meninggal dunia. Ada tak apa apa harta yang ditinggalkan. Jika ada Alhamdulillah. Harta itu akan di faraidkan. Tapi kena ingat juga, nak buat pengurusan faraid ini pun kena ada sumber kewangan.

Macam mana pula jika tiada harta ? Anak anak ramai. Isteri pula tak kerja. Bukan menolak rezeki dan takdir dari Allah. Tapi sebelum sampainya takdir, kita boleh sahaja uruskan urusan hidup kita kan ?

Sebab itu banyak kali saya kongsikan pasal Hibah. Buatlah hibah wahai suri rumah. Jika ada sumber pendapatan, buatlah untuk diri dan suami. Jika suami berpendapatan, bincanglah dengan suami agar buat hibah dan letak puan sebagai penama.

Hibah ni bukan nak suruh suami puan puan mati atau sakit. Tapi buat persediaan untuk anak anak dan hari mendatang.

Kalau puan nak buat hibah, pautannya ada di ruangan komen. Bulan ni sempena dua tahun saya sebagai perunding takaful, saya belanja bayaran caruman sebulan.

Cikgu Mohd Fadhli
Just cetuskan kesedaran.

#mfo

Siapa yang masih tercari cari pelan takaful, tak kira Medical card atau hibah boleh tekan link ini. Saya nak belanja sebulan caruman

https://whatsform.com/9gMWT_
1.5K views12:13
Buka / Bagaimana
2023-04-15 02:46:25
1.4K views23:46
Buka / Bagaimana
2023-04-15 02:46:21 Betul dah apa dia cakap ni. Ramai yang masih tak faham faham dengan harta pusaka ni. Orang perempuan ni ingat, bila si suami tu setia sampai akhir hayatnya, harta suami 100% milik dia.

Tak kak...

Dalam bank suami tu bukan semua milik isteri. Walaupun suami kaya macam mana sekali pun, duit dalam bank tu wajib kena pembahagian faraid.

Kak, kalau kalau nak ambil duit arwah laki akak dalam bank tu, wajib minta izin dengan warisnya. Kalau seorang waris di antara waris-warisnya tak bagi, maka tak boleh ambil walau satu sen. Haram.

Sebab itulah, Hibah ni membolehkan para isteri dapat 100% daripada suami jika suami meninggal dunia atau sebaliknya.

Sementara suami tak mati lagi kak. Suruh lah dia buat hibah. Bukan apa, bila mati laki akak, adik beradiknya pun tak akan bagi akak dan anak anak RM100 sehari.

Tu pasal kena buat hibah. Pautan korang tengok di ruang komen.

Cikgu Mohd Fadhli
Dendangan Takaful untuk masa hadapan

Siapa yang masih tercari cari pelan takaful, tak kira Medical card atau hibah boleh tekan link ini. Saya nak belanja sebulan caruman

https://whatsform.com/9gMWT_
1.3K views23:46
Buka / Bagaimana
2023-04-10 05:29:14 Suri rumah atau suami yang ingin ambil hibah boleh tekan pautan ini. Boleh juga buat hibah silang

Bulan ni saya nak belanja sebulan percuma.

boleh tekan sini. Saya bantu sampai jadi

https://whatsform.com/9gMWT_
1.4K views02:29
Buka / Bagaimana
2023-04-06 18:52:12
1.5K views15:52
Buka / Bagaimana
2023-04-06 18:52:08 Ingat senang ke nak dapat sebegini ? Tukar karpet je pun. Banyak rintangan yang aku hadapi. Meh sini aku cerita. Tak kisahlah jika ada merasakan aku ni jenis nak nama. Itu sangkaan kau bukan aku. Hakikatnya aku buat ini untuk orang lain selesa. Untuk mahasiswa selesa.

Aku datang ke IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka dengan cawan yang kosong. Cermin di hadapan senantiasa ada untuk aku sedar siapa diri aku. Yup, aku hanya seorang guru sekolah rendah biasa.

Kelebihan aku, mungkin pada PR dengan orang sekeliling yang mana aku kutip pengalaman menjadi Pegawai Khas Menteri suatu ketika dahulu dan aku ada follower di dalam platform media sosial. Ini yang aku ada.

Kalau korang nak tahu, karpet IPG aku ni dah berusia lebih 10 tahun. Debunya sehingga ke filter aircond. Kalau berjalan, tapak kaki jadi biru. Jika sujud, dahi jadi biru. Silap-silap hari bulan satu badan jadi avatar. Hahaha.

Suatu pagi Jumaat baju pink aku bahagian lutut comot dengan warna biru karpet. Aku pun snap gambar karpet dan keadaan surau aku ni. Terus aku uploadkan dan buat sikit story. Dalam tempoh dua minggu aku dapat RM20,000 !

Terus tular, screenshot posting fb aku mengenai dana karpet ni dari seseorang yang aku tak kenal. Aku rasa orang dalam IPG juga. Terus aku di tegur oleh ketua jabatan ketika itu. Tak mengapa aku terus diamkan diri. Malas aku betah.

Dari hari ke hari aku lihat mahasiswa aku solat atas karpet yang usang. Kalau filter aircond pun boleh biru, apa lagi hidung manusia yang sujud. Mesti berpenyakit nanti. Aku kata, tak boleh jadi ni.

Masuk sahaja bulan Ramadan aku terus buat posting mengenai dana karpet. Dalam sehari aku dapat RM 168,000 ! Semua ini masuk dalam akaun Tetuan Pusat Islam Saiyidah Aisyah PISA IPGK Perempuan Melayu

Dari asal dapat ganti karpet di Pusat Islam (surau) utama dengan dana ini juga dapat ganti karpet yang sama usang di surau dalam IPG Perempuan Melayu, Melaka ni !

Dari asal orang duk tegur aku buat carian dana secara media sosial, terus nampak duit banyak diam belaka. Macam macam cadangan nak ditambahkan. Aku diam dan senyum. Biasalah manusia.

Itu pun ada yang gigih, tatap fb aku. Cari ruang ruang kesalahan aku. Aku manusia. Mana pernah lari buat silap. Tapi tak mengapalah janji orang sekeliling percaya akan aku.

Sekarang aku rasa PUAS !

Dana Karpet yang kalian sumbangkan itu sedang digunakan. Hari ini tersergam indah karpet PISA. Jariah yang berpanjang. Setiap orang yang solat atas karpet ini, penyumbangnya akan dapat pahala walaupun dia sumbang RM0.20 sen !

Tapi aku perlu bayar dengan harga yang mahal. akaun fb aku atas nama Mohd Fadhli hilang pagi tadi. Akaun fb peribadi aku ni ada 36,000 follower. Bagi aku mereka inilah yang banyak bantu aku share, like dan komen di setiap posting aku. Terutama posting dana karpet.

Aku sangat rasa bersalah dengan 36,000 follower aku. Jika ada sesiapa pakar untuk dapatkan kembali mohon beritahu. Jika tiada, mohon share, follow dan tinggalkan jejak dalam posting ini.

Serius wei, aku tak kisah orang dalam atau luar duk mengata pasal aku. Pasal aku buat kutipan dana besar besaran. Yup, kelebihan aku masa tu aku ada follower yang ramai.

Apa yang aku tahu, mahasiswa aku dapat sujud dan beribadah atas karpet baru dan amat selesa !

Saya merayu agar penyumbang penyumbang yang telah beri sumbangan tahu, amanah mereka telah saya jalankan.

Kini follower saya hanya 84 orang sahaja daripada sebelum ini 36,000. Saya bukan sesiapa. Hanya orang biasa. Mohon tekan butang FOLLOW untuk kita berukhwah.

Cikgu Mohd Fadhli
Budak Kecik IPG Kampus Perempuan Melayu.

Follow saya di sini

https://www.facebook.com/profile.php?id=100091408130629&mibextid=ZbWKwL
1.4K views15:52
Buka / Bagaimana