Get Mystery Box with random crypto!

*NOTIS PROMOSI BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN OLEH KERAJAAN MADANI* | Fadhlina Sidek

*NOTIS PROMOSI BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN OLEH KERAJAAN MADANI*

Bantuan Awal Persekolahan 2024 telahpun mula diagihkan sejak *11 Januari hingga 10 mac 2024* mengikut sidang kemasukan tahun 1. Bantuan ini melibatkan sejumlah peruntukan lebih *RM 700 Juta* berbanding 450 juta tahun lalu. Ini merupakan peruntukan *TERBESAR* yang memanfaatkan setiap murid dan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah.

Inisiatif ini memberikan manfaat kepada *4.68 juta murid* di hampir *11,860 sekolah* di seluruh negara. Komuniti Pendidik Madani dengan ini menggesa ibu bapa, guru, sekolah dan masyarakat awam yang menerima manfaat BAP 2024 untuk terus mendukung aspirasi dan inisiatif murni dari Kerajaan Madani.

Gunakan #*BAP2024 #KerajaanMadaniBantuRakyat #TerimaKasihPM* sambil mempromosikan sekolah-sekolah yang telah, sedang dan akan membuat agihan BAP. Pihak Komuniti Pendidik Madani juga akan mengkompilasikan sekolah-sekolah yang telah membuat catatan apresiasi kepada YAB Perdana Menteri dan akan diserahkan kepada pejabat menteri bagi tujuan dokumentasi.

Tahniah pasukan Kerajaan Madani yang terus giat bekerja untuk kebaikan dan masa depan pendidikan negara yang lebih baik.

*_Komuniti Pendidik Madani*_

https://www.facebook.com/share/onrGSMLaFLT5YuSa/?mibextid=WC7FNe