Get Mystery Box with random crypto!

Cantik Di Mata, Indah Di Hati ❤️

Logo saluran telegram cantikdimata_indahdihati — Cantik Di Mata, Indah Di Hati ❤️ C
Logo saluran telegram cantikdimata_indahdihati — Cantik Di Mata, Indah Di Hati ❤️
Alamat saluran: @cantikdimata_indahdihati
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 1.60K
Deskripsi dari saluran

April 2016
Ilmu itu ibarat haiwan liar dan tali pengikatnya ialah catatan
Dakwah KeranaNya

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 2

2023-01-23 20:03:40 Bila tengah rasa tak kuat tu, jangan paksa diri sangat. Rehat kejap. Punca kau jatuh dan tak bangun-bangun, disebabkan oleh kau berlagak kuat sepanjang masa.
Jadi rehat dan jangan tekan diri kau sangat. Bila sedih, relax kejap dan buat apa yang gembirakan. Hidup ini bukan satu perlumbaan, hidup ini lebih kepada suatu perjalanan. Jadi santai dan serahkan pada Allah. Jangan risau, Allah ada lah..
951 views17:03
Buka / Bagaimana
2023-01-13 16:42:57 "Jangan marah takdir, jangan persoal takdir, kerana setiap apa yang Allah tentukan itu lebih baik daripada permintaan kamu dunia dan akhirat. "

- Ustaz Wadi Anuar -
1.1K views13:42
Buka / Bagaimana
2023-01-11 17:38:36 Ya benar.

Kita tak mampu mengubah hati orang lain,
untuk bersangka baik dengan kita.

Tapi kita mampu ubah hati kita, untuk bersangka baik dengan orang lain.
1.1K views14:38
Buka / Bagaimana
2022-12-22 19:07:34 Detik ini,
Kedengaran suatu bunyi,
Bunyinya sepi malah sunyi,
Tak jauh ternyata hati sendiri.

Sakit.
Sungguh ia semakin terasa perit,
Kerna ada luka kecil yang terpalit,
Tetap jua dipendam meski pahit.

Ya Ilahi,
Lindungilah hati kecil ini,
Jagakanlah hati dan jiwa ini,
Agar tidak terus lalai oleh duniawi.
1.3K views16:07
Buka / Bagaimana
2022-12-08 16:16:15 Rindu itu seperti titisan hujan,
Takkan mampu dihitung jumlahnya,
Namun jelas keberadaannya

Jika rindu adalah hujan,
segeralah mencari tempat teduhan,
Kerana kita boleh menunggunya reda,
Tapi tak mungkin
Mampu untuk menghentikannya .

Justeru itu,
Pesan pada jiwa dan didiklah hati,
Seandainya diri merindu selitkan ia dalam DOA .
1.4K views13:16
Buka / Bagaimana
2022-12-08 16:07:35 Aku rindu saat masa kecil ku.

Semua begitu Indah.

Saat aku terjatuh cuma kaki dan lutut ku yang terluka

Bukan "Hati"

1.2K views13:07
Buka / Bagaimana
2022-10-15 06:41:21
1.5K views03:41
Buka / Bagaimana
2022-09-28 05:22:05 Redhakan Segala Apa
Yang Telah Berlaku Dan Berlalu,
Teruskan Perjalanan Kita Dengan BISMILLAH

Hadapi Masa Depan Kita Dengan Optimis,
Kerana Masa Depan Kita Adalah Peluang
Kita Untuk Memperbetulkan Apa Yang Salah...

Di Mana Masa Silam Kita,
Telahpun Memberikan Kita Pengajaran..
Belajarlah.

Wallahualam
1.5K views02:22
Buka / Bagaimana
2022-09-27 14:16:46 Lebihkan Akhirat.

Adakah kita sedang bahagia?

Jangan terlena, boleh jadi tak selamanya...

Ataukah lagi dirundung kesedihan?

Jangan larut dalam duka, kerana pasti akan berakhir juga...

Dunia itu fana, termasuk semua yang ada di dalamnya...

Apapun itu, berharaplah ganjaran pahala di akhirat dan pengguguran dosa...

Kerana kita memahami bahawa,

وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ

"Dan kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.." (QS al-A'laa: 17)

Bahkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa,

اَللّٰهُمَّ ، لَا عَيْشَ إِلَّا عَيْشُ الْآخِرَةِ

"Ya Allah, tiada kehidupan yang sejati kecuali kehidupan akhirat.." (HR. al-Bukhari: 6413)

Kerana yang singkat dan sementara seringkali menipu dengan pesona...
1.4K views11:16
Buka / Bagaimana
2022-09-19 18:12:07 Laluilah kehidupan ini dengan hati yang lapang dari kemarahan, kebenaran dan kesakitan di dalam hati. Kerana semua itu akan mengaburkan lagi perjalanan hidup, menutup segala ruang kebaikan dan menghalang dari kerahmatan. Belajarlah hidup untuk berlapang dada di setiap ketika dan masa.
1.2K views15:12
Buka / Bagaimana