Alamat saluran:
Kategori:
Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan:
1.60K
Deskripsi dari saluran
April 2016
Ilmu itu ibarat haiwan liar dan tali pengikatnya ialah catatan
Dakwah KeranaNya
Ratings & Reviews
Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.
5 stars
1
4 stars
0
3 stars
0
2 stars
0
1 stars
1
Pesan-pesan terbaru
2023-05-04 19:20:28
Allah hadirkan seseorang mesti ada sebabnya...
Jika Allah mempertemukan kita dengan seseorang yang membuat kita tersenyum, saat itu Allah mengajarkan kepada kita rasa SYUKUR.
Jika Allah hadirkan seseorang yang menghadiahkan kita air mata, itu bererti Allah mendidik kita untuk SABAR,
Jika kita tak pernah mengusik kehidupan seseorang tapi dia melukai kita, saat itu Allah mendidik kita untuk KUAT.
Jika tanpa sebab seseorang hadir menghina kita, saat itu Allah mendidik kita untuk REDHA dan memacu diri ke arah lebih baik.
199 views16:20
2023-05-02 15:06:09
RAMAI ORANG BOLEH SEBUT SABAR
tapi bila kena pada diri sendiri, dia pun tak boleh tahan sabar.
RAMAI ORANG BOLEH NASIHATKAN TENTANG REDHA
tapi bila diri sendiri yang kena, dia sendiri pun tak reti nak redha.
SEBAB KITA INI MANUSIA
adakalanya kita pandai berkata kata, sampai kita pun lupa apa yang kita kata.
MAKA JANGAN PUTUS BERDOA
semoga Allah jaga hati kita. semoga terpelihara Iman kita.
286 views12:06
2023-03-31 16:02:00
Bila kita sabar dan cuba kuat..
Air mata tetap jatuh..
It's okay,menangis bukan tanda kita ni lemah..
Right.
618 views13:02
2023-03-07 06:24:12
1.7K views03:24
2023-02-27 16:07:45
Turunkan ego.
Pujuk hati .
Jauh lagi perjalanan yang nak dilalui.
Jangan kerana manusia kita jatuh sehingga hilangnya harga dan kekuatan diri.
1.1K views13:07
2023-02-11 15:32:26
SELAMAT MALAM
Sebaik-baik kehidupan ini,
adalah ketika:
Tenang tanpa sengketa
Tenteram tanpa dendam
Ikhlas tanpa prasangka
kerana:
Dalam kelembutan hati ada ketulusan
Dalam keindahan jiwa ada kesabaran
Dalam lembutnya perasaan ada keperihatinan
Damailah dengan saling memaafkan dan sering mendoakan
Alhamdulillah...
1.2K views12:32
2023-02-05 18:25:43
Rindu itu seperti titisan hujan,
Takkan mampu dihitung jumlahnya,
Namun jelas keberadaannya
Jika rindu adalah hujan,
segeralah mencari tempat teduhan,
Kerana kita boleh menunggunya reda,
Tapi tak mungkin
Mampu untuk menghentikannya .
Justeru itu,
Pesan pada jiwa dan didiklah hati,
Seandainya diri merindu selitkan ia dalam DOA .
1.2K views15:25
2023-02-05 12:41:23
Hidup ini terkadang adalahlah tentang bagaimana kau memutuskan sesuatu hal.
Begini, tika kau memutuskan untuk sedih atas sesuatu perkara, putuskan jua bila kau akan bahagia kembali.
Tapi, jangan lama lama bersedih, ya?
...............
1.0K views09:41
2023-01-28 03:43:44
Msa dpan milik Allah, kita tak tahu apa pun, saya ataupun awk, tak tau apa yg trjadi skejap nanti, percayalah.. Allah takkn mmbiarkn kita skelip mata, sdangkn prmintaan iblis yg paling ingkar Allah makbulkn, apatah lgi kita hamba yg srba kkurangan..
1.1K views00:43
2023-01-23 20:33:29
Setiap apa yang jadi hari ini, punya hikmah yang indah dari Allah untuk kamu.
Bersangka baiklah dengan Allah kerana Dia Maha Hebat dalam mengatur agenda buat hambaNya.
Teruskan senyum meskipun kamu lagi dalam kedukaan. Bukankah bahagia itu selalu akan ada buat mereka yang tak berhenti berharap ?
Ya -- sinar bahagia itu ada buat kamu yang tak pernah berputus asa.
Jadi, teruskan kuat dalam menempuh apa yang berlaku pada hari ini. Semoga hari esok, kamu dan kamu akan tersenyum dengan berita gembira.
InsyaAllah
https://t.me/cantikdimata_indahdihati
1.2K views17:33