Get Mystery Box with random crypto!

Apa nak buat jika tersilap beli kereta melebihi setahun gaji? | Channel Afyan Mat Rawi, IFP

Apa nak buat jika tersilap beli kereta melebihi setahun gaji? Teruskan atau jual?

Sekiranya ada sakit kencing manis, jika ada luka atau dalam keadaan tertentu, doktor akan nasihat pesakit untuk potong anggota berkenaan.

Tujuannya supaya ia tidak melarat ke anggota lain. Walaupun ia menyebabkan pesakit jadi cacat.

Dalam pertanian pula, dalam keadaan tertentu, ada bahagian pokok seperti dahan, ranting yang perlu dipotong walaupun bahagian tersebut ada buah- buahan.

Tujuannya, supaya nutritient dari baja dapat dibekalkan ke semua bahagian pokok.

Begitulah juga dalam kewangan. Ada perkara yang kita perlu korbankan hari ini demi untuk menyelamatkan daripada terjerumus ke #nerakawang