Get Mystery Box with random crypto!

10. UTAMAKAN HUTANG YANG TINGGI i KADAR KEUNTUNGAN bank, kebia | Channel Afyan Mat Rawi, IFP

10. UTAMAKAN HUTANG YANG TINGGI i KADAR KEUNTUNGAN bank, kebiasaannya hutang kad kredit, diikuti hutang pembiayaan peribadi, hutang kereta dan hutang rumah.

11. Setiap kali ada hutang yang selesai, gunakan wang yang sama itu untuk bayar hutang lain pula. Contoh begini, andaikan ansuran hutang personal financing anda RM500 sebulan. Selepas hutang tersebut selesai, ansuran RM500 itu digunakan untuk bayar hutang kereta pula. Jangan lupa pergi joli pula dengan wang RM500 tu atau buat hutang baru.

Ingat, kebanyakan masalah keberhutangan yang tinggi berpunca oleh GAYA HIDUP bukan
CARA HIDUP

STEP AKHIR PALING PENTING
12. Akhir sekali, sepanjang lakukan semua step di atas, doa banyak-banyak kepada Allah. Gunakan doa yang Nabi Muhammad ajar kepada sahabat baginda yang mempunyai masalah hutang iaitu:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”