2024-05-18 00:04:29
Seorang lelaki berusia 22 tahun, membawa parang lalu menyerang dua anggota dalam Balai Polis yang mana dua anggota Polis terlatih maut.
Penyerang dipercayai anggota Jemaah Islamiyah. Ini berdasarkan maklumat melalui sidang media IGP.
Setakat ini Jemaah Islamiyah (JI) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mereka bertanggungjawab atau penyerang merupakan anggota mereka.
Apa yang IGP nak tunjuk?
Dua anggota Polis terlatih tewas di tangan penyerang yang hanya masuk ke Balai Polis dan memakai topeng dengan hanya bersenjata parang?
Kemudian penyerang bersenjata parang merampas senjata daripada dua orang anggota Polis terlatih lalu melepaskan tembakan.
Dikatakan berlaku tembak-menembak sehingga dua anggota Polis dan penyerang maut tempat kejadian.
Sorang diri, serang Balai Polis Ulu Tiram?
Ini bukan modus operandi kumpulan JI.
Ini kerja JOHN RAMBO!
Eh! Umur penyerang 22 tahun, bermakna lahir pada tahun 2002 dan dikatakan anggota kumpulan militan Jemaah Islamiyah.
Jemaah Islamiyah tubuh 1993 oleh Abu Bakar Basyir, dan mereka aktif sekitar 2002 sehingga tahun 2007.
Bermakna ketika Jemaah Islamiyah bergerak aktif di nusantara dan bertanggungjawab pengeboman Bali pada 12 Oktober 2002. Penyerang bertopeng yang serang Balai Polis Ulu Tiram baru saja dilahirkan.
Semasa Jemaah Islamiyah terlibat pengeboman JW Marriot, di Jakarta pada tahun 2003. Penyerang Balai Polis Ulu Tiram baru berusia setahun.
Dan ketika Jemaah Islamiyah mengebom di kawasan luar kedutaan Australia di Jakarta pada tahun 2004. Penyerang Balai Polis Ulu Tiram berusia dua tahun.
Gedebuk tiada ribut, tiada hujan, tiada lesen kasino dikeluarkan dan semalam muncul lelaki menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
Gerakan Jemaah Islamiyah aktif sekitar tahun 2002 sehingga tahun 2007 dan dikatakan lumpuh selepas itu.
Jika penyerang Balai Polis Ulu Tiram, adalah anggota Jemaah Islamiyah aktif bermakna beliau mula terlibat dan berlatih sebaik saja dilahirkan tahun 2002.
Keluar perut ibu, terus jadi terrorist?
Tan Sri, peluh dekat dahi. Lap sikit!
Nota kaki: Balai Polis pertingkat kawalan keselamatan di seluruh negeri. Maka Bapak Baby Syifaa tak boleh berkampung depan balai untuk kempen #TanyaPolis - bila nak tangkap Pengasuh Baby Syifaa?
SHARE SIKIT! TANDA SAYANG IGP!
https://www.facebook.com/share/NDVFrt5N7KRppQwX/?mibextid=WC7FNe
5.3K viewsedited 21:04